Pages

Tuesday, June 12, 2012

KPOP, JPOP & LAIN-LAIN POP =P


 Assalamualaikum..


Sebenarnya dah lama dah nak cerita pasal Kpop, Jpop dan apa-apa pop la. Rasanya semua kawan-kawan aku tau aku ni suka la dengan Kpop ni. Dah lama dah aku tau dan suka kpop ni. Tak salah aku dari aku sekolah menengah. Time aku cerita korea baru nak famous kat Malaysia. Waktu tu TV2 ja yang tayang citer korea ni. Waktu petang-petang pukul 6 macam tu la.Lepas tu 8TV dah start tayang drama korea lak. Seriously dulu aku tak minat langsung la drama korea. Aku layan cerita-cerita cina (TVB),drama taiwan dan drama Thai(?). Of course, drama melayu layan punya. Dulu siap cakap besaq lagi kononnya aku ni pencinta drama melayu.Tak main drama-drama korea ni. Haha.. Cakap besaq lagi nooo..Ambik hang!! Tapi  walaupun aku layan drama korea sekarang, drama melayu aku tak lupa kan. Drama- drama melayu yang best suma aku tgk. Sekarang duk tgk Seindah Sakura & Ameera. 


Kalau tak salah aku, drama korea first aku tgk adalah Something about 1% kat TV2. Time tu aku form 4 kot. Kang Dong Won sangat comel dalam tu. Then favourite drama aku, My Lovely Samsoon. Terus jadi peminat Hyun Bin. Aku rasa orang mula minat drama korea start Winter sonata dan Autum in my heart. Tapi aku x ingat la aku tgk drama ni ke tak. Then, bila aku masuk matrikulasi jumpa geng geng yang kaki drama Korea, Jepun dan Taiwan. Haha.. Lagi best la kan jumpa geng. Waktu tu drama yang famous Princess Hour, My Girl dll.  Masa ni aku layan lagu Jepun/Jpop. Mostly lagu dari anime. Masa ni juga la kenal apa itu anime. Time tu juga kat astro channel ANiMax masih lagi free tak macam sekarang ni.

Something about 1%. Waktu ni suka sangat senyuman Kang Dong Won. =)

 Couple yang cute & kelakar habis!!

My Lovely Samson/ My name is Kim Sam Soon
 
Lepas matrix aku masuk UKM. Dapat lak duk Kolej Ibu Zain. Kat sini jumpa my BFF: Zulpa, Adah & Umi. Tapi yang layan Kpop ni aku, zulpa dan ada ja. Umi sikit ja. Tak terpengaruh pun. Bagusnya umi.=)  Masa kat Uni ni aku dan ada la yang paling rajin mendownload. Hehe.. time ni la dah kenal Variety show dan juga Idol group. Itu pun panjang citernya. To be continue… =P








   

Friday, May 25, 2012

BUKAN SAJA-SAJA...

Assalamualaikum..

SEBENARNYA...................
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


Mungkin antara kita merungut atau tidak puas hati dengan kehidupan kita.  Mungkin tertanya kenapa aku pilih jalan ini. Sekarang ramai yang kerja lari bidang masing. Seriously ramai sebenarnya. Tapi kita mungkin x tau suatu hari nanti kita akan  guna ilmu kita itu.


Degree aku dalam bidang genetik. Then masa first year, kena amik subjek asas mikrobiologi. Aku cukup tak suka subjek tu sebab kena hafal nama saintifik bacteria. Bukannya sikit, banyak kot. Haha. Dulu aku tak faham kenapa aku kena belajar subjek tu. Tapi Allah maha mengetahui, aku praktikal kat makmal mikrobiologi, Ambik kau!!! Masa praktikal la persepsi aku terhadap mikrobiologi berubah 180 darjah. haha. Ayat mesti bombasti!! Sebab aku belajar asas ja, then belajar pun sebab exam!!  Kena la belajar balik masa praktikal tu. Tapi kali ini aku rasa pun susah malah aku suka. Bersemangat pagi pagi nak masuk lab. Dulu aku tak tau pun macam mana nak bezakan bacteria. Sekarang tengok plate pun dah tau. Riak sungguh. haha..Dan time aku tau kena aku kena belajar subjek tu. Semua Allah dah tentukan. Dulu aku juga x suka dengan enzyme dan protein. Sebab bagi aku, enzyme dan protein sangat complicated. Sekarang? aku buat projek pasal enzyme dan protein. Haha.. Lepas ni aku, aku x suka Jaejong la.. haha. Kaitan????

 Dulu nak culture bakteria, tangan terketar-ketar. 

 Sample.
Set biokimia. Ini paling aku suka sebab cantik dan colourful. haha

Ini la kerja aku kat lab sekarang. Run SDS-Page ja la..


Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua cikgu, lecturer, supervisor dan semua la yang banyak memberi ilmu kepada aku. =)





   

Nik Qisya Qaisara

Assalamualaikum...

Yeahhh..aku dah ada anak saudara!! Dah jadi mak cik. Oh sudah tua rupanya tapi sebab panggilan 'mak cik mizah' sangat tak glamer n nampak tua, aku nak ajar anak saudara aku panggil achik sudah.. Hehe.. Perasan sungguh kann..=P



Nama diberi Nik Qisya Qaisara. Kami sekeluarga panggil Qisya or Bam bam.Tau la kan sebab apakannnn. Tu gambar masa baru lahir. Berat? 4 kilo tau.Tapi sekarang dah kurus dahhh. Nak cakap jugak, qisya ni boleh la dikatakan ikut genetik aku..haha. sebab dia panjang. Tak caya? tengoklah gambar ini..

Sedapnya dia tidur.

Biasa la kan, nama pun baby. Kerja baby minum susu & tidur la. Petang-petang mesti kena keluar gi jalan-jalan. Nak jalan-jalan pun lama, kalau kejap ja then masuk umah, meraung la si Qisya ni.

 Tak tau la gaya apa Qisya ni tidur.

 Qisya tahan gelak..Pufff..puff.. Ni muka copy paste ayah dia ni. Hehe

 Cak!!
 Love this pic. Bukan sebab edit ehh...ahaha

Tembamnya pipi saya.Sila la cubit...=P 

 Lastly hasil seni Zahidah. haha..

Rindunya kat bam bam,..