Salam semua..Tertiba teringat balik kenangan masa jadi OC masa kat matrik kedah(changlun) dulu..memang best..mesti korang tertanya-tanya apa tu OC kan...hahha..OC tu singkatan utk Orientation Community. Kat UKM macm PC(pemudah cara) ar. Jadi OC untuk seminggu utk pelajar 1 tahun tapi aku bertuah coz jadi OC dua kali tau. Kali ke-2 untuk pelajar matrik 2 tahun.Memang banyak pengalaman dapat. Pengalaman yang berbeza-beza.
Bukan mudah tau nak jadi OC ni. Antara syarat2 dia, pointer atas 3 masa sem1 matrik. Masa saja-saja la minta. Nak cari pengalaman la kononnya. Masa tu Kmk (Kolej Matrikulasai Kedah) memerlukan lebih kurang 90 lebih org OC tuk jaga lebih 2000 lebih student..Ramaikan?? Tapi aku x dapat pon coz memang ramai yang mintak dan kebanyakan nya budak yang pointer dia 4.00 tu...tapi bila habis ja matrik, masa cuti aku dapat surat tawaran coz ramai gak yang tolak..hehe..ini yang dinamakan rezeki kot.. :)
Kitaorang ni kena datang seminggu awal dari hari pendaftaran student 1 tahun. Nak bahagi tugas lagi, nak bersih blok lagi dan banyak kerja ar. Makanan dan penginapan suma free..hehe..banyak lagi yang kitaorng dapat..Nanti cita eh..Kitorang OC2 baru akan dibantu oleh senior/ bekas OC dari tahun2 yang lepas seperti Abg Wan, Kak Suma, Abg Muslim, Abg Yusra, Kak Shu dan ramai jugak ar..jumlah semua OC baru n lama lebih kurang 100 jugak ar..bilik operasi kami kat dewan banquet..pagi2 lagi dah wat chicken dance..ish2..
Dalam OC ni ada beberapa bhagian. Aku masuk bahagian pendaftaran.Setiap ketua bahagian akan dapat basikal n walkie talkie. nak bagi semua konfem x cukup..hehe..bila hari pendaftaran dah dekat kerja makin bertambah.Siap wat rehearsal pendaftaran lagi. backup plan. Sesi Pendaftaran kt KMK guna internet, kdg2 sistem down atau blackout ke, kena daftar secara manual..
Seperti tahun-tahun sebelumnya , sehari sebelum hari pendaftaran sebenar akan ada sesi pra-pendaftaran utk student yang jauh n datang awal. so, masa tu pun kitaorg pon prepare lak.tup tup beberapa pihak atasan x benarkan pulak. camna ni..Kesian kat diorang yg dtg awal tu.. tapi last2 kitorg wat secara underground..huhu..takut2 berani la tu..x pa ada org belakang yang kuat back up :)
Masa hari pendaftaran tu memang busy tapi alhamdulillah semua jalan lancar.Pelbagai ragam manusia dapat diperhatikan. antaranya:
"parking untuk Dato kat mana? "
(maaflah..kami x da parking utk dato..semuanya sama ja hari ya..:))
" Dik, ini matrik Perlis ke?"
(mungkin Pakcik ni x nampak kat pintu depan tertulis BESAR Kolej Matrikulasi Kedah)
" Dik, tau tak jalan nak balik terengganu. Pak Cik sekeluarga dari Terengganu"
( mcam mana pak cik boleh sampai kedah pulak ye tapi x tau jln balik)
Macam-macam lagi la soalan pelik2 yang kuar.. tapi kami semua layan semua dengan adil dan saksama. Habis ja sesi pendaftaran maka bermula lah orentasi stufent 1 tahun. masa perkenal diri aku nervous gila. ya la depan 2000 lebih org tu..kami semu di bantu para lecturer kat Kmk.Sapa-sapa bhgi pendaftaran akan memasukkan data2 student dalam sistem.kena scan gambar diorg lagi. mmg banyak kerja.Sapa2 anak dato ke, anak menteri ke semua kami tau. tapi maklumat suma sulit..hehe..setiap hari kami akan ada post mortem sepanjang 2 minggu tu tuk lapor apa yg kami wat tuk hari tu.segala masalah n penyelesaian diceritakan. ada 1 hari tu kami x tido langsung coz ada sesi luahan rasa/ x puas hati antara OC. biasalah kita kan manusia.
habis ja orentasi kami semua dibawa pergi sungai petani. main bowling. Org atasan booking 1 tempat bowling tu..tapi kalo ikut tahun2 lepas, oc yang lps dibawa pergi Genting..Semuanya ditanggung. tapi tahun kami x cukup bajet la plak..Sepanjang jadi Oc ni kami diberi rm10 sehari.ok ar tu..
Masa jadi OC 2nd time excited sgt. kali ni x ramai, lebih kurang 10 org ja. 4 org OC baru (aku, Deeba, Farid , Mike) 6 Org OC lama (Kak Shu, Kak Fiza, Abg Wan, Abg Ridwan n Abg Nuzul). kenapa x ramai? sebab surat tawaran yang dihantar lebih kurang 500 lebih tapi tahun lepas yang mendaftar lebih kurang 200 org saja. Cukup ar OC 10 org ni. kali ni dapat basikal sorang 1.hehehe... kali ni bilik operasi kami kat dalam pejabat HEP..huhu..hebat tol time ni..macm kerja pejabat dah lak..
Disebabkan b4 ni aku, deeba n farid d bhgn pendaftaran dan key in data student, kitorg wat benda yang sama lagi tuk kali. jika b4 ni lecturer yang wat kerja ni, kami tlg jaga ja tapi kali ni kami kena wat semua. pendaftaran kat kaunter HEP..macam jaga kaunter dah..hahha..aku ingat lagi hari kuar result U. Tgh2 wat pendaftaran semapt lgi check internet dpat U mana...hehe.. memang sibuk giler time pendaftaran sampai x cukup tgn. Timg. Pengarah siap join lagi. Kesian tgk kami. Rupa2 nya lebih 400 student daftar..patutlah..dah terlebih bajet rupanya..mmg x cukup OC ni. Tapi budak2 2tahun ni sib baik semua baik2 belaka time ..x byk masalah..senang nak jaga mereka..
Masa jadi OC tuk student 1 tahun, kita org lebih rapat sesama OC dari student.. ye ar..ramai kut.. tapi masa jadi OC tuk pelajar 2 tahun, kitaorg rapat sesama sendiri dan juga rapat dengan student..suka.. :)
sebahagian student2 1 tahun..
ni masa riadah ptg..bju n topi OC..
baru balik dr pasar malam ramai2..
Gambar ramai2..
dengan abg wan
kisah suka dan duka kami sepanjang jd OC:
lagu tema kami: saling terpesona..
No comments:
Post a Comment