Showing posts with label Qisya. Show all posts
Showing posts with label Qisya. Show all posts
Friday, January 4, 2013
Thursday, November 22, 2012
Babysitter @ nanny
Assalamualaikum..
Menulis dari bilik hotel Grand Season tingkat 18 jam 3.13 pagi. Untuk beberapa hari ini, kena jaga qisya lagi. Kakak ada kursus lagi kat Grand Season.
Tapi yang tak best Qisya demam. :( Sekarang tengah berjaga malam tuk tengok-tengok kan dia. Risaunya. Dari petang tadi dia asyik manja-manja ja. Tidur pun nak berpeluk. Sekarang ni pun tengah tidur atas peha aku. Tidur tak lena. Nak pergi hospital takut. Abang ipar aku dah balik pekan dah. Hopefully x da apa2 la.

Location:
Kampung Loke Yew, Kampung Loke Yew
Monday, November 19, 2012
Cuti-cuti Malaysia
Assalamualaikum..
Wahhh cuti panjang. Post pasal Trip ke Taiwan tak habis lagi dah pergi bercuti lagi!! hehe Kali ni family trip ke Perlis, Langkawi & Cameron Highlands. Trip 5 hari. Tapi minggu sebelum tu aku dah bercuti 4 hari jaga Qisya. 2 hari di Grand Season hotel dan lagi 2 hari di rumah ja. Jadi la tu..So, 2 minggu ni aku banyak menghabiskan masa dengan Qisya sambil menambah kan muscle di lengan sebab banyak dukung baby. Qisya dah masuk 8 bulan dan berat dia dalam 9 kg lebih!!
Wednesday, September 19, 2012
6 bulan
Assalamualaikum
testing testing..
saja nak cuba blogger apps. Baru download dari google play. ;)
testing testing..
saja nak cuba blogger apps. Baru download dari google play. ;)
16hb lepas Qisya dah genap 6 bulan. Selamat kena cucuk..
Monday, August 13, 2012
Headband for baby
Assalamualaikum
Beberapa bulan lepas aku ada blajar mengait. Lebih tepat Crochet. Crochet ni guna satu jarum ja dan senang giler la. Aku blajar dari YouTube ja pon. Benda first aku buat scarf labuh then kasut baby. Masa tu my sis tengah mengandung. Kasut baby tu besar kot. Tak guna sampai sekarang. haha
Awal-awal bulan posa ni, kak aku request buat headband tuk bam bam Qisya. Mula-mula aku tak nak sebab rasa macam tak sempat ja. Last-last buat gak sebab masa tu boring. Kejap ja buat..Dalam 2-3 jam dah boleh siap. Tapi kena tengok design la.
Tu dia headband. Kak aku suruh wat lebar sikit. Aku buat lebar sungguh tambah bunga yang besar punya. Tak tau la rupa qisya macam mana bila pakai. Tapi yang aku pasti dia mesti geram tengok bunga tu dan nak masuk mulut dia. -.-''
p/s: esok dah balik kampung.. Ohh ohh ohh balik kampung, Ohh ohh ohh balik kampung haha...lama kot tak balik kedah. Tak sabaq cek rasanya.
Jom like facebook Nqq's Collection. More detail @ website Nqq Collection
Jom like facebook Nqq's Collection. More detail @ website Nqq Collection
Sunday, August 12, 2012
Qisya bam bam
Assalamualaikum
Berapa bulan ni macam-macam berlaku. Tapi yang paling best spend time
dengan Bam bam Qisya. Sekarang qisya dah 4 bulan lebih. Berat dia lebih
7kg dan dia dah start makan dah. My sis bagi dia makan sebab kesian
tengok dia. Tapi just bagi makan baby sehari sekali. Qisya ni sangat
pandai dan aktif. Masa berbuka puasa kan dia tengok ja makanan then dia
buat muka sedih yang comel. Of course satu family kesian kat dia. Tapi
tuk kebaikan dia jugak, mana leh bagi makan sesuka hati kan. Sekarang
tangan, kaki dan mulut sangat aktif. Qisya suka menjerit dan menyembang.
Kawan menyembang Qisya adalah Aki dan tok dia. Dengan orang lain
kurang sikit. Benda benda yang boleh dia capai dengan tangan mesti masuk
mulut. Bila tak dapat masuk mulut dia geram then dia jerit. Sangat
comel. Lagi satu kan dia suka main. Qisya suka sangat melompat. Sorang
kena pegang dia bagi lompat sorang lagi kena main dengan dia. Kalo tak
da orang nak main dengan dia, dia akan tengok ja orang tu then buat muka
kesian dia. Last last orang pun cair then main dengan dia.
Okay, aku sangat excited bila citer pasal si bam bam ni. Last week aku balik main dengan dia. Qisya bagi hadiah kat aku. Hahha. Dua hari berturut-turut dia "membuang" atas aku. Bukan yang kecil tapi yang besar. Tak kisah la. Biasa la baby kan.. Tapi Qisya ni bila melepas dia duduk ja diam-diam sambil meneran. Tak menangis pun. Jom layan pic qisya dari instagram aku.
Kebanyakan gambar aku tangkap adalah masa dia tidur.
Mata dia bulat tau
Gambar tido lagi. Qisya ni kuat mengigau. Tetiba ja dia tersenyum masa tidur. Banyak kali kot.
Qisya x puasa. opps dia bersahur laa.. hahaha
Tidur gaya big boss. Fokus di peha dia ok.. berketul tuu..
Ni Favorite pic aku. Comel sangat
Masa main
Tidur lagi
Tengok gambar ni rindu kat dia. Selamat bersahur. Jangan lupa like Fb Nqq's Collection
Friday, May 25, 2012
Nik Qisya Qaisara
Assalamualaikum...
Yeahhh..aku dah ada anak saudara!! Dah jadi mak cik. Oh sudah tua rupanya tapi sebab panggilan 'mak cik mizah' sangat tak glamer n nampak tua, aku nak ajar anak saudara aku panggil achik sudah.. Hehe.. Perasan sungguh kann..=P
Nama diberi Nik Qisya Qaisara. Kami sekeluarga panggil Qisya or Bam bam.Tau la kan sebab apakannnn. Tu gambar masa baru lahir. Berat? 4 kilo tau.Tapi sekarang dah kurus dahhh. Nak cakap jugak, qisya ni boleh la dikatakan ikut genetik aku..haha. sebab dia panjang. Tak caya? tengoklah gambar ini..
Biasa la kan, nama pun baby. Kerja baby minum susu & tidur la. Petang-petang mesti kena keluar gi jalan-jalan. Nak jalan-jalan pun lama, kalau kejap ja then masuk umah, meraung la si Qisya ni.

Sedapnya dia tidur.
Biasa la kan, nama pun baby. Kerja baby minum susu & tidur la. Petang-petang mesti kena keluar gi jalan-jalan. Nak jalan-jalan pun lama, kalau kejap ja then masuk umah, meraung la si Qisya ni.
Tak tau la gaya apa Qisya ni tidur.
Qisya tahan gelak..Pufff..puff.. Ni muka copy paste ayah dia ni. Hehe
Cak!!
Love this pic. Bukan sebab edit ehh...ahaha
Tembamnya pipi saya.Sila la cubit...=P
Lastly hasil seni Zahidah. haha..
Rindunya kat bam bam,..
Subscribe to:
Posts (Atom)