Pages

Wednesday, October 24, 2012

Trip To Taiwan Part 2 : Arrival

Assalmualaikum..


Alhamdulillah around 3.30 lebih kami dah sampai Taiwan Taoyuan International airport. Cuaca pun ok, sedikit sejuk berbanding Malaysia. Dalam flight, dua jam pertama aku banyak habiskan dengan tidur. Masuk jam seterusnya dah start boring. Tak tau nak buat apa.Tangkap gambar la kerjanya. =)

 Taipei dari atas.. Sudah nak sampai. Mode excited !!!


 


Coklat Daim, buah tangan dari Malaysia untuk organiser's conference kat taiwan.

Dari Taiyuan International airport ke Taipei city lebih kurang 45 minit dengan mengunakan kereta. Allhamdulillah Prof aku dah arrange kan orang untuk ambik kami semua dari airport ke hotel. Thanks again  Chia Wen. Kami tinggal di hotel berasingan. Destinasi pertama ke hotel prof dulu-Howard International House. Then amik cab terus check in hotel kami-Paihsuan Hotel then amik MRT hantar Prof balik. Nak biasakan diri dgn MRT coz itulah main transport kami semasa kat Taipei. Sampai2 terus jalan2..Advance x? Kat taipei waktu autum pukul 5 lebih memang dah gelap.
 

Howard International House.
Howard International House.

Taipei pada waktu malam!!





To be Continue,,,



                       

Sunday, October 14, 2012

Trip To Taiwan Part 1 : Departure

Assalamualaikum..

Alhamudulillah aku selamat pergi dan pulang. Satu pengalaman yang amat best & tak akan dilupakan. Ohhh trip aku ke taiwan ni sebenarnya bukannya utuk bercuti or berjalan makan angin tapi aku kena menghadiri international conference kat sana.Aku kena bentangkan poster mengenai projek yang aku buat. Alhamdulillah semua perbelanjaan ditanggung oleh UM. Tiga orang yang pergi ke Taiwan. Proffesor, Deva dan aku. Conference start pada 7 hb sampai 10 hb. Tapi sebab masa flight x sesuai kami pergi awal satu hari dan balik lewat 1 hari. So, trip ni start 6 hb sampai la 11 hb.

Harga tiket flight MAS pergi balik Taiwan  adalah RM1585. Aku beli melalui travel agency. Harga mungkin berlainan mengikut hari dan travel agency. Ada dua penerbangan ja MAS ke Taiwan. Sebelah pagi dan sebalah petang. Perjalanan ke Taiwan lebih kurang 4 jam 50 min. Flight aku sebelah pagi, dalam pukul 9.25 pagi berlepas then sampai dalam pukul 3 petang. Kapal terbang yang sama jugak akan balik ke Malaysia pada sebelah petangnya.

Sebab flight aku pagi, aku minta tolong zai  hantarkan aku pergi LRT station. Tapi Zai sangat baik hati tolong hantar sampai KL Sentral. Sebenarnya Zai nak tolong hantar sampai KLIA tapi sebab kami semua nak pergi ke KLIA guna KLIA express ja. Boleh check in luggage dari KL sentral. Tak payah nak bawa luggage besar pusing KLIA kan. Janji dengan Prof nak jumpa kat KL sentral dalam pukul 7. So aku, zai & deva pukul 6.30 dah sampai dah.

 Menunggu...


Muka tak cukup tidur. Sambil sambil tunggu tangkap gambar dulu & perhatikan sekeliling.Tetiba aku
perasan yang kami tunggu tempat yang salah. Sepatutnya tunggu kat KLIA Express. Cepat-cepat pergi. Harga tiket KL Sentral ke KLIA untuk seorang RM35.
 Muka mengantuk sehhh...
Inilah Prof Viki

Ini lah kapal terbang kami. Kalau tak salah aku Boeing 747-400. Tak la besar mana. Tapi still ok.


Waktu ini memang mengantuk sangat-sangat. So, nak bagi hilang mengantuk, jalan-jalan sekeliling sambil tangkap gambar. Boleh??

 Dah nak berangkat dahhh... Bye bye Malaysia. hehhe

To be continue....

P/s: Sebab terlampau excited, ambik gambar tak ingat. So terlampau banyak gambar, lebih kurang 1000++. Jadi akan ada several post mengikut tempat yang dilawati.=)


                       

Friday, October 5, 2012

Taiwan

Assalamualaikum..

Dua minggu ini memang sibuk sehhh..terutama minggu ni. Nak edit poster lagi, run sds lagi, prepare material,culture untuk pelajar baru MBIOTECH la. Nasib banyak kawan kawan yang tolong. Thanx korang especially Deva sebab dah banyak tolong. Minggu ni masuk lab pahi balik malam. Weekend pun datang sama jugak.

Ohhh lupa lak..

Aku nak pergi TAIWAN esok!!

Bukan pergi bercuti ke apa tapi pergi seminar & present poster. Tapi barang-barang tak habis pack lagi, poster tak print lagi, duit x tukar lagi..argghhh..semua tu kena wat hari..

wish me good luck!