Salam semua.. Dah lama rasanya x mengupdate blog ni. Busy dengan kehidupan seharian dan akan bertambah busy lagi selepas ini..wah wah..busy nya mengalahkan CEO lak.. =)..
Sabtu lepas(30/1) aku, zulfa, intan, zam dan kak fiza pergi la Times Square. Sebenarnya x rancang pon nak pergi. Pagi2 tu, Zam call Zulfa ajak pergi Times Square dgn Kak Fiza.Dah lama x jumpa Kak Fiza. So, dalam kol 11 lebih, kami pergi KTM. Keadaan dalam komuter time tu sangat2 la sesak nak agak menakutkan.Sampai nak kuar dari train pun kena menjerit.
Intan yang ceria..
Kak fiza!!!
sebelum keluar, dompet mesti penuh..=)
Times Square dari jauh.Ramai orang jalan time ni...
Cuaca yang best...
saja ja tangkap gambar sekeliling..suka gambar ni tapi kereta kancil kacau btul !!!
Sampai ja kat Times Square, tempat first kami cari ialah tempat makan. Sangat-sangat la lapar time tu. Kami pergi The Chicken Rice Shop. Ramai orang time tu. Kena beratur tunggu meja..Lapar....
Zulfa sudah x bermaya. Lapar!!!! T_____T
Kami pesan set untuk 4 org. Cuma tambah nasi ja. Lauk dia ok ar. Boleh tahan sedapnya. Tengah lapar suma makanan nampak sedap kan???
Kak Fiza dan Zam. Sementara menunggu makanan tiba, berposing la dulu.=)
After makan, kami jalan sekejap. Dari satu kedai ke satu kedai. Suma kedai nak wat sale.. Sale ka?? entah lah. Tapi harganya sangat2 la berpatutan. Purata harga baju kat sana dalam RM10-RM25. Lepas jalan, pergila solat. Surau kat sana selesa. Tapi disebabkan ramai orang, agak berhimpit.Lepas solat, pergi la tgk2 Cosmo World . Memang gerun tengok rollercoster dia. Tapi pas dua tiga kali tengok macam best la pulak.
boleh pulak macam tu??? =)
Tiba-tiba rasa teringin mencuba. Zam dan Intan dah pernah naik tapi teringin gak nak cuba skali lagi. Excited tetiba!! Zulfa yang sangat ayu hari pun teringin nak mencuba walaupun memakai kain.=) Kak Fiza still takut2..
Kami pun pergilah nak beli tiket. Sebab dah lama x datang, ingatkan harganya still dalam RM 25 or something la. Terkejut juga bila tgk harga tiket. RM 37!!! Terbantut sekejap niat dan rasa excited tu..=( Last2 aku, zam dan juga intan ja yang meneruskan perjuangan. Perjuangan???? Zulfa kecundang separuh jalan. Harga tiket memang mahal!! Siapa suh datang hari weekend?? x pernah terbayang hari ini akan tiba =) Tanpa dirancang..
RM 111 untuk 3 orang..T____T
Kak Fiza dan Zulfa teruskan misi shopping manakala kami meneruskan perjuangan kami.=) Bila dah masuk dalam Cosmo World x tau lak nak mula yang mana dulu. Kononnya rollercoster last skali la. Nak warm up dulu la. So, kami pilih DNA MiXEr. Sebenarnya kami x tau pun cam na benda ni main coz bila kami masuk ja orang lain baru habis main. Tengok luaran cam biasa ja. Kononnya nak warm up kan!! Dengan muka innocent terus naik...
Inilah DNA MIXER!!!
Perhitungan yang salah sama skali. Benda ni pusing 360 darjah depan blakang beberapa kali. Laju lak tu.Memang pejam mata ja la time tu.T_____T. Rasanya ni lagi menakutkan dari rollercoster/Supersonic Odyssey. Next game lak, Spinning Orbit. Before masuk tadi dah tgk dah game ni. Ok ar. Just pusing- pusing ja. Tengok pusing slow ja.(sedikit eksyen di sini =)) Cuma apa yang aku risau ialah ketinggian. X tau sejak bila aku gayat. Before ni ok ja, bila dah besar baru tau. Tangan memang basah ar. Pening game first x habis lagi.
Spinning OrBit!!! GAyAt (T______T)
Tapi bila naik spinning orbit ni, laju dia boleh tahan juga. Bila dia tengah naik memang x brani nak buka mata. Buka kejap2 ja sambil bertanya kat Zam disebelah bila la benda ni dah turun. Memang tinggi!! X tipoooo..
Tapi bila pejam mata, terasa nikmat angin. Sungguh indah rasanya dibuai oleh angin.=) Ini yang aku suka pasal game ni. Angin!!
Pastu kami naik Ooort’s Express. Ini memang menyakitkan jiwa dan tangan!! Kenapa??? Memang best naik game ni tapi lama sangat sampai tertanya-tanya bila la benda ni nak berhenti. Tangan mula-mula tu pegang la juga pada besi coz game ni memang laju dan express la kan. Last-last give up!!! Masa naik ni badan dah bengkok sudut 30 darjah. Dah la amik gambar automatik. Boleh bayangkan gambar tu kuar kat screen cam na kan.. buruk!!!!
Ooort’s Express.
Letih
Masa yang ditunggu sudah tiba.Rollercoster@ Supersonic Odyssey.Berdebar-debar gak masa nak naik ni. Tapi memang sekejap. ni pun buka mata sekejap ja. Supersonic Odyssey ni sangat laju. Buka-buka mata dah habis. DNA MiXER tu lama gak.Sebab tu DNA Mixer lebih menakutkan..T____T
Supersonic Odyssey
Next game, Dizzy Izzy. Sesuai la dengan namanya. Memang pening tapi kami enjoy naik benda ni. Main game ni, perut rasa geli mcm ada orang geletek. So asyik gelak ja.
Dizzy Izzy
Last game, Space Attack. Ni tengok dari jauh pu rasa ngerinya. Berbelah bahagi nak anik atau x. Last- last kami naik gak. Ni game yang paling aku enjoy. buka mata dan merasai angin. Best!!
Space Attack
haha.. Suma dah main..Puas hati. Tension hilang. Sebelum balik, tangkap gambar puas2..
Zulfa dan intan..
hadiah dr zulfa..thanx!!!
setelah sehari suntu bersuka ria, esoknya badan habis skit terutama leher dan tangan. pening x yah cakap la. Macam pas excident/ jatuh moto. Sapa yang pernah rasa tahunya sakitnya.T_______T
entry yang panjang lebar!!!!
bye!! wsalm....