Pages

Wednesday, July 3, 2013

Resepi Pavlova

Assalamualaikum..


Orang kata Pavlova ini sedap. Sana sini duk cakap pasal pavlova. Dalam hati ni, pa benda la yang sedap sangat pavlova ni sebab aku tak pernah try hihi. Boring- boring weekend, aku pun gatal tangan minta tolong dengan Mr Google. Cari resepi pavlova. Nak juga try kan hihihi..

Macam-macam resepi keluar. Tapi aku amik yang mudah ja. Dapat resepi terus keluar pergi jusco beli bahan-bahan.  Bahan-bahan yang aku gunakan simple. Check it out yo!!

: BAHAN - BAHAN :
Meringue
4 Putih Telur 
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Buahan masam- Strawbery, anggur dll

 
Tip: Untuk telur better guna telur pada suhu bilik, bukan yg baru keluar peti sejuk. Gula boleh kurang kalau tak nak manis dan cuka boleh ganti dgn jus lemon or anything yang masam

CARA-CARA :

-Mula-mula panaskan oven pada suhu 150-170 darjah celcius

 Meringue
1.  Pukul 4 putih telur sehingga berbuih dengan menggunakan mixer.
2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit.
3. Semasa masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga bertanduk ( Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas)
5. Letak baking paper on top of a baking tray. 
6. Tuang adunan meringue dalam bentuk bulat
7. Bakar selama 40 hingga 60 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan sejuk dalam oven seketika.

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.



 Oh Pavlovaku! Aku terlebih pukul whip cream! Kalo guna dairy whip cream tak boleh terlebih pukul. 
Pavlova ni dalamnya lembut macam marshmellow dan manis. Kat luarnya rangup. Jadi kena balancekan dengan cream dan strawberry. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk.

No comments:

Post a Comment