Pages

Friday, May 25, 2012

BUKAN SAJA-SAJA...

Assalamualaikum..

SEBENARNYA...................
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


Mungkin antara kita merungut atau tidak puas hati dengan kehidupan kita.  Mungkin tertanya kenapa aku pilih jalan ini. Sekarang ramai yang kerja lari bidang masing. Seriously ramai sebenarnya. Tapi kita mungkin x tau suatu hari nanti kita akan  guna ilmu kita itu.


Degree aku dalam bidang genetik. Then masa first year, kena amik subjek asas mikrobiologi. Aku cukup tak suka subjek tu sebab kena hafal nama saintifik bacteria. Bukannya sikit, banyak kot. Haha. Dulu aku tak faham kenapa aku kena belajar subjek tu. Tapi Allah maha mengetahui, aku praktikal kat makmal mikrobiologi, Ambik kau!!! Masa praktikal la persepsi aku terhadap mikrobiologi berubah 180 darjah. haha. Ayat mesti bombasti!! Sebab aku belajar asas ja, then belajar pun sebab exam!!  Kena la belajar balik masa praktikal tu. Tapi kali ini aku rasa pun susah malah aku suka. Bersemangat pagi pagi nak masuk lab. Dulu aku tak tau pun macam mana nak bezakan bacteria. Sekarang tengok plate pun dah tau. Riak sungguh. haha..Dan time aku tau kena aku kena belajar subjek tu. Semua Allah dah tentukan. Dulu aku juga x suka dengan enzyme dan protein. Sebab bagi aku, enzyme dan protein sangat complicated. Sekarang? aku buat projek pasal enzyme dan protein. Haha.. Lepas ni aku, aku x suka Jaejong la.. haha. Kaitan????

 Dulu nak culture bakteria, tangan terketar-ketar. 

 Sample.
Set biokimia. Ini paling aku suka sebab cantik dan colourful. haha

Ini la kerja aku kat lab sekarang. Run SDS-Page ja la..


Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua cikgu, lecturer, supervisor dan semua la yang banyak memberi ilmu kepada aku. =)





   

No comments:

Post a Comment