Pages

Thursday, November 22, 2012

Babysitter @ nanny

Assalamualaikum..
Menulis dari bilik hotel Grand Season tingkat 18 jam 3.13 pagi. Untuk beberapa hari ini, kena jaga qisya lagi. Kakak ada kursus lagi kat Grand Season.




Tapi yang tak best Qisya demam. :( Sekarang tengah berjaga malam tuk tengok-tengok kan dia. Risaunya. Dari petang tadi dia asyik manja-manja ja. Tidur pun nak berpeluk. Sekarang ni pun tengah tidur atas peha aku. Tidur tak lena. Nak pergi hospital takut. Abang ipar aku dah balik pekan dah. Hopefully x da apa2 la.

Monday, November 19, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum..

Wahhh cuti panjang. Post pasal Trip ke Taiwan tak habis lagi dah pergi bercuti lagi!! hehe Kali ni family trip ke Perlis, Langkawi & Cameron Highlands. Trip 5 hari. Tapi minggu sebelum tu aku dah bercuti 4 hari jaga Qisya. 2 hari di Grand Season hotel dan lagi 2 hari di rumah ja. Jadi la tu..So, 2 minggu ni aku banyak menghabiskan masa dengan Qisya sambil menambah kan muscle di lengan sebab banyak dukung baby. Qisya dah masuk 8 bulan dan berat dia dalam 9 kg lebih!!



Wednesday, October 24, 2012

Trip To Taiwan Part 2 : Arrival

Assalmualaikum..


Alhamdulillah around 3.30 lebih kami dah sampai Taiwan Taoyuan International airport. Cuaca pun ok, sedikit sejuk berbanding Malaysia. Dalam flight, dua jam pertama aku banyak habiskan dengan tidur. Masuk jam seterusnya dah start boring. Tak tau nak buat apa.Tangkap gambar la kerjanya. =)

 Taipei dari atas.. Sudah nak sampai. Mode excited !!!


 


Coklat Daim, buah tangan dari Malaysia untuk organiser's conference kat taiwan.

Dari Taiyuan International airport ke Taipei city lebih kurang 45 minit dengan mengunakan kereta. Allhamdulillah Prof aku dah arrange kan orang untuk ambik kami semua dari airport ke hotel. Thanks again  Chia Wen. Kami tinggal di hotel berasingan. Destinasi pertama ke hotel prof dulu-Howard International House. Then amik cab terus check in hotel kami-Paihsuan Hotel then amik MRT hantar Prof balik. Nak biasakan diri dgn MRT coz itulah main transport kami semasa kat Taipei. Sampai2 terus jalan2..Advance x? Kat taipei waktu autum pukul 5 lebih memang dah gelap.
 

Howard International House.
Howard International House.

Taipei pada waktu malam!!





To be Continue,,,



                       

Sunday, October 14, 2012

Trip To Taiwan Part 1 : Departure

Assalamualaikum..

Alhamudulillah aku selamat pergi dan pulang. Satu pengalaman yang amat best & tak akan dilupakan. Ohhh trip aku ke taiwan ni sebenarnya bukannya utuk bercuti or berjalan makan angin tapi aku kena menghadiri international conference kat sana.Aku kena bentangkan poster mengenai projek yang aku buat. Alhamdulillah semua perbelanjaan ditanggung oleh UM. Tiga orang yang pergi ke Taiwan. Proffesor, Deva dan aku. Conference start pada 7 hb sampai 10 hb. Tapi sebab masa flight x sesuai kami pergi awal satu hari dan balik lewat 1 hari. So, trip ni start 6 hb sampai la 11 hb.

Harga tiket flight MAS pergi balik Taiwan  adalah RM1585. Aku beli melalui travel agency. Harga mungkin berlainan mengikut hari dan travel agency. Ada dua penerbangan ja MAS ke Taiwan. Sebelah pagi dan sebalah petang. Perjalanan ke Taiwan lebih kurang 4 jam 50 min. Flight aku sebelah pagi, dalam pukul 9.25 pagi berlepas then sampai dalam pukul 3 petang. Kapal terbang yang sama jugak akan balik ke Malaysia pada sebelah petangnya.

