Pages

Friday, October 30, 2009

sahabat sejati

untuk semua sahabat-sahabatku, luahan rasa hatiku...

sahabat sejati..

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



artis : UNIC

“Love Like This” MV -SS501

SS501 have finally released their Love Like This music video



video credit to: shirbogurl
Copyright: GOM TV & DSP

Thursday, October 29, 2009

~~ LoVe LikE ThiS~~

khas buat sapa-sapa yang minat SS501

new single

~~LOVE LIKE THIS~~
Hey Girl, ijen neoreul boyeojwo naege
Geuman neoui mameul
Won't you, my girl (my girl)

Hangsang mangseorineun neon jeongmal babo
Jeongmal neoneun babo
O~ malhaejwoyo

Wae, neon moreuni
Neon nal moreuni
Neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo

Naege geochim eobsi
Tteollim eobsi your love!


Chorus:
Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Hey Girl! oneul ttara deo yeppeo boyeo.
Nae mamui Key~juin baro neon Girl~

Neol tteoollimyeon, naneun neomu tteollyeo
Sojunghan neo baro naui Baby Baby

Wae, neon moreuni, wae
Neon nal moreuni wae
Neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo.

Ttan geon pillyo eobseo
Ojik wonhaneun geon Your Love!

Chorus:
Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

I need you,
You need me.
Urineun gyeolguk hamkke hal kkeoya
Mangseorijima, naman ttarawa
Ijen yeah

Chorus:
Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

Love, naege wa. neon, like this.
So Love, gidarin neoran girl
True love, dagawa neon like this.
One Love, neon naege neon naegero

lyrics from ALLYRICS.NET

translation:

Hyung Jun:
Hey girl, now I show you
Stop your heart
Won’t you, my girl (my girl)

Jung Min:
Always hesitant, you are really a fool
Really a fool
Oh~ Talk to me

Kyu Jong:
Why, you don’t know
You don’t know me
I wish that you will take away my whole heart

Young Saeng:
(I have) no hesitation
No trembling (not nervous) My love!

Chorus
Love, come to me. You, like this
So Love, waiting for you girl
True Love, approach (me). You, like this
One Love, you, me, you come to me.

Verse 2

Jung Min:
Hey Girl! Today of all days, you look prettier
My heart’s key ~ Owner (is) none other than you Girl ~

Hyun Joong:
If (I) recall, I am very nervous
Precious you, none other than you, my Baby Baby

Hyung Jun:
Why, don’t you know
You don’t know me
I wish that you will take away my whole heart

Young Saeng:
I don’t need another
I only wish for Your Love!

Chorus
Love, come to me. You, like this
So Love, waiting for you girl
True Love, approach (me). You, like this
One Love, you, me, you come to me.

Love, come to me. You, like this
So Love, waiting for you girl
True Love, approach (me). You, like this
One Love, you, me, you come to me

Bridge

Hyun Joong: I need you
Jung Min: You need me
Kyu Jong: We will eventually be together
Hyung Jun: Don’t hesitate, follow me only
Young Saeng: Now~~~ Yeah~

lyrics from KPOP JJANG




video credit : CodeMonmonSeason4

p/s : i like... :)

Wednesday, October 28, 2009

welcome to my friend..

Dalam kesibukan exam week ni, mesti ramai student busy dengan buku-buku..study la kan..

TAPI

dua org kawan aku ni sibuk wat benda lain...




APA??


JENG...JENG

x da apa-apa pon.Diorang baru wat blog..so banyak la benda nak buat. Nak hias blog lagi, nak letak yang itu la, yang ini la..semua la nak letak.
haha...
apa-apa pon welcome my friend..

ini blog zulfa

ini blog wani

Tuesday, October 27, 2009

manusia semakin kejam???




Perhatikan gambar ini...




dan

hayatilah lirik lagu ini...


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja

Sedih pilu menatap rupanya

Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu

Belum sempat dia memanggil ibu

Sampai hati engkau dizalimi

Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati

Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati

Dimanakah nilai ehsan insani

Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup

Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian

Lalu si anak dibuang di jalanan

(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu

Bagai tiada nilainya di sisi

Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya

Di sisi Allah engkau mulia

bagai kain putih kau tiada dosa

Bertaubatlah mereka yang hina


Lagu : Wajah Suci
Artis : Mestica



video credit to : ZAituAKU

Saturday, October 24, 2009

mengapa yahudi bijak.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Ho llywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak“. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Go to fullsize image
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok di luar rumamerokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam h mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah MEREKA SENDIRI..tapi..fikirlah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Estee Lauder, Garnier, McDonalds, Baskin Robin (aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) Dell computer, CocaCola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama (carilah sendiri) di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Hasil kajian
-Dr. Stephen Carr Leon

p/s : saya dapat crita ini drpd email kwn saya yg di forwardkan. Saya rasa artikel ini menarik dan saya postkan dalam blog ini. mungkin ada yang pernah membacanya. sekadar renungan bersama. :) sama ada crita ini betul atau tidak anda tentukan sendiri..

