Pages

Tuesday, August 23, 2011

Iklan Raya Petronas 2001-2010

Assalamualaikum..


Sungguh cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, ramadhan hampir meninggalkan kita. Sedihnya!!! 


Dah nak dekat raya ni selalunya mesti banyak iklan raya dah kuar kan. Dalam banyak-banyak iklan, selalunya iklan Petronas la yang terbaik. Ada mesej yang hendak disampaikan. So, kat sini aku buatkan koleksi iklan raya Pertronas dari tahun 2001 sehingga 2010.



Iklan Raya Petronas 2001

Iklan Raya Petronas 2002-2003

Iklan yang paling aku suka!!! Aku tak sure ni tahun mana satu.

Iklan Raya Petronas 2004 

 

iklan raya petronas 2005

Iklan Raya Petronas 2006

* besar mesej tu!! Sayangi Ibubapa kita!!

Iklan Raya Petronas 2007 

 

iklan raya petronas 2008

 

Iklan Raya Petronas 2009

Iklan Raya Petronas 2010

ni iklan petronas juga tapi aku tak sure tahun apa.

pengajaran: berbaik pada semua org.Kadangkala yg kita x suka sgt itulah yg lebih rela membantu kita dikala susah




   

Monday, August 22, 2011

MACARON!! Kecil tapi sedap wooo...

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama teringin nak makan Macaron ni. Tengok gambar comel sangat.Warna-warni gitu.Kawan masa kat Kolej ibu zain dulu ada jual tapi kat bangi dan ampang. Susah ja aku nak pergi. Tapi bulan puasa ni mereka buka booth kat Lrt Ampang park!!! Of course aku pergi. Dua kali pulak tu..

Macaron kalo x salah asal dari French. Rasanya manis dan ada banyak perisa.Aku suka Red Velvet, Vanilla, Cherry, Apple,cheese dan chocolate!!








Ni secaond time aku beli.10 biji kesemuanya. Yang chocolate bawah tu perisa chocolate, yang atas tu peanut butter, light pink cherry, dark green apple dan light green perisa kiwi. Sebiji macaron ni RM 2. Maybe harga mahal tapi bagi aku berbaloi. Ada yang tak tau pasal macaron ni merungut pasal mahal sangat. Macaron ada banyak giler perisa. Sesuai buat doorgiftb jugak. Kalo berminat, or nak tempah/beli boleh pergi ke page ini. Kedai kawan dan junior aku. Sebab sedap aku promote.Haha. Lagipun mereka memang ada regular customer dah.

Lildaisy Cuppycakes ada jual cupcakes yang sangat-sangat comel. Sesuai tu birthday, engagement dan wedding. Pergi la tengok kat picture dia. Sangat comel aku.


p/s: macaron ni diperbuat dari putih telur. Tiada kolestrol!!




Resepi Kuih raya: Biskut Chocolate chip

 Assalamualaikum..

Weekend  ni kerja buat kuih raya ja la. Siang dan malam menadap kuih raya. Ish..ish..
Kali ni  Biskut Chocolate chip pula. Biskut ni rasa macam Chipsmore pun ada. Sedap!!




Bahan-bahan
385 g Mentega
200 g gula pasir halus
3855 g tepung gandum (diayak)
155 g tepung jagung (diayak)
2 biji kuning telur
2 camca the baking powder
2 camca the esen vanilla
200g coklat hirisan (cooking choc yang dihiris, boleh diganti dengan serbuk koko)
100g cornflake ditumbuk kasar
·         Boleh tambah badam, hazelnut mengikut citarasa

Cara-cara membuatnya.

1.       Pukul kembang Margerin dan gula.
2.       Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati mengunakan senduk. Masukkan coklat kesemuanya dan gaul dengan senduk hingga adunan bertukar warna gelap dan coklat.
3.       Masukan tepung yang telah diayak bersam bakinh powder. Uli hingga sebati.
4.       Masukkan cornfalake dan gaul rata. Bentukkan adunan mengunnakan sudu dan garpu. Susun atas Loyang yang telah dilengser dan margerin.Hiaskan dengan chocolate chip.
5.       Bakar pada 170⁰C  selama 15-20 minit.





Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger

Assalamualaikum..

Dah lama dah teringin makan ayam Kenny Roger yang sedap tu tapi malas nak kuar. So alternatifnya google kat tenet cari resepi ala  ayam Kenny Roger. haha.. Akhirnya dapat jugak.. Sedapnya..Aku perap ayam tu x lama. dari tengahari samapi kul 5 cam tu ja.Mungkin lagi lama lagi sedap. Nanti nak buat lagi!!


 
Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara penyediaan

1.      Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2.       Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3.      Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4.      Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5.       Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6.       Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.



Resepi Kuih raya: Putaran Nestum


Assalamualaikum..

Hari ni aku dan Mon cuba buat Biskut Putaran Nestum. Masa penyedian dan membakar dalam masa lebih kurang 1 jam. Resepi ni untuk  108 keping biskut!!! Banyak wooo…



Bahan-bahan:

A
150 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 ½  cawan Nestum® (dikisar halus)

B
150 g gula kaster
150 g mentega

1 biji telur
1 ½  camca teh minyak kopi
1 camca the Nescafe® dilarutkan dalam 1 camca besar air panas
Chip coklat berwarna

Cara membuatnya:

1.       Ayak bersama bahan A, masukkan  Nestum® kisar
2.       Krim bahan B hingga ringan dan kembang. Masukkan telu, minyak kopi dan larutan Nescafe®. 
3.       Kaup balikkan Bahan A dan kacaurata hingga menjadi doh yang lembut. 
4.       Masukkan doh ke dalam beg paip dengan acua corong berbentuk bintang dihujung beg paip. (atau terap/buat bentuk yang disukai) 
5.       Hias dengan chip coklat. 
6.       Bakar pada 180⁰C selama 15-20 minit atau sehinggan masak kekuningan.


Resipi:diambil dari majalah RASA (Julai)

 Ni dalam majalah
 Ni realiti..haha.. ini ikut kreativiti la..

Aku ni suka mencuba-cuba sikit. Sikit ja. Haha..Aku try ganti Nescafe® dengan Milo. Wah.. Not Bad. Sedap!!

 warna pun lain sikit..Sedap..