Hari ni sehari duk kat UM.Emmm.. wat pa kat sana? Heee...Hari ni ada Majlis meraikan calon baru pascasiswazah. Ala senang cakap macam taklimat tuk bakal2 (sbb x daftar lg) master n phd students. Hari ni juga la first time aku jejakkan kaki di bumi UM. kesiankan???
So, kuar dari rumah pagi tadi dengan hati yang berat. sebabnya aku risau. Dah la first time jejak kaki kat UM, then sorang-sorang lak tu. Pagi tadi redah ja. nasib baik pergi dan pulang dangan selamat. =)Disebabkan sorang-sorang, so hari ni kena upgrade sikit sikap peramah tu =) (peramah ke?). Agak jeles tengok orang lain berkepit dengan kawan2..ish..ish... Hari ni kenal ramai orang. Rasanya x da yang sebaya kot .Sementara first session, ucapan dan sesi dialog/soal jawab dengan timb NC UM start, time tu juga la sesi aku berkenalan dengan jiran sebelah, bukan2 orang sebelah. Kak Nazihah, dari kajang tapi dia fakulti lain. Kak Nazihah amik master biomedic engnring.Dan hari ni fakulti dia x da taklimat kedua lak, so kak nazihah stay sampai kul 3 ja. aku sesorang lagi..haha.(sila belajar berdikari sikit!! Amaran: jangan tiru sikap ini ye =)).
Disebabkan first session habis awal, so ada masa lebih. So aku dan kak Nazihah memulakan explorasi kami. Opss lupa lak, kak nazihah pun serupa nasib dengan aku, first time di UM. Dulu Kak Nazihah study di UIA.
Tempat pertama kami cari ialah tempat makan!!! penting tu.. hehehe.. sambil -sambil tu cari surau terdekat ( Ini lagi penting, solat tiang agama!!). Lepas tu kami pergi fakulti kejuruteraan, saje je explore. Masa kat UKM dulu, aku x pernah g fak kejut ( Lalu dan tengok ja) tapi kat UM, first fakulti aku jejak fakulti kejut. hehee..then, pergi fakulti sains lak. aku ada taklimat kedua kat situ. Kat situ kenal beberapa orang lagi. kak maya, kak nurul, kak dayah dll. Kak dayah dan kak iza satu course dengan aku. Yeah!! Dapat geng.
Ok. rasanya aku x pernah beritahu aku amik course apa. aku amikcourse bioteknologi. Ini mixed mode programme, mean ada coursework ( 2 Semester) dan mini research (1 Semester). Tadi kalau diikutkan, 47 orang yang ditawarkan course ni.Tapi yang datang taklimat separuh ja. Kali ni x amik gambar pun. Bawa kamera saja je. Oh..aku ada tangkap 2 gambar. Gambar apa? jeng jeng..
.
..
...
....
...
..
.
.
Cantik kan?warnanya dark pink .=)
Dalam banyak-banyak benda kat UM,aku leh tertarik dgn si comel ni. hahaha..
No comments:
Post a Comment