Thursday, October 22, 2009


kepada semua coursemateku or sapa2 yang nak final exam
GOOD LUCK!!

Gambate!!

p/s: sepanjang minggu exam ni PTSL memang full..huhu.. :(

Sunday, October 18, 2009

Papadom vs Pandorum

salam semua..sorry ar lama kut x update. Akhirnya suma assignment siap gak. Haha.. Rasa merdeka kejap tapi lepas ni ada 'perang' besar lak!!! 'perang' apa lak ni??? hehehe.. Ya la bagi seorang student, final exam boleh dianggap 'peperangan' jugak ar..( betul ka?? :)) x kisah ar..so sekarang leh focus on study and lab..kelmarin aku kuar g alamanda.Konvoi 2 motor, aku, zulfa, zam and wani.. dekat ja UKM dgn Alamanda.Lama kut x kuar coz assignment yang berlambak tu.. sebab coursemate aku cadang tengok cita ni

tapi plan tukar tgk ...

best la gak cita ni..sapa yang suka tgk cita suspen-suspen ni leh ar tgk..
sebab pa tukar movie?? sebab papadom hanya tinggal seat depan skali..oh tidak!! sakit ar kepala kami semua....so kami pilih Pandorum tu..so, before tgk Pandorum kami pusing alamanda. sekurang-kurangnya, aku puas hati dapat tgk movie...tapi aku nak gak tengok PAPADOM.

sebab lama x kuar, so aku pon dah lama x beli manga @ komik..
Aku suka membaca. Apa-apa genre pon aku layan. Ni koleksi komik kat bilik aku untuk 2 sem tapi kat umah lagi banyak, dengan koleksi novel dan buku-buku lain. memang dah jadi kebiasan before tidur aku akan baca apa-apa buku. hehe.. :)

wani dan zam



Friday, October 9, 2009

hari yang agak penat..malam ni ada kelas lak tu...
semalam tanpa dirancang-rancang, aku kuar dgn budak-budak course celebrate birthday Yaa. ptg tu Saf call cakap nak celebrate. Just makan-makan kat kfc. Tapi yang paling lawaknya, tuan punya besday kena beli kek dia sendiri..haha...memang x pernah dibuat kot.. :P




Thursday, October 8, 2009

ulser mulut

so bagi yang tak tau apa tu ulser mulut, ni ada skit info...

Ulser Mulut (Ulser Afta)


Latar belakang

ulser
ulser
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres - punca utama aku dapat kot :(
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
kredit to: my health for life

silent mode

dalam kesibukan menyiapkan assgnmnt ni, tiba2 je aku dapat ulser mulut.
huhu... sakit... :(
so, untuk 2-3 hari ni, kau dalam silent mode.. :(
semalam pas abis je kelas fizik, aku dan Ct pon trus masuk lab. nak ambik dry weight miselium. masa tu la kesakitan memuncak. kul 2 aku naik balik kolej coz nak letak ubat. kul 4 ada kelas stat bio lak. tiba-tiba perut aku berbunyi. lupa lak yang aku x makan apa2 pon dari pagi. tapi aku takut nak makan coz sakit kat mulut. so, aku just beli tembikai susu+tembikai merah+ air 100 plus. habis makan aku pon trus letak ubat.time tu kepala aku dah pusing-pusing ..pening kepala..hidung lak tersumbat.maybe strees kut.macam nakdemamlak. aku pon telan la ubat + ubat selsema. lupa lak ubat selsema ni menyebabkan ngantuk. aku pon baca la note2 skit sementara nak tunggu class kol 4..tanpa ku sedari aku dah zzzzzzz..la..tertidur rupanya. tidur dengan pakaian nak g ke klss lak tu..ish2..sedar-sedar dah kul 6.00 ptg. kelasku!!!! CT, sorry ya..sepatutnya lepas kelas aku kena masuk lab balik, sambung kerja. malam tu aku x wat apa-apa pun. pas makan ubat aku tidur awal..
kiranya semalam aku hanya makan buah tembikai dan minum air 100plus..so bangun pagi ni aku lapar...
harap-harap ulser ni cpat baik..sakit tau.

hArI ni birthday 2 orang best friend aku..
nurul alyaa & nur syazwani
happy birthday!!!

Monday, October 5, 2009

kerja oh kerja

  • penulisan jurnal( hantar before 16/10)
  • presentation jurnal(jurnal club) (present 15/10)
  • kertas kerja latihan ilmiah 1 (hantar before 14/10)
  • assignment plant breeding (hantar before 13/10)

::semua kena submit minggu depan::
:::minggu yang busy:::


Sunday, October 4, 2009



perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..

gembirakah??
sedih??
atau
bahagiakah?
sengsara??

it's complicated

Friday, October 2, 2009

persembahan kanak-kanak ibu zain :P

Semalam aku penat giler sampai nak cakap pun aku x mampu. Kawan-kawan aku pon ingat aku ni sakit ke apa. Sebenarnya begini ceritanya...

