Pages

Sunday, October 9, 2011

Review : The Secret Life of Nora

Assalamualaikum..

Finally, tercapai juga hajat nak tengok The Secret Life of Nora (TSLON)!!! Nasib baik Mon dan Umi sudi temankan.Teater last yang aku tengok kat Istana Budaya, Teater Ibu Zain. Tu pun masa study kat UKM. Dah dua tahun lepas kot. Teater first aku tengok, Patriotik kot tajuk dia. Aku pun dah lupa. Tapi aku ingat Ashraf Muslim yang berlakon time tu. Best tengok teater ni sebab teater ni 'live'. Kalo dapat tempat kat depan lagi best + puas hati. Tambah-tambah kalo produksi yang terkenal seperti Enfiniti Production yang sebelum ini pernah buat teater PGL dan PRTM. So, ramai orang akan ternanti teater TSLON ni.

Kebanyak teater akan dibuat sebelah malam. Jarang la buat Matinee show (show waktu petang). Ni la problem aku yang tiada kenderaan. Susah la skit time malam-malam ni. So, bila aku check time TSLON, ada matinee show, terus nak tempah tiket. Tapi beli tiket yang murah-murah ja.Beli tiket RM50 kat Redtix oulet kat KLCC. Itu pun seat nak penuh. Yang RM 30 pun hampir full. Matinee show ada time weekend ja tak salah aku. Aku pergi hari Ahad , 3 Oktober lepas.

Excited punya pasal, tak sedar keluar rumah tertinggal beg duit!!! Itu pun setelah check dalam teksi. Mon pun tengah dalam kegawatan. Tiket teater pun, aku yang bayarkan. Nasib baik tambang teksi ada. Terpaksa minta tolong kakak aku sorang lagi transferkan duit. Haha..Sebenar risau juga bila tengok teater ni sebab Mon dan Umi first time tengok teater. Dah la aku yang ajak dorang. Buatnya x best, kesian dorang. Tapi sia-sia ja risau sebab TSLON memang best la. Rasa nak tengok ja sekali lagi. Tak tipoo ni.. 

Kami sampai lambat sikit.Teater dah start dah. Terlepas lagu Siapa Dia.(best lagu ni). Tapi yang bestnya, kami dapat seat RM240!!!! Staff IB cakap rezeki kami. I like!!! Actually ni bukan first time bagi aku. Dua teater before ni pon aku dapat seat best-best. Beli tiket murah tapi dapat seat  cam best!!! Alhamdulillah. Rezeki!!

Disebabkan tak boleh tangkap gambar dalam IB melainkan korang duduk kat bahagian media, no hal nak tangkap puas-puas. Gambar-gambar ni semua ambik dari FB TSLON. Sila like ramai-ramai. Oh boleh menang tiket juga.

The Secret Life of Nora adalah cerita mengenai  kisah hidup seorang penyanyi kelab malam, Nora (Tiara Jacquelina) yang berkhidmat di 'Kelabu Malami Theater'. Nora dapat tawaran untuk menjadi pelakon  melalui satu ujibakat. Sebenarnya, ujibakat tu adalah taktik dari satu agen perisikan untuk merekruit Nora menjadi perisik. Nora yang tak tau apa-apa ni telah bersetuju menerima tawaran tu yang dikendalikan Farouk (Tony Eusoff) dan Roger (Ryan Silverman). Actually kedua-dua lelaki itu adalah agen perisikan antarabangsa, MI5. Kehidupan Nora juga ditemani oleh pengurusnya, Khatijah (Adibah Noor) dan rakan baiknya Betty (Stephanie Van Driesen).

Then, bila rahsia sebenarnya yang Nora dilatih menjadi perisik terbongkar, timbul dilema dalam diri Nora.  Masa yang sama dia telah jatuh hati pada agent Roger. Keadaan makin rumit apabila rakan baiknya, Betty telah diculik oleh sindiket Mr J (Aznil Hj Nawawi) hasil muslihat Sharif (Aaron Khalid).


Ini time 'ujibakat' Ali Baba dan 7 orang penyamun. Haha..agent Roger kata Ali PAPA..=P
Lagu time ni Pancaran Cahaya kalau tak salah aku.

Ini masa Nora still lagi dalam training jadi agent perisik. Lagu A Twinkle in the Dark. Best sangat lagu ni. Ada kelip-kelip lagi. Cantik tau. Nora & Roger siap berterbangan lagi tau.

Agent Farauk & Agent Roger Foss


 Pak Nil as MR J. Pak Nil muncul dalam babak kedua. Rasa sekejap sangat. Tak puas tengok MR J. Kalo korang nak tau, Mr J x reti nak sebut R. R akan tukar jadi W. Nora jadi Nowa, Raub jadi Waub, Shariff jagi Shawif..Banyak lagi la. Womania la. Kelakar sangat.

 
Adibah noor dalam teater ni memang best sangat-sangat. Kelakar. Sapa sangka Adibah Noor boleh terbang?? Nak tengok Adibah Noor terbang sila la tengok The Secret Life of Nora.

Ryan Silverman.
Salah satu sebab aku nak tengok teater ni adalah kerana pelakon dia. Ryan Silverman..Haha Nak tengok Pak Nil jugak. Tiara memang terkenal sebab PGL & PRTM sebelum ni. Memang tak menghampakan. Adibah Noor & Tony Eusoff memang kelakar dalam teater ni. Awesome performances!!!!


Ini la Shariff atau Shawiff. Pembantu Mr. J. Aaron Khalid namanya. Tak sangka dia boleh main violin dan piono. Boleh tengok Live!!! 



Kelakar la dorang ni.
Nowa

Ini lah Betty. (Stephanie Van Driesen). Sangat cantik kalo tengok live!!!

