Pages

Saturday, April 14, 2012

Bersangka baik dan berfikiran positif

 Assalamualaikum..

Sekadar untuk peringatan, lebih kepada diri sendiri dan mungkin untuk sesiapa di luar sana. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif (Husnuzh Zhan). Jika kita tidak pasti sesuatu perkara itu, bertanya la. Jika tidak, mungkin lebih baik berdiam diri. Tetapi ikut situasi la jugak la. 

Walaupun dia tu musuh ketat  atau dia pernah sakitkan hati kita sentiasa lah berfikiran positif. Biasanya, kita akan lebih mengingat perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Haaa..hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif kita. Sikap tu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Masih ada sikap yang baik yang mungkin kita tidak nampak. Bersangka baik dan berfikiran positif mungkin dapat mengelakkan fitnah.

Jika kita mendengar sesuatu yang buruk mengenai sahabat kita, seeloknya kita melakukan tabayyun(penyelidikan) terhadap berita itu, sebelum kita bertindak mahupun mempercayai perkara itu. Jika perkara itu tidak benar, takut jadi fitnah pulak

Allah berfirman yang maksudnya,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Biasa la, hati manusia memang sanagat sensitif. Penyakit hati ini juga disebabkan selalu bersangka buruk terharap orang lain.

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu, marilah kiita semua berfikir sejenak,apa yang kita lakukan sebelum ini adakah sama ada betul atau pun tidak.Ingatlah bersangka buruk dikeji oleh Allah swt, dan akan merosakkan semua jalinan yang telah terikat sekian lama.=)

Sejarah: Khalid Al-Walid bersangka baik
Khalid al-Walid, salah seorang panglima tentera Islam yang sangat hebat. Kebanyakan peperangan yang dipimpin oleh Khalid al-Walid akan mencapai kemenangan. Khalid al-Walid dilantik sebagai panglima sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah zaman Sayidina Abu Bakar masih hidup. Keperwiraan Khalid al-Walid menjadi kebanggaan tentera Muslimin.
Dalam satu peperangan ketika zaman Khalifah Umar al-Khattab, Khalid al-Walid telah dilucutkan jawatan daripada mengetuai tentera Muslimin. Ramai orang Islam berasa hairan akan tindakan Umar yang tegas itu. Bagaimanapun, Khalid al-Walid tidak terkilan dengan tindakan tersebut. Sebaliknya beliau bertekad untuk melibatkan diri dengan peperangan tersebut sebagai tentera biasa dan tidak menyimpan di dalam hati perbuatan Amirul Mukminin pada waktu itu. 
Malah, Khalid al-Walid sentiasa bersangka baik dan positif dengan pemecatannya sebagai panglima kali ini. Setelah melalui beberapa peperangan, barulah terbongkar tujuan tindakan Umar yang memecat Khalid sebagai panglima. Hal ini kerana Umar tidak mahu orang-orang Islam pada masa itu berasa taksub dengan kegagahan Khalid dan Umar ingin membetulkan akidah umat Islam agar menganggap kemenangan bagi orang Islam disebabkan pertolongan daripada Allah Taala dan bukannya berpunca dari kehebatan Khalid al-Walid. Justeru, marilah kita mencontohi akhlak para sahabat yang sentiasa mengamalkan sikap bersangka baik sesama sendiri.