Pages

Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Resepi Kuih raya: Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum…

Kali ni just nak share resepi kuih raya yang simple, Biskut Sarang Semut. Sharing is caring, right???  Jommm...



Bahan-bahan
250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu the esen vanilla
Chocolate rice/ manic (untuk hiasan)        
  
Cara-cara membuatnya:
1.       Pukul kembang butter dan gula.
2.       Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
3.       Masukkan tepung dan gaul rata.
4.       Parutkan  adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
5.       Taburkan chocolate rice. Bakar dalam oven dengan suhu 150⁰C sehingga masak ( Anggaran 20 minit).
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Senangkan?? Bolehlah cuba. Aku dah buat dan dapat dalam ~70 biji.


Hasil air tangan sendiri.



Mon punya!!


Bakar dalam oven.


Hasilnya…


One for me and one for mon…
.
Selamat mencuba!!!






Resepi Kuih raya: Biskut Sweet Lovely


Assalamualaikum..

Kali ni nak share resepi biskut Sweet Lovely. Biskut ni ranggup dan sedap. Sebab warna warni, budak-budak mesti suka la. Meriah tau biskut ni!!!



Bahan-bahan:

250 g Mentega
130 g gula ising
½ sudu the garam
300 g tepung gandum (diayak)
125 g tepunh jagung (diayak)
50 g badam kisar
Coklat masakan putih
Gula hiasan berbagai bentuk
Cawan kertas

Cara memasak

1.       Pukul mentega dan ising hingga kembang.
2.       Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.
3.       Masukkan badam kisar dan adun hingga jadi doh.
4.       Bulat-bulatkan doh dam masukkan ke dalam cawan kertas.
5.       Akhir sekali hias dengan gula hiasan.

Resipi:diambil dari majalah RASA (Julai)



p/s :selamat mencuba


                 

Oh Biskut Raya!!

Assalamualaikum..

Kalo bulan lepas entry pasal bola ja, aku rasa tuk bulan ni pulak pasal kuih raya oh biskut raya ja.HAHA. Untuk raya tahun ni, aku dan Mon decide nak buat 7 jenis Biskut Raya!! Over tak ???  


Hari Khamis lepas pergi la borong segala bahan-bahan nak buat kuih raya. Sebelum pergi, calculate berapa banyak nak beli tepung, planta dan bagai la. Nasib baik bahan-bahan lebih kurang sama ja. Tapi habis dekat seratus lebih juga la. Tapi ni tuk 2 family la, mon dan aku. Berat giler nak mengangkut barang-barang ke tingkat 3. Tepung dan planta ja dah dekat 6-7 kilo.. Casher pun pelik, gaya macam orang buat bisnes kuih raya tah. Penuh troli kot. Nah tengok apa kami beli…
.
..

…..


……



Mon, semangat susun!!
Resepi kuih raya memang amik dari majalah RASA bulan Julai dan Ogos. Banyak giler kuih raya dan kek-kek sekali. Kuih moden ke, kuih tradisional semua adalah. Bukan tu ja, segala juadah untuk berbuka semua ada tau. Macam nak buat ka semua tu. Over!!



Sumber resipi. Hahaha
Oh ya, ada kawan Mon cakap yang buat kuih raya ni membazir. Lebih baik beli ja. Betul ke? Bagi aku pulak, tak membazir pun. Lebih kurang ja beli dan buat. Cuma bila buat sendiri, kita dapat kepuasan. Lagipun buat kuih raya ni setahun sekali. Takkan nak buat kuih raya time bulan Syaaban pulak kan. Tetiba teringat drama ‘Syawal di bulan Syaaban’. Haha. Betul ke tajuk dia tu?? Lagipun, best bila buat dengan family or dengan mak kita. Kepuasan dia lain