Pages

Tuesday, August 14, 2012

Biskut raya 2012

Assalamualaikum..

Wah minggu ni aku sangat rajin update blog. Haha.. Tahun ni aku buat dua jenis ja  kuih raya coz kak aku dah beli banyak kuih tunjuk-tunjuk. :) Biskut Cornflakes Madu dan Biskut Bangkit Kelapa ja aku buat. Biskut Cornflakes Madu ni memang favorite keluarga aku. Budak-budak pun suka sebab manis dan rangup. Adik aku pun sangat. Sebelum raya pun dia dah makan.Biskut Bangkit Kelapa lak mak aku teringin nak makan. Siap bagi resepi lagi. 

Cornflake madu. 
Ni ja gambar yang sempat aku tangkap. Aku tak ikut resepi tahun lepas sebab dah lupa. -.-'' Aku google ja then ubah sikit-sikit ikut citarasa. wahh macam chef lak.. Cornflake madu sangat-sangat simple.Sebab tu aku suka buat.
 Resepi yang aku google

1 kotak cornflakes (500g)
125g Mentega/butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu

Campurkan semua bahan-bahan kat atas (kecuali cornflake) kemudian masak (api kecil) hingga semua adunan sebati. Then tuang ke atas cornflakes. Masukkan kekacang/kismis.Gaul hingga sebati. Masuk cornflake kedalam cup then bakar 150-170C selama 5-10 minit.

*Aku guna lebih kurang 700g lebih cornflake. Aku guna 150g planta, 3/4 cawan gula perang (ada orang guna gula pasir, gula perang kurang manis skit) dan 1 cawan madu. Ni pun agak manis. Mungkin 3/4 cawan madu sudah cukup (tapi tengok jenis madu jugak). Aku guna 1 setengah peket  mix fruit jenama marina.

Bangkit kelapa

Resepi Mak

1 cawan planta/butter
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
2 biji telur 
1/2 biji kelapa goreng
1 peket tepung ubi kayu ( ~700g)

Mula mula pukul planta dengan gula. Kemudian masukkan telur, esen vanilla & baking powder. Bila dah kembang masukkan kelapa. Lastly masukkan tepung ubi kayu sikit demi sedikit.Bakar 150-160C selama 10-15 minit.

p/s: Sekarang pas buka puasa mesti makan biskut raya. Nasib baik buat banyak =.='' 

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection

Monday, August 13, 2012

Headband for baby

Assalamualaikum


Beberapa bulan lepas aku ada blajar mengait. Lebih tepat Crochet. Crochet ni guna satu jarum ja dan senang giler la. Aku blajar dari YouTube ja pon. Benda first aku buat scarf labuh then kasut baby. Masa tu my sis tengah mengandung. Kasut baby tu besar kot. Tak guna sampai sekarang. haha

Awal-awal bulan posa ni, kak aku request buat headband tuk bam bam Qisya. Mula-mula aku tak nak sebab rasa macam tak sempat ja. Last-last buat gak sebab masa tu boring. Kejap ja buat..Dalam 2-3 jam dah boleh siap. Tapi kena tengok design la.

 Tu dia headband. Kak aku suruh wat lebar sikit. Aku buat lebar sungguh tambah bunga yang besar punya. Tak tau la rupa qisya macam mana bila pakai. Tapi yang aku pasti dia mesti geram tengok bunga tu dan nak masuk mulut dia. -.-''


p/s: esok dah balik kampung.. Ohh ohh ohh balik kampung, Ohh ohh ohh balik kampung haha...lama kot tak balik kedah. Tak sabaq cek rasanya.

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection

Sunday, August 12, 2012

Qisya bam bam

Assalamualaikum

Berapa bulan ni macam-macam berlaku. Tapi yang paling best spend time dengan Bam bam Qisya. Sekarang qisya dah 4 bulan lebih. Berat dia lebih 7kg dan dia dah start makan dah. My sis bagi dia makan sebab kesian tengok dia. Tapi just bagi makan baby sehari sekali. Qisya ni sangat pandai dan aktif. Masa berbuka puasa kan dia tengok ja makanan then dia buat muka sedih yang comel. Of course satu family kesian kat dia. Tapi tuk kebaikan dia jugak, mana leh bagi makan sesuka hati kan. Sekarang tangan, kaki dan mulut sangat aktif. Qisya suka menjerit dan menyembang. Kawan menyembang Qisya adalah Aki dan tok dia.  Dengan orang lain kurang sikit. Benda benda yang boleh dia capai dengan tangan mesti masuk mulut. Bila tak dapat masuk mulut dia geram then dia jerit. Sangat comel. Lagi satu kan dia suka main. Qisya suka sangat melompat. Sorang kena pegang dia bagi lompat sorang lagi kena main dengan dia. Kalo tak da orang nak main dengan dia, dia akan tengok ja orang tu then buat muka kesian dia. Last last orang pun cair then main dengan dia.

Okay, aku sangat excited bila citer pasal si bam bam ni. Last week aku balik main dengan dia. Qisya bagi hadiah kat aku. Hahha. Dua hari berturut-turut dia "membuang" atas aku. Bukan yang kecil tapi yang besar. Tak kisah la. Biasa la baby kan.. Tapi Qisya ni bila melepas dia duduk ja diam-diam sambil meneran. Tak menangis pun. Jom layan pic qisya dari instagram aku.

 Kebanyakan gambar aku tangkap adalah masa dia tidur. 

 Mata dia bulat tau

 Gambar tido lagi. Qisya ni kuat mengigau. Tetiba ja dia tersenyum masa tidur. Banyak kali kot.

 Qisya x puasa. opps dia bersahur laa.. hahaha

 Tidur gaya big boss. Fokus di peha dia ok.. berketul tuu..


 Ni Favorite pic aku. Comel sangat
 Masa main

Tidur lagi


Tengok gambar ni rindu kat dia. Selamat bersahur. Jangan lupa like Fb Nqq's Collection

Tudung Nqq's Collection

Assalamualaikum..

Jom tengok tudung baru Nqq's Collection



Code:CM 1
Rm53 not include postage, Colour: Green, Cotton

Code:CM 2
Rm53 not include postage,  Cotton

Code:CM 3
Rm53 not include postage, Colour: Blue black, Cotton

To order, please email your details to nqqcollection@yahoo.com:

Code :
Color :
Name :
Address :

Mobile Number :

 

 

Tudung Cotton Raya

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua. Bulan puasa tahun ni my sis, Emi start a new business. Bisnes kecil kecil ja. Dia jual tudung. So, saja nak tolong promote tudung tudung dia. Jom jom beli.. hehe.. Buat tudung raya. Size standard M sahaja.




Cotton Rose
 Code: CR 1 
Rm53 not include postage, Colour: Merah


Cotton Rose
 Code: CR 2
Rm53 not include postage, Colour: Brown

Cotton Flower
 Code: CF 1 
Rm53 not include postage, Colour:Blue
 Cotton Flower
 Code: CF2 
Rm53 not include postage, Colour: Purple
SOLD OUT
 
 Cotton Corak  
Code: CC1 
Rm33 not include postage, Colour: Purple

Cotton Corak 
Code: CC2 
Rm33 not include postage, Colour: Orange
Cotton Corak
 Code: CC3 
Rm33 not include postage, Colour:Green
Cotton Corak
 Code: CC4 
Rm33 not include postage, Colour: Pink

To order, please email your details to nqqcollection@yahoo.com:

Code :
Color :
Name :
Address : 

Mobile Number :

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection