salam..hari masa buka fb terbacalah 1 note yg agak menarik. So, saya nak kongsi la..
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?Sebenarnya makan
hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana
semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara
minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah
daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya
dapat melemahkan kejantanan lelaki dan
mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan
risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
-28 September 2010
References :
http://www.healingdaily.com/detoxification-diet/soy.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
http://www.fatfreekitchen.com/cholesterol/cholesterol-meats.html
http://resthour.blogspot.com/2009/03/hati-hati-makan-organ-dalaman.html
http://adji55.wordpress.com/artikel/kopi-berguna-atau-berbahaya/
http://kabaena.forumplatinum.com/wisata-kuliner-f15/kebaikan-kopi-yang-terbungkam-t427.htm
http://helmdahl.blogspot.com/
PENTING!!
Setakat artikel ini disebarkan, banyak feedback yang saya terima dari rakan-rakan, sama ada melalui komen dan inbox, ada yang bersetuju dan ada yang kurang bersetuju. Bagi yang mengkaji, saya ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu dan saya telah meng'edit' artikel ini beberapa kali berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan.
Di sini, berlaku kesilapan yang amat besar di atas kejahilan dan kedhaifan saya sendiri berhubung perkara yang ke 2 dari artikel di atas. Perkara tersebut adalah berkaitan dengan amalan junjungan besar Nabi Shalallah hu a'laihi wasallam meminum kopi.
Tak ada dalil yang sah (setakat yang saya tahu) sama ada dari al Quran dan as Sunnah daripada baginda Shalallah hu a'laihi wasallam pernah meminum kopi, dan fakta tersebut saya ingin tarik balik sehinggalah terjumpa sandaran hadis berkait perkara tersebut.
Dan sesungguhnya, atas dasar rasa tanggungjawab terhadap penyebaran artikel ini, saya momohan jutaan keampunan dan kemaafan di atas keterlanjuran yang telah saya lakukan, dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Demi ALLAH, tuhan yang telah melimpahkan kurniaan dan rahmat-NYA yang tidak terhingga kepada saya dan seluruh manusia umumnya, dengan ini saya ingin menyatakan saya berlepas tangan terhadap penyebaran artikel di atas selepas pernyataan saya ini.
Semoga ALLAH mengampuni keterlanjuran saya ini, dan tidak sesekali saya berniat buruk terhadap sesiapa pun melainkan hanya ingin berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
p/s : Semasa artikel ini di keluarkan (28/9/2010), saya akui kedhaifan dan kejahilan saya tentang ilmu agama, maka tanpa berfikir panjang saya kongsikan di sini.
Bukan saya menidakkan kebaikan kopi tersebut, tetapi sandaran yang di buat terhadap Nabi Shalallah hu 'alaihi wasallam adalah satu kebiadaban yang amat berat jika perkara tersebut tidak disertakan dengan dalil yang tepat.
Amat berterima kasih kepada rakan yang menegur tentang perkara ini, semoga beliau di rahmati ALLAH dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat....
-Ampun dan maaf atas kesilapan tersebut-
Ikhlas,
Amer Husin
(27/10/2010, 9.35 p.m)
kredit to :
Amer Husin