Wah..Pagi-pagi lagi nak beremosi..Saja ja. Dah lama x beremosi lebih2 ni..Cakap pasal emosi ni, aku rasa aku bukanlah orang yang tahu or suka meluahkan perasaannya. Most of the time, aku lebih suka memendamkan rasa atau simpan sendiri especially bila aku sedih.Kalo aku gembira, slalunya aku akan cakap la. X pa share pasal gembira sbb kita pon mahu orang2 di sekeliling kita gembira jugakan.. =) So, kalo aku sedih sangat2 la, macam mana aku nak express kan perasaan aku?? of course la dengan menangis T____T. Bagi aku, menangis la sepuas-puasnya then stop, move on... bangkit semula, lupakan benda yang sedih tu.Betul x??
Aku selalu cuba tuk berfikiran positif sebab setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. So, aku selalu berfikir aku ni insan istimewa/ bertuah kerana di beri peluang ini.Tapi tentula kadang-kadang aku rasa sedih sebab "perkara'' itu. Perkara itu adalah isu sensitif bagi aku. Kebanyakan orang x tahu pasal perkara itu hanyalah teman-teman yang agak rapat dan aku boleh ceritakan saja yang tahu. Sebolehnya aku mahu mengelak dari orang tahu tentang perkara itu, sebab nanti mereka akan bertanya soalan yang sama. Selama berbelas tahun aku asyik menjawab soalan yang sama. Alhamdullillah apabila semakin dewasa, kurang la skit. Disebabkan perkara ini, ada benda yang boleh lakukan, ada benda yang aku nak lakukan tapi x boleh. Aku mahu sesetengah dari mereka tahu tapi aku x boleh nak bagi tahu kerana mereka tidak akan faham. Mereka tidak merasakan apa yang aku rasa. Mungkin, mereka akan kata bahawa mereka faham, dan perkara macam tu simple ja. Tapi sebenarnya mereka x kan faham dan bagi aku perkara ini penting dan complicated. Dan pada masa depan aku yakin benda macam ni akan terjadi lagi.
Aku selalu memikirkannya dan aku tidak tahu aku nanti akan berada di bahagian mana. Semuanya masih kabur bagi aku. Ingat Allah sentiasa bersama kita. Aku pasrah dengan ketentuan-Nya.Pasti nanti ada penyelesaiannya.
No comments:
Post a Comment