Petang selasa hari tu, aku dapat msg dari mamat kata ada meeting kelab teater Mala Kencana pada malam tu. So, aku pon pergi ar meeting tu dgn sarah dan su. Sampai2 je kat tmpat meeting(lobi kiz) ada la beberapa kerat je yang datang. Yang lain suma busy la( alasan yang selalu didengar..hehe). Tiba2 anis & helmi terus tanya kami, free x khamis pagi. aku dan sarah ada kelas pagi khamis tu. Rupa-rupanya ada perasmian tuk majlis ulang tahun ke-15 LESTARI dan kelab teater Mala Kencana di jemput untuk membuat persembahan. Perasaan aku time tu, bercampur aduk kut. Terkejut+ x percaya+ geli hati. ye la, cuba korang bayangkan persembahan tu hari Khamis pagi, malam Selasa baru aku dapat tahu. Bila masanya nak prepare. so, malam tu gak kitaorg bincang nak wat pa tuk pesembahan. last2 kami recycle dan ubah skit teater pesta konvo tahun lepas coz ada la kena mengena dengan lestari.

pukul 10.45 malam hari rabu, aku dan sarah pon trun lobi nak g berlatih. malam tu plak ada pesta tanglung kat dpan cafe Kiz. Time kami trun tu, diaorang nak berarak sambil bawa tanglung. Memang best. Ada la sorang AJK pesta tanglung ni ajak kitaorg join perarakan tu tapi dengar je TANGGA KIZ yang tinggi tu, automatik kami x nak join. hehehe.

Sementara tunggu Fatin, Hidir, Mai & Helmi balik berarak, aku dan Sarah balik blok utk pujuk Ada, Afzan & Umi. Pujuk punya pujuk akhirnya, diaorang cair gak. dalam kul 11 lebih kami start 1st rehearsal kat bilik seminar. Tinggal beberapa jam je before persembahan. masa berlatih naim datang, kami ajak la dia join. Lagi ramai lagi bagus. x la malu sangat. So, semuanya 11 orang ( aku, sarah, ada, afzan, mai, fatin, hidir, umi, helmi, naim dan mamat).

Time berlatih tu, macam-macam perkara lawak berlaku. Hilang segala stress aku. perangai kami malam tu macam kanak-kanak tadika. persembahan kami pon cam tu. so, kami mengelarkan diri kami sebagai kanak-kanak dari tadika ibu zain..hehe :P . kul 4 lebih kami stop berlatih.
aku pon balik la blik tapi x leh nak tido pon. maybe gelak lebih sangat kot (apa kaitannya???).

aku tertido pas subuh dalam kol 7 cam tu. kol 8 lebih aku bangun nak siap2 pergi kelas kol 9. kol 9.05 aku sampai kelas dgan muka penat+ ngantuk. tunggu punya tunggu lecterer x masuk2. kol 9.30 cam tu aku balik kolej ar. Nak wat last latihan. tapi memang serius cakap, takot giler time tu. lirik ingat2 lupa ja.

kol 10 lebih kami pon bertolak ke lestari. konvoi je. Dekat sangat. masa kami sampai majlis dah start tapi kami wat persembahan yang terakhir skali. tapi bila tgk orang yang datang majlis tu, fuh..kecut perut time tu..hampir semua orang tinggi datang, tapi NC x da. TNC HEPI UKM (PROF. DR. RAHMAH MOHAMED) yang rasmi majlis tu. Penat gak nak tunggu time tu. Banyak gak cerita-cerita lawak jadi. sempat lagi tu.hehe.. sebelum naik pentas,(beberapa minit je lagi) berdebar2 punya pasal, naim 'my kapak (prop). Gelabah giler time tu nak betulkan kapak tu. tapi last2 ok gak. persembahn pon kira ok gak la. korang bayangkan la 1 malam je kami berlatih. dengan nak hafal lirik, gaya & lakonan. nasib naik ada pelakon2 mantap cam Naim, Helmi & Mai. spontan ja. TNC pon senyum ja.kira ok gak. ramai gak yang puji dan ada la gak yang x faham. x kisah la semua orang ada pendapatnya.En Nik & En. Bisha suh kami perform utk penutup tapi x tau la nak wat cam na. habis perform apa lagi terus g makan. makan kek resepi rahsia n donut epal besar :P nyum nyum.

sebab terlampau penat, aku tertido semasa tunggu umi balas msg..

persembahan kami
cikgu mamat tersenyum :)


kanak-kanak tadika ibu zain bersama cikgu mamat :)



Thursday, October 1, 2009