Pages

Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Biskut raya 2012

Assalamualaikum..

Wah minggu ni aku sangat rajin update blog. Haha.. Tahun ni aku buat dua jenis ja  kuih raya coz kak aku dah beli banyak kuih tunjuk-tunjuk. :) Biskut Cornflakes Madu dan Biskut Bangkit Kelapa ja aku buat. Biskut Cornflakes Madu ni memang favorite keluarga aku. Budak-budak pun suka sebab manis dan rangup. Adik aku pun sangat. Sebelum raya pun dia dah makan.Biskut Bangkit Kelapa lak mak aku teringin nak makan. Siap bagi resepi lagi. 

Cornflake madu. 
Ni ja gambar yang sempat aku tangkap. Aku tak ikut resepi tahun lepas sebab dah lupa. -.-'' Aku google ja then ubah sikit-sikit ikut citarasa. wahh macam chef lak.. Cornflake madu sangat-sangat simple.Sebab tu aku suka buat.
 Resepi yang aku google

1 kotak cornflakes (500g)
125g Mentega/butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu

Campurkan semua bahan-bahan kat atas (kecuali cornflake) kemudian masak (api kecil) hingga semua adunan sebati. Then tuang ke atas cornflakes. Masukkan kekacang/kismis.Gaul hingga sebati. Masuk cornflake kedalam cup then bakar 150-170C selama 5-10 minit.

*Aku guna lebih kurang 700g lebih cornflake. Aku guna 150g planta, 3/4 cawan gula perang (ada orang guna gula pasir, gula perang kurang manis skit) dan 1 cawan madu. Ni pun agak manis. Mungkin 3/4 cawan madu sudah cukup (tapi tengok jenis madu jugak). Aku guna 1 setengah peket  mix fruit jenama marina.

Bangkit kelapa

Resepi Mak

1 cawan planta/butter
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
2 biji telur 
1/2 biji kelapa goreng
1 peket tepung ubi kayu ( ~700g)

Mula mula pukul planta dengan gula. Kemudian masukkan telur, esen vanilla & baking powder. Bila dah kembang masukkan kelapa. Lastly masukkan tepung ubi kayu sikit demi sedikit.Bakar 150-160C selama 10-15 minit.

p/s: Sekarang pas buka puasa mesti makan biskut raya. Nasib baik buat banyak =.='' 

Jom like facebook Nqq's Collection. More detail  @ website Nqq Collection

Sunday, August 14, 2011

Resepi Kuih raya: Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum…

Kali ni just nak share resepi kuih raya yang simple, Biskut Sarang Semut. Sharing is caring, right???  Jommm...



Bahan-bahan
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu the esen vanilla
Chocolate rice/ manic (untuk hiasan)        
  
Cara-cara membuatnya:
1.       Pukul kembang butter dan gula.
2.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
3.       Masukkan tepung dan gaul rata.
4.       Parutkan  adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
5.       Taburkan chocolate rice. Bakar dalam oven dengan suhu 150⁰C sehingga masak ( Anggaran 20 minit).
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Senangkan?? Bolehlah cuba. Aku dah buat dan dapat dalam ~70 biji.


Hasil air tangan sendiri.



Mon punya!!


Bakar dalam oven.


Hasilnya…


One for me and one for mon…
.
Selamat mencuba!!!






Resepi Kuih raya: Biskut Sweet Lovely


Assalamualaikum..

Kali ni nak share resepi biskut Sweet Lovely. Biskut ni ranggup dan sedap. Sebab warna warni, budak-budak mesti suka la. Meriah tau biskut ni!!!



Bahan-bahan:

250 g Mentega
130 g gula ising
½ sudu the garam
300 g tepung gandum (diayak)
125 g tepunh jagung (diayak)
50 g badam kisar
Coklat masakan putih
Gula hiasan berbagai bentuk
Cawan kertas

Cara memasak

1.       Pukul mentega dan ising hingga kembang.
2.       Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
3.       Masukkan badam kisar dan adun hingga jadi doh.
4.       Bulat-bulatkan doh dam masukkan ke dalam cawan kertas.
5.       Akhir sekali hias dengan gula hiasan.

