Pages

Showing posts with label Resepi Kuih raya. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih raya. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Resepi Kuih raya: Biskut Chocolate chip

 Assalamualaikum..

Weekend  ni kerja buat kuih raya ja la. Siang dan malam menadap kuih raya. Ish..ish..
Kali ni  Biskut Chocolate chip pula. Biskut ni rasa macam Chipsmore pun ada. Sedap!!




Bahan-bahan
385 g Mentega
200 g gula pasir halus
3855 g tepung gandum (diayak)
155 g tepung jagung (diayak)
2 biji kuning telur
2 camca the baking powder
2 camca the esen vanilla
200g coklat hirisan (cooking choc yang dihiris, boleh diganti dengan serbuk koko)
100g cornflake ditumbuk kasar
·         Boleh tambah badam, hazelnut mengikut citarasa

Cara-cara membuatnya.

1.       Pukul kembang Margerin dan gula.
2.       Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati mengunakan senduk. Masukkan coklat kesemuanya dan gaul dengan senduk hingga adunan bertukar warna gelap dan coklat.
3.       Masukan tepung yang telah diayak bersam bakinh powder. Uli hingga sebati.
4.       Masukkan cornfalake dan gaul rata. Bentukkan adunan mengunnakan sudu dan garpu. Susun atas Loyang yang telah dilengser dan margerin.Hiaskan dengan chocolate chip.
5.       Bakar pada 170⁰C  selama 15-20 minit.





Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger

Assalamualaikum..

Dah lama dah teringin makan ayam Kenny Roger yang sedap tu tapi malas nak kuar. So alternatifnya google kat tenet cari resepi ala  ayam Kenny Roger. haha.. Akhirnya dapat jugak.. Sedapnya..Aku perap ayam tu x lama. dari tengahari samapi kul 5 cam tu ja.Mungkin lagi lama lagi sedap. Nanti nak buat lagi!!


 
Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger ( sumber : Dapur Hana )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara penyediaan

1.      Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2.       Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3.      Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4.      Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5.       Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6.       Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.



Resepi Kuih raya: Putaran Nestum


Assalamualaikum..

Hari ni aku dan Mon cuba buat Biskut Putaran Nestum. Masa penyedian dan membakar dalam masa lebih kurang 1 jam. Resepi ni untuk  108 keping biskut!!! Banyak wooo…



Bahan-bahan:

A
150 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 ½  cawan Nestum® (dikisar halus)

B
150 g gula kaster
150 g mentega

1 biji telur
1 ½  camca teh minyak kopi
1 camca the Nescafe® dilarutkan dalam 1 camca besar air panas
Chip coklat berwarna

Cara membuatnya:

1.       Ayak bersama bahan A, masukkan  Nestum® kisar
2.       Krim bahan B hingga ringan dan kembang. Masukkan telu, minyak kopi dan larutan Nescafe®. 
3.       Kaup balikkan Bahan A dan kacaurata hingga menjadi doh yang lembut. 
4.       Masukkan doh ke dalam beg paip dengan acua corong berbentuk bintang dihujung beg paip. (atau terap/buat bentuk yang disukai) 
5.       Hias dengan chip coklat. 
6.       Bakar pada 180⁰C selama 15-20 minit atau sehinggan masak kekuningan.


Resipi:diambil dari majalah RASA (Julai)

 Ni dalam majalah
 Ni realiti..haha.. ini ikut kreativiti la..

Aku ni suka mencuba-cuba sikit. Sikit ja. Haha..Aku try ganti Nescafe® dengan Milo. Wah.. Not Bad. Sedap!!

 warna pun lain sikit..Sedap..


Resepi Kuih raya: Biskut Mama Carie

Assalamualaikum..

Hari ni aku dan Mon cuba buat Biskut Mama Carie. Ini kuih raya favorite aku jugak ni. Selama ni tau makan je. Kali ni cuba buat pulak. Masa penyedian dan membakar dalam masa lebih kurang 30- 40 min. Resepi ni menghasilkan 50 keping biskut!!!


Bahan-bahan:

300 g Mentega
100 g gula ising
375 g tepung gandum (diayak)
130 g tepung jagung (diayak)
½ sudu teh esen vanilla

Bahan Hiasan (ising):

1 biji putih telur
100 g gula ising
1/4 sudu the esen vanilla
Sedikut serbuk coklat atau pewarna coklat.

Cara memasak:

1.       Pukul mentega dan gula ising hingga kembang.

2.       Masukkan esen vanilla dan oukul lagi.

3.       Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

4.       Canaikan don dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Ketepikan.

5.       Untuk hiasannya,campurkan kesemua bahan hiasan dan pukul hingga kembang.

6.       Sapukan pada permukaan adunan yang diterap dan dititikkam dengan coklat diatasnya. Lorekkan membentuk corak.

7.       Bakar pada suhu 150⁰C selama 20-30 minit.

Resipi:diambil dari majalah RASA (Ogos)

Sebenarnya,masa cuba buat bisut ni, icing dia x berapa nak jadi. Selepas bakar dia x jadi putih. Mungkin x cukup gula. So, kami x guna pun icing. Just ganti dengan ceri ja. Kalo nak guna icing elok guna resepi royal icing ni.

Royal icing
1 biji putih telur
150 g gula ising
1/4 sudu teh esen vanilla
Sedikut serbuk coklat atau pewarna coklat.
 Rupa Mama Carie yang sebenar,

Dah jadi biskut lain dah..haha