Pages

Saturday, June 25, 2011

Peti sejuk oh peti sejuk!


Masa balik kampong hari tu, peti sejuk kami dah tukar baru. Yeah!!! Tapi bukan nak cakap barang-barang dulu semuanya tahan lama. Contoh terbaik adalah peti sejuk rumah aku ni la. Peti sejuk ni mak aku beli before aku lahir lagi. Peti sejuk umah aku ni jenama Toshiba. Dah lebih kurang 25 tahun dah!! 25 tahun beb!!! Dalam 25 tahun ni hanya skali ja rosak. Sekali lagi ayah aku hantar cat bagi cantik balik. Ni yang beli baru sebab peti sejuk ni dah kurang sejuk. Ramai orang kata gas dia maybe nak habis kot. Memang kami saying la peti sejuk tu. Ayah aku cakap beli baru ja la. Aku lah orang yang paling excited. Sebab pa?? Salah satu perangai pelik aku ni, aku suka tengok barang or survey barang elektrik/ elektronik. Pergi pasaraya besar kadang-kadang x da kerja gi bahagian elektrik tengok peti sejuk, tv, mesin basuh dan lain lain lagi lah. Pelik sungguh..
Ni la peti sejuk yang berjasa kepada kami sekeluarga
Bye!!


Apa lagi aku guna la kemahiran survey aku ni.Tengok peti sejuk mana yang paling ok dan harga berpatutan. Mak aku kalo boleh nak jenama Panasonic atau Toshiba. Dua brand ni memang mak aku percaya habis la. Kebetulan time aku balik ada carnival elektrik kt C-mart Arau. Kami pun saja-saja g survey dulu. Ada la berkenan satu dua jenis. Tapi memang tak niat nak beli kat sini. Sebab mana tau kat Kangar lagi murah kan. Tetiba ada sorang mamat ni tegur. Maybe sebab dia tengok aku dan mak aku asyik sangat tengok semua peti sejuk ni. Encik yang baik hati just bagitau yang harga kat peti sejuk kat situ agak mahal dan tak boleh kurang. Sebab dia baru ja beli peti sejuk sehari sebelum tu. Dan yang lagi best dia dah survey harga peti sejuk kat kawasan Arau dan Kangar!!! Senang kerja kami ;). 


So, encik ni bagitau la nama kedai yang dia beli. Peti sejuk kat situ memang murah katanya. Siap tunjuk resit dan suh aku nama dan no phone kedai tu. Nama kedai tu Keat Radio. Encik tu jugak siap citer kat mana kedai tu dengan detailnya. Bagus betul!! Tapi peti sejuk la yang murah kat kedai situ. Barang-barang lain seperti mesin basuh dan TV harga standard la. So, encik tu beli mesin basuh dan TV kat carnival C-mart Arau tu ja. Thanks ya encik yang baik hati ;). Jasamu akan kami kenang.


Dua tiga kemudian baru la kami g kedai Keat Radio tu. Kecik ja kedai dia. Kalo nak beli peti sejuk yang besar , yang harga stamdard RM 3000 ke atas kedai ni memang x jual la. Memang peti sejuk kat situ murah sikit. Beza RM100-200 tu!! Tu belum lagi yang pandai tawar menawar harga lagi tu. Kerja tawar-menawar ni serahkan kepada kaum ibu. Memang pandai. Akhirnya mak aku pilih peti sejuk Panasonic sebab mak cakap kita dah pakai Toshiba, jom try Panasonic lak. Boleh plak macam tu. Haha.. Encik ayah setuju ja. Harga dia bawah RM1000 la. Dan depa hantar peti sejuk ni sampai rumah la kan. Free ja. Petang tu kami punya la tunggu peti sejuk baru tu. Dekat nak maghrib baru sampai. Rupa-rupa dia g hantar dulu dua peti sejuk customer lain. Mak aih…ayah aku kata laku sungguh peti sejuk kedai tu. Sehari sampai ada tiga orang beli.  So, sapa-sapa nak beli peti sejuk kat situ 

 NEW!!!!
 Baru dan lama

Yang ni pulak peti sejuk idaman aku. Haha.. peti sejuk pun ko boleh idam kan..aishhhh (-__-“)  Ni akibat slalu tengok citer korea ni. Motipppp??? Sebab kalo korang tengok drama korea dia punya barang umah memang tip top la. Peti sejuk konfem besarrrr punya.. yang da 3 pintu la.. Macam-macam lagi la..




Hambik ko.. Bapak besar.. harga lagi masyuk.. (-___-'')







   




4 comments:

  1. chop!! peti sejuk yg lama tu sama dengan peti ejuk laam rumah kite. tp kite punye still blh function.hehe.. rumah kite ade 2 peti sejuk -.-'

    ReplyDelete
  2. y aka..hahha... yang lama tu still leh function tp mak malas nk pakai dua-dua..hihi.. jimat elektrik katanya...

    ReplyDelete
  3. beli la peti sejuk ya ng ada label jimat tenaga 5 bintang..........

    ReplyDelete
  4. KEDAI NYA KAT NA...

    ReplyDelete