Sebab flight aku pagi, aku minta tolong zai  hantarkan aku pergi LRT station. Tapi Zai sangat baik hati tolong hantar sampai KL Sentral. Sebenarnya Zai nak tolong hantar sampai KLIA tapi sebab kami semua nak pergi ke KLIA guna KLIA express ja. Boleh check in luggage dari KL sentral. Tak payah nak bawa luggage besar pusing KLIA kan. Janji dengan Prof nak jumpa kat KL sentral dalam pukul 7. So aku, zai & deva pukul 6.30 dah sampai dah.

 Menunggu...


Muka tak cukup tidur. Sambil sambil tunggu tangkap gambar dulu & perhatikan sekeliling.Tetiba aku
perasan yang kami tunggu tempat yang salah. Sepatutnya tunggu kat KLIA Express. Cepat-cepat pergi. Harga tiket KL Sentral ke KLIA untuk seorang RM35.
 Muka mengantuk sehhh...
Inilah Prof Viki

Ini lah kapal terbang kami. Kalau tak salah aku Boeing 747-400. Tak la besar mana. Tapi still ok.


Waktu ini memang mengantuk sangat-sangat. So, nak bagi hilang mengantuk, jalan-jalan sekeliling sambil tangkap gambar. Boleh??

 Dah nak berangkat dahhh... Bye bye Malaysia. hehhe

To be continue....

P/s: Sebab terlampau excited, ambik gambar tak ingat. So terlampau banyak gambar, lebih kurang 1000++. Jadi akan ada several post mengikut tempat yang dilawati.=)


                       

Friday, October 5, 2012

Taiwan

Assalamualaikum..

Dua minggu ini memang sibuk sehhh..terutama minggu ni. Nak edit poster lagi, run sds lagi, prepare material,culture untuk pelajar baru MBIOTECH la. Nasib banyak kawan kawan yang tolong. Thanx korang especially Deva sebab dah banyak tolong. Minggu ni masuk lab pahi balik malam. Weekend pun datang sama jugak.

Ohhh lupa lak..

Aku nak pergi TAIWAN esok!!

Bukan pergi bercuti ke apa tapi pergi seminar & present poster. Tapi barang-barang tak habis pack lagi, poster tak print lagi, duit x tukar lagi..argghhh..semua tu kena wat hari..

wish me good luck!

Friday, September 21, 2012

#Songs of The Week

Assalamualaikum..

Mood untuk menulis datang balik.Tambah-tambah lagi dah boleh update blog guna tab. Untuk merajinkan diri sendiri mengupdate blog, aku nak buat segmen baru. (ada segmen ke before this?). 


#Songs of The Week!!!


Apakah?? Just nak share lagu yang aku suka dalam minggu tersebut. Even time aku taip ni, dalam otak(?) aku duduk mainkan lagu ni. Hahaha..Tiada genre terpilih sebab aku jenis yang suka dengar semua jenis lagu yang sedap. Haha. Of course Kpop termasuk skali. Maybe ada sesetengah lagu adalah lagu lama. Aku bukannya dengar radio setiap hari. So, memang x update dengan lagu-lagu baru keluar.

Untuk minggu pertama ni, ada dua lagu yang aku berULANG kali dengar & nyanyi. ;)

Teman Pengganti - Black & Malique

 Lirik yang sangat sedih & kaloborasi yang sangat best. Suka suara Black!!

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)


 Suara Siti & Hafiz memang dah mantap. Gabungan dorang memang best. Lirik pun best. Drama Adam & Hawa pun best!!

Video Credit to  &

 


                       





Thursday, September 20, 2012

Bulan Setiausaha

Assalamualaikum...

ohhh, ini bukan pasal bulan menyambut setiausaha atau cerita-cerita yang sewaktu dengannya.. ;)


Sebenarnya aku rasa bulan ni aku dah macam setiausaha. Hahaha. Dah bermacam-macam surat aku taip dan bermacam orang aku jumpa tuk minta mereka sain. Ok, mungkin kerja S/u lagi banyak :). Tapi aku kan student atau researcher sbb aku kan duk buat research ( nak jugak ececeeee ). Dah lama tak tulis surat formal ni.


Bila jumpa ramai orang, banyak la ragamnya. Bulan ni saja, aku kerja berulang alik ke IPS, Medic Fac, Sc Fac & Cansellory. Dah la tak pernah pergi canselori, first time pergi terus naik tingkat paling tinggi. Ok Jakun sikit..

