Pages

Sunday, July 17, 2011

Penguin yang sangat comel

Assalamualaikum...


Nampaknya tiap-tiap minggu mesti tengok wayang (-_-''). Tapi movie ni memang nak sanga tengok sebab sangat comel!! Apa yang comel sangat tu??? Penguin la..



Malam rabu lepas aku dan kakak aku pergi tengok Mr Popper's Penguins!! Nasib baik kami dapat seat 2 yang terakhir. Itupun 2 baris dari depan. Sanggup tau!! Ni sebab aku tengok trailer dia yang best dan penguin yang comel tu la. 

Ini trailernya. Cuba tengok!!

Nama-nama yang Mr Popper bagi tu sangat sesuai dengan karekter setiap penguin. Bitey, Lovey, Nimrod, Captain, Stinky dan Loudy. Citer ni kelakar dan kalo nak tengok dengan family memang sesuai sangat la.Secara ringkasnya, Mr Popper ni dapat hadiah/ wasiat daripada ayahnya yang telah meninggal dunia. Mula-mula Mr Popper ni ingat ayah dia bagi patung penguin tapi rupa-rupanya penguin betul.Seekor ja la. Maka bermula scene-scene kelakar. Mr Popper ni nak hantar balik penguin ni ke tempat asal, tapi disebabkan miscommunication yang berlaku, Mr Popper ni dapat lagi 5 ekor penguin. Semuanya 6 ekor. Disebabkan anak-anak Mr Popper ni suka sangat kat penguin ni, maka Mr Popper pun tinggal dan jaga lahsemua penguin ni. Tapi mesti ada org jahat kan??? Korang tengok la sendiri..Hihi.. Beli CD ya..



Tengok macam mana Mr Popper bagi nama kat setiap penguin.






p/s: nak kuar g Aeon AU2, nak makan tako ang goguma a.k.a sweet potato!!

Sakit

Assalamualaikum..

Minggu ni minggu yang tak berapa sihat la. Hari Ahad selsema. Aku ni kalo kena selsema mesti demam punya la. Malam tu terus demam + batuk. Hari Isnin tu tak pergi lab la. Rehat dan bergolek-golek ata
Publish Post
s katil. haha

Selasa, dah okay sikit. Demam kebah sikit. Aku tak suka pergi klinik sebenarnya.Selalu biar kebah sendiri. Panadol pun tak baik untuk kesihatan kan sebenarnya tapi sebab hari Isnin tu macam teruk telan juga la panadol.So, pergi lab pun masih pening-pening sepanjang hari. Pagi Selasa tu aku kuar g Bangsar Village nak beli mushrooms. Ye la sample aku kan Mushroom. Sample dah habis kena la beli. Balik ja Bangsar Village, teman Deva pergi Pusat kesihatan (PK) UM sebab kaki dia sakit. Alang-alang tu aku join skali amik ubat. Free pulak. Aku ni memang x pernah pergi PK ni. Kat UKM dulu pun x pernah pergi PK tau. Hahaha..Jakun sikit (-_-'').

Ubat-ubatku.

Aku minta kat doktor ubat gatal sekali sebab habis kaki aku naik bintik-bintik kecil. Kakak-kakak aku pun naik sekali. Aku rasa sebab shower bath baru kami tu. Before ni guna jenis lain. Tukar terus jadi cam ni. Cuaca sekarang ni pun tak menentu. Jerubu sekali. Aku rasa hari Selasa jerebu paling teruk kot.Ramai gak orang batuk0batuk dan selsema. So, jagalah kesihatan korang!!!




Saturday, July 16, 2011

Keputusan Malaysia Vs Liverpool 13 Julai 2011



Keputusan Terkini Perlawanan
Separuh Masa Pertama

Malaysia ( 1  )  vs  ( 1 )  Liverpool
         - Safiq Rahim- min 43     - Charlie Adam min 27 ( Pen)


Gol Safiq Rahim
Gol yang cantik dari Safiq Rahim.. Free kick bertaraf dunia..!! dari depan gol.. Memang terbaikk!!

Gol Charlie Adam
Andy Carroll dijatuhkan oleh fadzli Saas di dalam kotak penalti.. Dan jaringan telah dibuat..

Separuh Masa Kedua
Malaysia ( 3 ) vs ( 6 ) Liverpool
                  - Safee Sali (min 80 & 82) - N' Gog (min 69 & min 70)
                              - M. Rodriguez (min 75 & min 90)
     - D. Kuyt (minit ke 91)

Gol Safee Sali 




p/s: Tahniah Malaysia!!!Safiq Rahim, & Safee Sali memang dengan terbaik!! 2 gol dalam masa 2 minit.Walaupun kalah, tapi aku rasa puas. Sekurang-kurangnya Malaysia ada menjaringkan gol!! Thank & credit video to Sokernet