Pages

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday









   

Lawak tiru meniru

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah: ape buktinya?
cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?
cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.

ayah Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis:maaf, saya tak tahu
Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!




   
 
 

Saturday, December 17, 2011

Big Thrill Challenge at SkyTrex

Assalamualaikum...

Finally dapat jugak jejak kaki kat sini. Thanks to Deva sebab sudi bawa kami ke sana. Aku memang tak pernah cuba flying fox dan benda-benda seangkatannya la. Dulu berangan nak pergi Khidmat Negara tapi nak buat macam mana tak terpilih pun. Dalam family aku tak sorang pun terpilih untyuk khidmat negara.Sebenar aku suka aktiviti begini. Best sangat. Bila dah besar macam ni, tak tau la kenapa aku jadi gayat dengan benda-benda ni. Kalau berdiri kat tempat tinggi lagi gayat. So, bila Deva ajak aku join Big Thrill ni, terus aku setuju. Aku suka cabar diri sendiri.Tengok aku mampu atau tak.


Deva and Mon
Ini masa  nak pergi ke kawasan big thrill tu. Sebenar kami sudah terlambat. Kami ingat group yang kami daftar start pukul 3.30 ptg tapi sebenarnya start pukul 1.30. Masa daftar, dorang guna sistem 24h. So, kami register pukul 13.30.Cuak juga la takut tak dapat masuk. Rugi Rm45. =) Nasib baik la dorang baik hati bagi kami masuk. Untuk Big Thrill ni, fee cuma RM45 ja. Untuk Little adventure dan extream lain pula harganya. Bagi aku harga ni sangat berpatutan la. Trainer kat situ cakap, tempat ni owner nya orang perancis dan Malaysia. Barang -barang kat sini semua dari Perancis la.

UntukBigThrill ni, ada 26 jenis cabaran tapi kebanyakkan adalah flying fox. Kalau nak banding dengan Little adventure dan extream Big Thrill paling banyak flying fox. Siapa yang suka sangat-sangat flying fox, pergi la try Big Thrill.

This circuit consists of 26 thrilling challenges with various level of difficulty raging from
“easy“ to “very difficult“. With some of the platforms reaching the height of 17 meters, feel the adrenaline while crossing the “Crazy Zig-Zag“ and flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle. Hold your breath while crossing “The Earthquake“, test your ability to leap at the “Happy Hopper“ and end the adventure with the grand finale, the 100 meters “Wild Revenge“ which will take you to the finishing platform at an exhilarating speed.( copy from www.skytrex-adventure.com)



Ini sesi training dulu. Semua peserta wajib buat. Group yang kami join sumanya laki. Rasanya company group. Kami 3 orang ja perempuan kat situ. Saja ja bagi dorang semua dulu, kami bertiga yang last skali.Aku ni dah la tak pernah buat semua ni, ok, mengaku kat sini, agak 'jakun' kat situ. Haha.

Deva sudah bersedia. Eh.. Sama lak posing dengan cik abang kat belakang tu. Sapa tiru sapa ehhh..

Inilah platform 17 meter tu. Tinggi wooo. Tapi tak la gayat sangat. Cuma penat ja nak sampai ke atas tu. Berehat sebentar separuh jalan.



Halfway mesti penat.Kami tak la buat semua cabaran tu. Ada jalan short cut la. Tapi yang penting habis buat. Tak berhenti ditengah jalan. Malam tu, aku ada la baca blog orang lain crita pasal pengalaman dorang masa join big thrill. Ada gak yang yang berhenti separuh jalan. So, aku pun risau jugak takut jadi benda yang sama.

 Habis. Penat giler tapi best sangat. Enjoy.





   




Habuk oh habuk...


Assalamualaikum..

Berhabuk sudah  blog ni. Bukan tak nak update tapi aku ada masalah dengan ‘berukband’ aku. Terlampau ‘laju’ sangat. Haha. Buka ja lepas!! Nak check email pun dah amik masa.  Akhirnya boleh jugak aku buka blog ni. 

Banyak giler benda yang berlaku. Yang paling best mesti la pasal bola sepak Sea Games. Walaupun lambat aku nak jugak ucap tahniah kepada Harimau muda. Kebelakangan ini banyak sangat dugaan yang datang kepada aku. Tapi aku tetap berusaha untuk menanganinya. Semoga aku terus tabah untuk menghadapi dugaan yang lain.


Otak aku pun dah serabut fikir pasal project, TPM, IELTS dan macam-macam lagi. Itu la, kadang-kadang betul jugak kata kawan aku, Qis, jangan fikir banyak sangat. Nanti lagi serabut.Sekarang tengah selesai satu persatu. Aku harap sangat aku dapat habiskan project aku semester ni jugak. Baru la boleh konvo tahun depan! Tapi ada barang yang still lagi tak sampai. Dah hampir 6 bulan kot order! Ish..ish…Sementara menunggu barang, sambil-sambil tu aku dah start menulis Bab 1-3. Sambil tulis, sambil mendengar lagu Gemuruh Suara. Barulah semangat nak menulis! Pasal TPM biar la selesai dulu baru aku ceritakan.
Sekarang apa yang aku perlukan ialah masa! Boleh bagi aku lebih masa???? =)