Kalau part Mamat Khalid (agent Hong kong) pon best. Sempoi ja. Prop dan kostum pun best. Suka masa dorang perform lagu Toxic. Sexy gituu..Masa rehat sempat beli spek mata ala-ala agent Nora. Tiga-tiga orang beli.Cheryl samad & isma yusof pun dtg tengok teater ni. Foreigner pun ramai datang tengok. Siap Stand up bila habis!!! Aku bagi 4.5 /5 bintang!!!
Ini tiket asal.Yang RM 50 tu. Upper circle tuu..Kat tingkat 3 kot.

 Itu tiket yang Rm 240. Stall!!! Ini spek kakak aku, mon. Dia beli warna putih.

 Mon & Umi
 Sesi autograph.

Ryan,Tony & adibah.. Tiara, Pak Nil, Aaron & Stephanie x terlindung..


 Ini spek aku, warna hitam. dah tak nampak sebab bekas pon hitam juga. Umi pun beli hitam juga.


 Jom layan Lagu Siapa Dia
 

p/s: suka sgt lagu A Twinkle in the Dark. Nak tengok lagi bole!!! Sapa nak belanja??





   

Saturday, October 8, 2011

Trip ke Terengganu

Assalamualaikum..


Bulan ni memang busy.. Progress report kena buat balik. Banyak benda kena tambah. Nak cerita pasal  pergi terengganu hari tu. Alamak cerita pun dah basi.. hehe..

Ini kira first time aku beraya di terengganu. Hampir 14 tahun kot akut x pernah balik. Sepupu sepapat pun yang aku kenal beberapa orang ja. Sadis sungguh.. Mon bagitau aku yang sepupu-sepapat kami yang dapat di kenalpasti ada la dalam 75 orang!!! itu yang dikenalpasti, yang x kenal tu x tau la brapa orang. Banyak kan??? Abah anak yang ke-14 so memang kami ni ramai sepupu. Balik sana dah jadi nenek sudah..aiyooo.. banyak tua..hehe Balik terengganu ni sebab sepupu aku nak kahwin.


Pantai & Laut biru

Aku memang suka pantai dan laut. Lagi suka kalo laut tu biru lagi. On the way ke Kuala Terengganu, jalan tengok laut ja. Tenang dan sejuk ja mata. I LIKE....Actually banyak ambik gambar laut tapi malas nak upload. Broadband dah sampai limit..hihi



Dah sampai!! Kami duduk homestay ja. Best giler homestay ni. Nanti aku citer pasal homestay ni. Rombongan dua buah kereta. Aku naik kereta hitam tu ha. Masa on the way ni la, abah ada citer dan tunjuk sekolah bah dulu, kampung kami dulu, hospital tempat lahi. Sungguh nostalgia..Rehat kejap ja, pastu terus balik kampung aku, Bukit Tok Beng. Melawat rumah bapak dan mak saudara aku semua la. Ada la 5-6 buah rumah pergi. Yang best nya semua jamu air teh o.. Keropok lekor mesti la ada. Sedap!!


Inilah cucu saudara aku.Yang tengah dukung tu TOK Mon, kakak aku la tu.Budak tu memang comel. Tocang dia yang tinggi sungguh. Gambar abang dia ada dalam kamera kakak aku sorang lagi.


Adam!!

 Ini anak sepupu aku. Comel kan..Bulat ja mata dia.





 Ini pun anak sepupu. Bulat ja mata dia. Berat dia boleh tahan!! kena bergilir pegang.=P. Cerita pasal baby ni, yang peliknya kalo kami jumpa baby, dorang mesti suka adik aku, Didi. Pelik sungguh. Kadang-kadang orang lain tak nak tapi kalau nak bagi kat Didi nak aja..haha..

Pelamin ja ada, pengantin tak ada lagi.

Ini pengantin lama, bukan pengantin baru.. =P
Ini pengantin baru!! Ramai sangat orang!! Nak amik gambar pun bersesak-sesak. Amik dari tepi ja..
Hantaran perempuan. Nak amik gambar ni pon susah, ramai sungguh.
Makan beradap.
Bakal ibu
Bakal bapa. Praktis beb!!

 Ini masa on the way balik. Kilang Petronas kat Kertih. Besar dan luas sangat-sangat. Suka tengok. Mon cakap kalau malamlagi cantik tau..Berapi-api gituuu...auw...(tetiba jew) ( -__-''')

 Actually masa pergi singgah beli lemang kat Kijal. Beli sebagai buah tangan. Borang besar gitu. Masa balik pun singgah jugak.
 Tetiba rasa nak snap gambar ni. Selalu nampak sekor dua ja kerbau kat kampung, ni berekor-ekor!! Jakun tetiba..


 Motif gambar ni di ambik aku pun x tau. Nak jadi model tak lepas, besar sangat!! hihi Tengok bakal ibu dalam kereta tu. Peace ganas gitu..







   



Konvokesyen UKM!! Tahniah!!

Assalamualaikum..



Musim konvo datang lagi. Jeles tengok budak-budak lain konvo.Hehe..Tak pa, semangat sikit nak habiskan study. 26 September hari tu, konvo untuk fakulti aku, Fakulti Sains. So, ramai la kawan-kawan aku dan junior konvo. Niat hati nak pergi UKM nak jumpa kawan-kawan tapi tahu la kalo naik komuter confirm sesak punya. Tambah-tambah musim konvo ni la. Thanks to Zai yang ajak aku pergi UKM. Boleh la jumpa Tayn yang konvo hari tu. Tahniah Tayn, Tikah dan Husna!! Selamat maju jaya!!!



 Konvo girl


Gaya seorang photographer (?) =P