Pages

Showing posts with label MBiotech. Show all posts
Showing posts with label MBiotech. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Mushroom farm, Tanjung Sepat

Assalamulaikumm...

Hari ni aku pergi mushroom farm kat Tanjung Sepat, Banting!!! Ni kali kedua aku pergi. First time masa field work biotech, kali ni aku pergi sebab nak beli mushroom la. Bukan untuk makan ya. Tapi sebagai sample aku research. Kenapa kena beli cendawan jauh-jauh??. huhu.. Itu la pasal. Cendawan yang aku guna tak jual kat pasar or supermarket.Cendawan macam White Oyster dan Grey Oyster senang dapat. Kat supermarket pun ada. Yang aku nakguna adalah monkey mushroom, abalone mushroom dan juga cendawan seri pagi. Tapi kat Madam Cheng 's mushroom farm ni , Cendawan Seri Pagi tak da. Kena pergi ke Encik Nabil's farm kat Sepang lak. Hari pulak Cendawan Seri Pagi tak da pulak. So kami tak perlu la pergi Encik Nabil's farm. Cuma pergi Madam Cheng 's mushroom farm, Vita Agrotech Farm!!!

 Ni gambar masa field work hari tu.

Tapi sebelum pergi pun macam-macam masalah dah. Masalah kecik ja la. Yang pergi kali ini sepatutnya aku, Deva dan Kak Mas.Kami ajak skali Yu Keat.Kesian lak dia tinggal sorang-sorang. Prof suruh En Nizam, Staff Prof Viki ikot kami. Hari Jumaat tu aku call Pejabat Kenderaan ISB nak confirmkan trip ni dan pemandunya sekali. Pemandu kami adalah En Zaidee. Kena berkumpul kat depan Pejabat Kenderaan ISB kul 8.30.So, aku ni kena la kuar awal dari umah. Pukul 7 lebih kena kuar dah. Kak Mas mesej hari Sabtu cakap tak dapat join sebab nak pregnancy check up. Aku, Deva dan Yu Keat sampai UM dalaam kul 8.10 pagi. Tanya pejabat, En Zaidee tak sampai lagi, So, kami breakfast dulu sambil tunggu En Zaidee. Lepas breakfast pun, En Zaidee tak sampai-sampai lagi. Tungu punya tunggu kul dalam kul 9 lebih sikit baru dia sampai UM.Rupa-rupanya dia pun tak tau yang dia kena bawa kami ke Tanjung Sepat. Hah!!! Penat tau kami tunggu.En. izam pun kami tak kenal. Nasib baik En Zaidee tu kenal dan call dia.  Pukul 9.30 barulah kami bertolak.

 Ni Ling Zhi atau Ganoderma Lucidum
 Dari kiri, Ganoderma, Grey Oyster, White Oyster, Pink Oyster, Yellow Oyster dan Monkey head.
Ni black jelly mushroom

Masa kami jumpa Prof Viki hari Jumaat hari tu,Prof ada cakap nak bagi duit perbelajaan dekat En Nizam, tapi rasa Prof lupa kut. En Nizam kata Prof Viki tak bagi apa-apa pun. Alamak!! Macam mana ni?? Aku dan Deva memang kuar kan duit. Masing-masing ada Rm50 ja time tu. Risau tak cukup.Nasib baik En Nizam kata boleh guna duit dia dulu. Nanti dia claim la dengan Prof. Viki. Tanduk kami naik semula . Senyum sampai telinga.hihi



Masa perjalanan pulak, tetiba aircond van tak function.Aku buat bodoh ja.Sebenarnya tak sedar pun. Tahupun sebab Deva bagi tau. Bagi aku, bukan masalah besar pun kalo aircond rosak. Beberapa minit lepas tu, asap dan bau hangit keluar dari tempat aircond tu!!! En Zaidee cepat-cepat berhenti kereta tepi jalan dan check kereta. Yang lain semua ok cuma aircond ja la. Tak boleh pasang terus. Nasib baik tak da pa.