Resipi:diambil dari majalah RASA (Julai)



p/s :selamat mencuba


                 

Oh Biskut Raya!!

Assalamualaikum..

Kalo bulan lepas entry pasal bola ja, aku rasa tuk bulan ni pulak pasal kuih raya oh biskut raya ja.HAHA. Untuk raya tahun ni, aku dan Mon decide nak buat 7 jenis Biskut Raya!! Over tak ???  


Hari Khamis lepas pergi la borong segala bahan-bahan nak buat kuih raya. Sebelum pergi, calculate berapa banyak nak beli tepung, planta dan bagai la. Nasib baik bahan-bahan lebih kurang sama ja. Tapi habis dekat seratus lebih juga la. Tapi ni tuk 2 family la, mon dan aku. Berat giler nak mengangkut barang-barang ke tingkat 3. Tepung dan planta ja dah dekat 6-7 kilo.. Casher pun pelik, gaya macam orang buat bisnes kuih raya tah. Penuh troli kot. Nah tengok apa kami beli…
.
..

…..


……



Mon, semangat susun!!
Resepi kuih raya memang amik dari majalah RASA bulan Julai dan Ogos. Banyak giler kuih raya dan kek-kek sekali. Kuih moden ke, kuih tradisional semua adalah. Bukan tu ja, segala juadah untuk berbuka semua ada tau. Macam nak buat ka semua tu. Over!!



Sumber resipi. Hahaha
Oh ya, ada kawan Mon cakap yang buat kuih raya ni membazir. Lebih baik beli ja. Betul ke? Bagi aku pulak, tak membazir pun. Lebih kurang ja beli dan buat. Cuma bila buat sendiri, kita dapat kepuasan. Lagipun buat kuih raya ni setahun sekali. Takkan nak buat kuih raya time bulan Syaaban pulak kan. Tetiba teringat drama ‘Syawal di bulan Syaaban’. Haha. Betul ke tajuk dia tu?? Lagipun, best bila buat dengan family or dengan mak kita. Kepuasan dia lain






   

Sunday, August 7, 2011

Biskut Raya - Sweet Lovely

Assalamualaikum..


Baru seminggu berpuasa, dah buat kuih raya??? Lain la kalo memang ada buat bisnes biskut raya memang kena buat dari awal la kan.. kan…Tengahari kelmarin jiran aku boleh pulak buat biskut raya. Siap bau kuat lagi sampai umah aku. Dugaan sungguh tu!! 

Tahun ni aku dan mon dah decide kami nak buat kuih raya sendiri tahun ni. Tak mau kuih tunjuk-tunjuk dah. Semangat ni. Mon, sebelum puasa lagi dia dah beli buku resepi biskut raya! Memang banyak jenis gile la biskut raya ni. Semua nampak sedap ja. Macam nak buat semua ja. Boleh ka???

Disebabkan pengaruh jiran aku yang dah start buat kuih raya, petang tu terus aku dan mon pergi Jusco Au2 beli bahan-bahan buat biskut. Actually saja ja nak try buat biskut yang simple. Kalau sedap buat lagi nanti bila dah dekat raya. Biskut pilahan kami ialah biskut Sweet Lovely. Simple dan menarik.


 Biskut Sweet Lovely. Sweet tak???

Bahan-bahan dia memang simple ja. Mentega, Gula icing, Tepung gandum, tepung jagung, badam kisar dan sedikit gram. Campur dangi sebati then bakar sampai masak. Hias dengan coklat putih dan gula hiasan. See??? Simple giler kan. Dalam 30-45 min dah siap dah. Rangup dan sedap la.

Sebelum

Selepas

Aku dan mon fail sikit bab-bab hiasan ni. So, tak da cantik sangat. Ikut kreativiti sendiri ya.

Biskut Sweet lovely
~ Rangup~ Nyam..nyam..