Pages

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha

Salam

saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha

Saturday, November 13, 2010

Birthday Lucky Draw

salam

GA sempene birthday Sari




happy birthday dan semoga dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki..

tarikh GA ni x lama:13 November - 16 November 2010 ja..

Cepat2 la masuk..


Pengantin Baru GA

salam..
Giveaway lagik..

kali ni dari asfiedaimpiana





tarikh tutup 6 Disember 2010..
mari join ramai..  


Athirah's Aunty GA

salam...
ramai sungguh rupanya yg wat Giveaway bulan ni..
takpe mencuba nasib sambil2 berkenalan dgn org lain..
kali ni GA dr Athirah's Aunty




nak tahu hadiahnya???
jeng jeng....
.

..

...


HANDSOCK

tarikh tutup:15 Disember 2010


Syarat- syarat boleh tgk kat sini.

saya tag aisyah, fatin dan wani

Friday, November 12, 2010

Celoteh MJ GiveAway

salam..

Giveaway lagi..mari join 

kali ni dari celoteh MJ





tarikh tutup GA ni 26 Nov ni..So, memang banyak masa lagi...

kali ni miza tag kat semua yg baca entry ni.. 
sape yg suke join GA, mesti join..


Cik Wardina GiveAway

salam...

tadi sesi menerjah blog..hehe...

jumpa blog Cik Warnida..

dan...

ada GA sempena anniversary  yang ke 3 tahun blog cik warnida!!!



wah!! dah 3 tahun... tahniah ya cik warnida..



tarikh tutup lambat lagi- 1/12/2010..so, jom join ramai..

  saya tag piqah, tqah dan ah

Thursday, November 11, 2010

1st giveaway kasut tumit tinggi


salam
 jom join giveaway from kasut tumit tinggi

tarikh tutup: 24 november 2010

so masih sempat lagi..mari join ramai...


Tuesday, November 2, 2010

HALAL- SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG DISAHKAN HALAL & YANG DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

 Salam..kali nak kongsi lagi 1 artikel yg mungkin orang dah tahu dan mungkin ramai lagi yang masih tak tahu.Saya rasa ni amat penting terutamanya kepada umat islam..


SENARAI RESTORAN TERKENAL YANG DISAHKAN HALAL & YANG DITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM






Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. 
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesaBlogger: ~~WelComE tO mY lIfE~~ - Create Posthan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

kredit: Azlinawati Abdul Ghafar

"4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU"

salam..1 lagi note menarik untuk dikongsi..

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

kredit : SyAm EsPi

Makanan kita- tahukah anda??

salam..hari masa buka fb terbacalah 1 note yg agak menarik. So, saya nak kongsi la..

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 


  
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

  3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
-28 September 2010


References :
http://www.healingdaily.com/detoxification-diet/soy.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

http://www.fatfreekitchen.com/cholesterol/cholesterol-meats.html

http://resthour.blogspot.com/2009/03/hati-hati-makan-organ-dalaman.html

http://adji55.wordpress.com/artikel/kopi-berguna-atau-berbahaya/

http://kabaena.forumplatinum.com/wisata-kuliner-f15/kebaikan-kopi-yang-terbungkam-t427.htm


http://helmdahl.blogspot.com/


PENTING!!

Setakat artikel ini disebarkan, banyak feedback yang saya terima dari rakan-rakan, sama ada melalui komen dan inbox, ada yang bersetuju dan ada yang kurang bersetuju. Bagi yang mengkaji, saya ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu dan saya telah meng'edit' artikel ini beberapa kali berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan.

Di sini, berlaku kesilapan yang amat besar di atas kejahilan dan kedhaifan saya sendiri berhubung perkara yang ke 2 dari artikel di atas. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan amalan junjungan besar Nabi Shalallah hu a'laihi wasallam meminum kopi.

Tak ada dalil yang sah (setakat yang saya tahu) sama ada dari al Quran dan as Sunnah daripada baginda Shalallah hu a'laihi wasallam pernah meminum kopi, dan fakta tersebut saya ingin tarik balik sehinggalah terjumpa sandaran hadis berkait perkara tersebut.

Dan sesungguhnya, atas dasar rasa tanggungjawab terhadap penyebaran artikel ini, saya momohan jutaan keampunan dan kemaafan di atas keterlanjuran yang telah saya lakukan, dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Demi ALLAH, tuhan yang telah melimpahkan kurniaan dan rahmat-NYA yang tidak terhingga kepada saya dan seluruh manusia umumnya, dengan ini saya ingin menyatakan saya berlepas tangan terhadap penyebaran artikel di atas selepas pernyataan saya ini.

Semoga ALLAH mengampuni keterlanjuran saya ini, dan tidak sesekali saya berniat buruk terhadap sesiapa pun melainkan hanya ingin berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.

p/s : Semasa artikel ini di keluarkan (28/9/2010), saya akui kedhaifan dan kejahilan saya tentang ilmu agama, maka tanpa berfikir panjang saya kongsikan di sini.

Bukan saya menidakkan kebaikan kopi tersebut, tetapi sandaran yang di buat terhadap Nabi Shalallah hu 'alaihi wasallam adalah satu kebiadaban yang amat berat jika perkara tersebut tidak disertakan dengan dalil yang tepat.

Amat berterima kasih kepada rakan yang menegur tentang perkara ini, semoga beliau di rahmati ALLAH dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat....

-Ampun dan maaf atas kesilapan tersebut-
Ikhlas,
Amer Husin
(27/10/2010, 9.35 p.m)

kredit to : Amer Husin