Aku rasa hampir 15 jenis surat dah aku buat. Surat permohonan pergi seminar, pengurangan yuran la dan macam lah lagi. Tak pa, itu sebahagian dari pembelajaran.

 
Perlua buat surat utk beberapa PO

Surat permohonan pergi seminar

Untuk surat permohonan ni saja, kena minta tandatangan empat orang. Supervisor, Ketua Jabatan, Dekan Fakulti dan last skali Timbalan Naib Canselor. Mungkin SV just sign immediately tapi yang lain-lain sekurang-kurang 2 hari untuk dapatkan signature. Itupun kalau mereka memang kat office. Dalam kes aku, ambik masa 2 minggu sebab ada yang bercuti dan ada pergi seminar kat luar negara. (-.-'')




                       



Wednesday, September 19, 2012

6 bulan

Assalamualaikum

testing testing..

saja nak cuba blogger apps. Baru download dari google play. ;)



 
16hb lepas Qisya dah genap 6 bulan. Selamat kena cucuk..
 




                        

Tuesday, August 14, 2012

Biskut raya 2012

Assalamualaikum..

Wah minggu ni aku sangat rajin update blog. Haha.. Tahun ni aku buat dua jenis ja  kuih raya coz kak aku dah beli banyak kuih tunjuk-tunjuk. :) Biskut Cornflakes Madu dan Biskut Bangkit Kelapa ja aku buat. Biskut Cornflakes Madu ni memang favorite keluarga aku. Budak-budak pun suka sebab manis dan rangup. Adik aku pun sangat. Sebelum raya pun dia dah makan.Biskut Bangkit Kelapa lak mak aku teringin nak makan. Siap bagi resepi lagi. 

Cornflake madu. 
Ni ja gambar yang sempat aku tangkap. Aku tak ikut resepi tahun lepas sebab dah lupa. -.-'' Aku google ja then ubah sikit-sikit ikut citarasa. wahh macam chef lak.. Cornflake madu sangat-sangat simple.Sebab tu aku suka buat.
 Resepi yang aku google

1 kotak cornflakes (500g)
125g Mentega/butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu

Campurkan semua bahan-bahan kat atas (kecuali cornflake) kemudian masak (api kecil) hingga semua adunan sebati. Then tuang ke atas cornflakes. Masukkan kekacang/kismis.Gaul hingga sebati. Masuk cornflake kedalam cup then bakar 150-170C selama 5-10 minit.

*Aku guna lebih kurang 700g lebih cornflake. Aku guna 150g planta, 3/4 cawan gula perang (ada orang guna gula pasir, gula perang kurang manis skit) dan 1 cawan madu. Ni pun agak manis. Mungkin 3/4 cawan madu sudah cukup (tapi tengok jenis madu jugak). Aku guna 1 setengah peket  mix fruit jenama marina.

Bangkit kelapa

Resepi Mak

1 cawan planta/butter
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
2 biji telur 
1/2 biji kelapa goreng
1 peket tepung ubi kayu ( ~700g)

Mula mula pukul planta dengan gula. Kemudian masukkan telur, esen vanilla & baking powder. Bila dah kembang masukkan kelapa. Lastly masukkan tepung ubi kayu sikit demi sedikit.Bakar 150-160C selama 10-15 minit.

p/s: Sekarang pas buka puasa mesti makan biskut raya. Nasib baik buat banyak =.='' 

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection

Monday, August 13, 2012

Headband for baby

Assalamualaikum


Beberapa bulan lepas aku ada blajar mengait. Lebih tepat Crochet. Crochet ni guna satu jarum ja dan senang giler la. Aku blajar dari YouTube ja pon. Benda first aku buat scarf labuh then kasut baby. Masa tu my sis tengah mengandung. Kasut baby tu besar kot. Tak guna sampai sekarang. haha

Awal-awal bulan posa ni, kak aku request buat headband tuk bam bam Qisya. Mula-mula aku tak nak sebab rasa macam tak sempat ja. Last-last buat gak sebab masa tu boring. Kejap ja buat..Dalam 2-3 jam dah boleh siap. Tapi kena tengok design la.