Sebab stok coffee aku banyak lagi kat umah, kali tak beli la. Tapi Coffee ni memang sedap, rasa menyesal tak beli tadi (-_-'''). Aku beli Tomyam Cendawan. Sedap tau. Barang-barang kat sini memang semua produk cendawan dari farm Madam Cheng sendiri. Baru nak beli abalone mushroom tuk makan, tapi habis pulak. Ada cukup-cukup tuk buat research ja.(T_____T)  Abalone mushroom pun sangat sedap tau.Dalamau kul 12 kami dah bertolak balik. Pergi IPS, simpan mushroom, then terus balik umah. Tidur.. Letih kot..hehe

 Ni yang aku beli masa fieldwork hari tu. Coffee tu sedaap tau.
Tomyam Mushroom




Monday, July 4, 2011

Gegaran di lab IPS, UM

Assalamualaikum....

Hari Jumaat lepas ada la sedikit gegaran sebelah pagi. Sebenarnya gegaran tu dah ada lagi Jumaat (24/6) tau. Tapi aku baru start lab work aku hari isnin. Menurut orang-orang dalam lab tu, gegaran tu selama 15 min. bukan 15 saat tau.Lama tu.. So sepanjang minggu tu memang ada la gegaran kecil tapi aku x pernah rasa pun. Hari isnin lepas, Jurutera dari JKR datang la check bangunan IPS. Alhamdulillah, bangunan tu masih lagi selamat. So, pagi jumaat lepas ada la sedikit taklimat mengenai gegaran tu pada pukul 9.00 pagi. Prof Viki suruh semua orang dalam lab pergi taklimat tu. Aku dan deva datang awal sikit la. Sebelum pergi tu kami ada rasa gegaran tu. Agak lama la jugak.Tapi aku dan deva agak excited sebab tak pernah rasa gegaran.LOL!! (-__-''). Sempat lagi ambik video. Hihi..


Dekat kul 9.00 kami turun pergi taklimat. Rupa-rupanya gegaran yang kami rasa tu adalah test yang dijalan kan oleh JKR tuk siasat punca gegaran sebenar. Lol... Semasa taklimat tu jugak ada gegaran juga la tapi aku dan deva tak rasa. Elok habis taklimat tu ja kami dah  pening, effect gegaran tu. JKR buat test dari pagi sehingga tengahari.Memang sepanjang masa tu, slalu rasa gegaran. Pening-pening lalat aku!! Mungkin gegaran sebelum ini disebabkan sebelah banguna IPS ada pembinaan sedamg di lakukan. Tapi apa-apa pun, punca gegaran mesti dicari.;) Risau kami yang buat kerja kat dalam lab tu.

Pening-pening pun, bergambar tetap bergambar.. Hihi.


  Deva dan Kak Mas sibuk memotong Enoki
Our samples. Pink Oyster, Yellow oyster, Enoki, grey oyster, Abolone, monkey head dan cendawan seri pagi
Gambar penutup ;)


Tuesday, June 28, 2011

Lab work

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Semalam aku dah start lab work aku. Sebenar baru semalam first day masuk lab. So, sesi beramah mesra dengan orang-orang di dalam lab tersebut. So far okay la. Semua baik-baik belaka. So, yesterday we just prepare some buffer which we need in extraction method. Because the method that we use is new and slightly different from other students, we need to prepare our own buffer or other chemical. 

So, kemarin memang sibuk mencari resepi untuk buat semua solution. Hari ni, hanya Prof pergi mushroom farm tuk dapatkan stock cendawan tuk kami. Esok baru la kami buat extraction. Harap-harap ok la. Sampai UM hari ni,trus ke library dengan kawan ku , Deva. Sebab kami ni kurang pengetahuan pasal Aqueous 2 phase system, kena la juga merajinkan diri  ke library. Disebabkan baru-baru ni ja aku explore libarary um tuk study, so memang aku agak lost dalam tu. NAsib baik  ada Deva. Thanks ya Deva!!

Malangnya buku yang kami cari tu tiada. PTSL UKM pun aku search pun tak da ok. Hanya UPM saja yang ada..(T___T) . Maybe kena ke sana la sebab buku tu memang bagus la. Memang bergantung sepenuhnya kepada jurnal la.


Luahan hati seorang PROFESOR JUSA B

~dipetik dari surat pembaca sebuah akhbar

SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.

Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya rasa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.

Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan "rangking dunia," maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (ISI).

Masalah ini kian parah apabila jurnal ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.

Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah member pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh university mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras "malas" atau "sakit" sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.

Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.

Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingakan dengan rakanrakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (prauniversiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.

Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaiktaraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato' Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang begitu bersungguhsungguh membela nasib guru.

Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.

Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar "rangking" dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.

Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam "rangking" dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Akademi Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah "kegilaan" mengejar "rangking" dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.

Kepada KPT, khususnya YAB Dato' Khalid Nordin, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama university tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke university swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.

Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan "Surat Pembaca" Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan professor atau pengarah di universiti?

Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada university mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?

Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.

Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya mengarifi falsafah Melayu "kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan" perlu difahami sebaik-baiknya.

Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga Negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apaapa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.

PROFESOR JUSA B,
Kuala Lumpur

***********************
p/s:Apa pendapat korang semua??

Friday, June 3, 2011

Permulaannya sudah selesai...

Alhamdullilah..Permulaannya sudah selesai...




Permulaan?? 

Ya. PERMULAAN. Aku anggap ianya sebagai permulaan. 

Apa benda tu???

haha.. X pa.. Saja ja ayat mau gempak.Ermmm Gempak ka?? (-__-"). Proposal aku dah siap and dah antar dah. Itu pun hantar hari last day.Tak la last minute sebab kebanyakan coursemate aku pun start waktu yang sama. Itu pun dalam masa dua minggu hampir 10 kali aku ulang alik tuk discuss dengan Prof Viki. Yalah mesti ada yang x betul/ salah. Nasib baik Kak Mas ada juga. Aku dan K.Mas buat projek yang sama cuma cendawan yang berbeza. Prof Viki nak berkerjasama dengan another Prof, iaitu Prof Ling. So, salah seorang daripada kami, Prof Ling akan jadi supervisor. Sepatutnya K.Mas dibawah Prof Ling, tapi disebabkan K.Mas x sihat n x dapat datang time meeting dengan Prof Viki, Prof Lng dan Dr.Tan, jadi aku la dibawah Prof Ling. 

Aku sebenarnya x kisah pon. Prof Ling pun sangat baik dan muda. Serius aku x sangka dia muda. Masa Prof Viki beritahu aku pasal Prof Ling, aku ada la cari info sikit. Nak jugak tahu dia expert bidang apa  at least sebelum jumpa dia aku mcm dah prepare. Prof Ling baru 39 tahun. Bagi aku dia muda dan hebat sebab baru umur 30-an sudah dapat pangkat Profesor!!! Dan dia x wat lompat2 ya. Maksud aku dia ada master dan PHD.. Yelah ada orang yang pandai (slalunya first class degree), hbs aja degree boleh ka PHD dgn syarat2 tertentu la. So, dapat kenal Prof sudah buat aku bersemangat!! haha..

Cakap pasal project, disebabkan projekaku dan K. Mas lebih kurang sama, Kami termasuk Prof Viki risau gak takut x dapat bajet. Project kami mengenai enzyme.Kami akan extract and purified enzymes dari mushroom dgn menguna kaedah Aqueous 2 phase system (ATPS). Slalunya salah satu kaedah yang slalu akan digunakan tuk purified enzymes ialah chromotograph. ATPS ni lebih cepat dan mudah sebab ianya mainly melibatkan chemical. Prof Ling expertise in ATPS and Prof Viki in Mushroom :) Prof Ling kata dia mak aku publish jurnal but x tau la pasal project ni atau yang lain. Kena bincang lagi. But aku x kisah sebab semua tu bagi aku 1 pelajaran.:)

Actually sebelum ni memang aku decide nak buat projek dengan Prof Viki sebab final year projek aku dulu pon pasal cendawan. Lagi satu, Dr Fauzi (x-sv) kenal Prof Viki.. Aku siap jumpa Dr Fauzi sebab nak tanya pendapat dia kalo nak buat under Prof Viki. Masa minggu exam, aku dgn kawan aku ada la jumpa dgn Prof Shaliza.Project Prof Shaliza memang more to engineering sbb dia pun memang lecturer engineering. It's involve bioreactor. Actually i'm interested to some project that involve bioreactor.Tapi project Prof Shaliza mcm mengkaji oxygen mass transfer. So sebab ini aku macam berbelah bahagi nak wat ke x projek dengan Prof Shaliza. Then, kawan aku jumpa Dr Subha. Ni memang melibatkan genetik, molecular. dan sedikit animal Aku consider project ni sebab ada kena mengena dengan biasiswa TPM (Skim Pensyarah Muda UITM). Aku ,K.mas dan Azwa ada pergi interview utk TPM.Aku dan K.Mas dalam bidang genetikdan Azwa dalam bidang animal biotech.So, dorang nak kami wat projek dlm bidang masing jika terpilih dan result kuar lambat lagi.Tapi last2 tiada sorang pun amik bidang masing2..hihi. aku dan k.mas dalam mushroom biotch, azwa wat projek bawah prof shaliza.

So, permulaan dah selesai. Rehat dua minggu. Aku nak balik kedah esok!!! So, blog ni senyap dua minggu. Then, perjuangan sebenar bermula...Insya-ALLAH...Doakan yang terbaik untuk kami...





Friday, May 27, 2011

Result Exam..

Sambungan entry semalam tu..hari ni tengahari tadi pergi la UM awal skit sebab nak tengak result dulu. Ada appoinment dengan Prof Viki kul 2.00. Seperti Dilin bagitau semalam, memang scary giler..

Nah amik kauu...

 environmental biotech
 biotech in health
 genetic engineering of plant
food biotech (sory blurrr gila tp nk letak jugak!)

 animal biotech
kalo ikut result kat atas ada 5 subject, tp wajib amik 4 saja..boleh pilih mana2 ja. Aku amik environmental , food, plant and animal biotech..Result for animal and food aku rasa ok la.. TAPI untulk subject lain2 tu memang scary especially for health and plant biotech!! Health paling tinggi B+ and plant paling tinggi B!!! Mau x cuak. Yelah B- ke bawah wajib repeat!!! Syukur alhamdulillah semua subject aku lulus dan x payah repeat. Syukur sangat!!

Azwa, dayah dan Zura tengah bersuka ria di Tioman sekarang.So, aku la tukang informasi nya =) Hopefully result ni x mempengaruhi perasan dorang la. Yelah pergi ke sana nak bersuka ria tapi kang fikiran memikir yang lain..Rugi!! tadi sempat lagi tadi dengan K.Mas mengira markah semua (-_-")..hihi

Thursday, May 26, 2011

Scary!!

Assalamualaikum...Wahh..Apa yang scary nya?? Bagi seorang student mestilah result final exam!! Tadi, tengah bertungkus lumus menyiapkan proposal sebab esok nak kena tunjuk pada Prof Viki, teyiba dapat 1 notification dari Facebook:

Noradilin tagged you in a post
Of course la dengan pantasnya aku bertindak!! =) Dilin post :
MBiotech friends, the final results are out!! T_T

Nurul Hidayah, Azwa Nurul, Noraimi Syazwani, Siti Adam, Nor Hamizah, Mastura Abdullah and others :)


Terus kecut perut!! Tetiba teringat semua jawapan. Malu-malu. Seriously this semester really scary!! Hopefully semua lulus and x nak repeat!!!! 


Sebenarnya dah tahu mesti result kuar this week because result budak-budak degree semua dah keluar.Sebut pasal result ni, aku rasa UM ni unik sikit. Sebab pa? Sebab unofficially result akan ditampal di fakulti!! Aku x tau la universiti lain macam mana, tapi UKM memang x wat macam tu la. So, memang la aku terkejut la dengan cara ni. Result dia tunjuk no matrix and gred la. Tapi mesti la korang tahukan no matrix kawan2 lebih-lebih lagi bestfriend. Kelas aku plak x la ramai mana. Aku sendiri pon tahu hampir separuh no matrix kawan2 aku. Dorang pun tahu no matrix aku. Kantoi sudah!! 


Apa- apa aku harap result aku dan kawan-kawan aku yang lain ok!!!


Wednesday, May 25, 2011

Sekarang dah start dah wat proposal tuk project. Hopefully semua leh siap on time. Lepas ni mungkin balik ke Kedah jap before start lab work. Sem depan pon akan start bulan sembilan.

HAH?? Start bulan september??

Yesss.. Lambat kan? Cuti panjang giler ni!! Konon nya nak selaraskan waktu belajar dengan universiti luar. ermmm...Apa2 ja la..

Sebut pasal project, kali ni pon aku still wat psal cendawan. Tapi x sure lg cendawan apa. Lagi pun aku dah ada experience dlm mushroom skit, so senang skit. Harapnya la...Insyaallah!!




Thursday, May 19, 2011

Indah water - Putrajaya Sewage Treatment Plant

Assalamualaikum... Amaran: Ini entry yang panjang giler n penuh dgn gambar!!! Ini field trip yang first untuk semester 2 ni la untuk subjek environmental biotechnology. x ramai pon yang amik subjek ni. Only 13 ja. field trip ni pergi Sewage Treatment Plant (STP1) kat Presint 14, Putrajaya. Tapi kalo g kat situ rasanya x sampai pun putrajaya la..(-___-"). Dalam kul 2.00 ptg kami semua berkumpul kat depan bangunan bioinformatik.

  My classmate- Seamus, Reza, Deva, Prema and Arif

  ~Kak Mas~
Time ni tengah tunggu azwa, zura and dayah sampai. So, picture time!!! :) . X la jauh mana pon,kalo x salah dalam 30 minit sampai la kami kat sana. Selain kami, ada satu group lagi dr UniKL. Budak2 Engineering x salah aku. Sampai ja kami trus di bawa ke bilik seminar untuk sedikit taklimat mengenai operasi STP1 ni before pergi melawat sekeliling.
 Penerangan dr Encik Saoud
General description about STP1. This is the seconds largest of the sewage catchment within the Putrajaya area that covered from Precint 12,14,15 and some part of Precint 16. It was built on 11/ 07/1997 with the cost of RM54 million!!!. It was designed to treat an average sewerage flow of 22,500 m3/day, which is equipment to 100000 PE. However only 25% used. It has total 7 unit operation:- Pump Sump, Screen Chamber, Grit Chamber, Aeration Tank, Secondary Clarifier, Sludge Treatment and BioScrubber.

Penerangan dr encik engineer kalo x salah la.. Lupa nama lak.. *sigh*
Lepas penerangan from Encik Saoud, kami semua dibawa melawat semua unit operation yang ada dan ada la sikit penerangan dari En Engineer cam mana operation dia.

Sangat panas ok!!

Ini main hole( x salah aku la)


Inilah Sump Pump.
Pump dia x nampak ya. Ada di bawah sana. Domestic Wastewater (mostly from houses) akan masuk main hole then terus di pump ke Sump Pump.This pump are connected to SCADA system and monitered 24 hrs by plant operator.

Screen Chamber ( mechanical screen)
 Domestic waste water pump direct to Screen Chamber from sump pump. The raw sewage is distribured between two screen  channel  for primary and secondary screenin. the separted screening the conveyed by screw conveyor into collection bin at disposal area.
Grit Removal
The sewage flows through grits channels for further removal of sand and heavy particles. Thsi grit removal will removes large settable particles. The settled grit removed by air lift system and transferred to grit classifier for separation and storage. after grit channels, the sewage overflow to aeration tank.



Opps...This is Azwa~ Hi!!


 Aeration Tank!!
In the aeration tanks, organic material are oxidized by microorganisms into non harmful material such as carbon dioxide, water and other inert materials. Air is supplied to cultivate microorganism with FBDA( Fine Bubble Diffuse Aeration) for respiration and digestion. Microorganisms are suspended with uplift bubles and the organic subtances are oxidized to reduce BOD.

Weir

Clarifier Tank
Secondary Clarifier
 Weir and Clarifier Tank are component of Secondary Clarifier. The treater water is flowed to clarificaton, where microorganism cells are settled and separated from treated water. The treated effluent is overflowed through weir plates and discharged to the nearby river - Sungai Air Hitam. Sludge which contain mircroorganism cells settles at the bottom of clarififier and is collected by mechanical scrapper and pumped back to the aertaed tank for continuous operation.

Sludge dewatering and Drying

the dewatering sludge is 12-18 % dried. the dewatered sludge then further dried for 92% dry solids by dryer and ready for disposal.

Final product :)
Boleh wat fertilizer ni.. :)

Dr Pozi Millow- My lecturer




~ALL~

So, wastewater treatment bukanlah satu proses yang mudah and murah.Kita patut bersyukur sebab kita hanya perlu beberapa ringit ja sebulan dan bayaran yang kita bayar tu sebenarnya langsung x menampung kos treatment yang berganda-ganda mahalnya!! So, sila la bayar bill indah water ya. Oh satu lagi, jgn la sesuka hati nk buang sekala dalam lubang tandas. Semuanya berkumpul kat sini tau. sekian terima kasih 

-Pesanan Khidmat Masyarakat -