 Tu dia headband. Kak aku suruh wat lebar sikit. Aku buat lebar sungguh tambah bunga yang besar punya. Tak tau la rupa qisya macam mana bila pakai. Tapi yang aku pasti dia mesti geram tengok bunga tu dan nak masuk mulut dia. -.-''


p/s: esok dah balik kampung.. Ohh ohh ohh balik kampung, Ohh ohh ohh balik kampung haha...lama kot tak balik kedah. Tak sabaq cek rasanya.

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection

Sunday, August 12, 2012

Qisya bam bam

Assalamualaikum

Berapa bulan ni macam-macam berlaku. Tapi yang paling best spend time dengan Bam bam Qisya. Sekarang qisya dah 4 bulan lebih. Berat dia lebih 7kg dan dia dah start makan dah. My sis bagi dia makan sebab kesian tengok dia. Tapi just bagi makan baby sehari sekali. Qisya ni sangat pandai dan aktif. Masa berbuka puasa kan dia tengok ja makanan then dia buat muka sedih yang comel. Of course satu family kesian kat dia. Tapi tuk kebaikan dia jugak, mana leh bagi makan sesuka hati kan. Sekarang tangan, kaki dan mulut sangat aktif. Qisya suka menjerit dan menyembang. Kawan menyembang Qisya adalah Aki dan tok dia.  Dengan orang lain kurang sikit. Benda benda yang boleh dia capai dengan tangan mesti masuk mulut. Bila tak dapat masuk mulut dia geram then dia jerit. Sangat comel. Lagi satu kan dia suka main. Qisya suka sangat melompat. Sorang kena pegang dia bagi lompat sorang lagi kena main dengan dia. Kalo tak da orang nak main dengan dia, dia akan tengok ja orang tu then buat muka kesian dia. Last last orang pun cair then main dengan dia.

Okay, aku sangat excited bila citer pasal si bam bam ni. Last week aku balik main dengan dia. Qisya bagi hadiah kat aku. Hahha. Dua hari berturut-turut dia "membuang" atas aku. Bukan yang kecil tapi yang besar. Tak kisah la. Biasa la baby kan.. Tapi Qisya ni bila melepas dia duduk ja diam-diam sambil meneran. Tak menangis pun. Jom layan pic qisya dari instagram aku.

 Kebanyakan gambar aku tangkap adalah masa dia tidur. 

 Mata dia bulat tau

 Gambar tido lagi. Qisya ni kuat mengigau. Tetiba ja dia tersenyum masa tidur. Banyak kali kot.

 Qisya x puasa. opps dia bersahur laa.. hahaha

 Tidur gaya big boss. Fokus di peha dia ok.. berketul tuu..


 Ni Favorite pic aku. Comel sangat
 Masa main

Tidur lagi


Tengok gambar ni rindu kat dia. Selamat bersahur. Jangan lupa like Fb Nqq's Collection

Tudung Nqq's Collection

Assalamualaikum..

Jom tengok tudung baru Nqq's Collection



Code:CM 1
Rm53 not include postage, Colour: Green, Cotton

Code:CM 2
Rm53 not include postage,  Cotton

Code:CM 3
Rm53 not include postage, Colour: Blue black, Cotton

To order, please email your details to nqqcollection@yahoo.com:

Code :
Color :
Name :
Address :

Mobile Number :

 

 

Tudung Cotton Raya

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua. Bulan puasa tahun ni my sis, Emi start a new business. Bisnes kecil kecil ja. Dia jual tudung. So, saja nak tolong promote tudung tudung dia. Jom jom beli.. hehe.. Buat tudung raya. Size standard M sahaja.




Cotton Rose
 Code: CR 1 
Rm53 not include postage, Colour: Merah


Cotton Rose
 Code: CR 2
Rm53 not include postage, Colour: Brown

Cotton Flower
 Code: CF 1 
Rm53 not include postage, Colour:Blue
 Cotton Flower
 Code: CF2 
Rm53 not include postage, Colour: Purple
SOLD OUT
 
 Cotton Corak  
Code: CC1 
Rm33 not include postage, Colour: Purple

Cotton Corak 
Code: CC2 
Rm33 not include postage, Colour: Orange
Cotton Corak
 Code: CC3 
Rm33 not include postage, Colour:Green
Cotton Corak
 Code: CC4 
Rm33 not include postage, Colour: Pink

To order, please email your details to nqqcollection@yahoo.com:

Code :
Color :
Name :
Address : 

Mobile Number :

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection