Pages

Saturday, June 25, 2011

Langit biru, ladang tebu & Padang Besar

Assalamualaikum..

Still nak citer pasal masa balik kampung hari tu. Setiap kali aku balik ada satu tempat yang wajib aku pergi. Aku pun tak tau kenapa asal aku balik mesti pergi punya (-__-'''). Tempat apakah itu?? Best ka??? haha.... Jawapannya ialah... PADANG BESAR!!! Kadang-kadang aku pergi sana bukan beli pa pun.. Saja ja jalan dengan family. Kalo time cuti sekolah tak yah cakap la kan, penuh giler Padang Besar. Harga barang jangan cakap la.Mahal la sikit. Mungkin bagi orang luar harga barang-barang seperti toto murah tapi sebab aku selalu sangat pergi, aku rasa mahal la. So, sapa-sapa yang pergi kat sana silalah tawar-menawar habis habisan!! Oh lagi satu kalo pergi Padang Besar time cuti sekolah, tempat parking konfem full ya. Tapi pandai-pandai la cari tempat parking. Jangan ingat hari Ahad, Encik Polis tak kerja ya!!.Hari tu aku pergi banyak giler kereta kena saman. Konfem kaya giler polis hari tu!!!

Dari rumah ke Padang Besar tak la jauh  mana.Lagipun ada banyak jalan ke sana. Ikut la jalan mana kami lalu, tapi dalam 20-30 minit cam tu dari umah aku. Dalam banyak-banyak jalan, aku suka lalu melalui ladang tebu. Ladabg tebu yang luas giler kat Perlis tu. Serius cantik. Aku suka pemandangan kat situ. Tambah-tambah langit dan awan yang membiru tu. Apa la amik gambar ja la kerjanya.Tapi aku amik semua gambar dalam kereta ja. Tak da masa encik ayah nak berhenti kereta tepi jalan semata-mata nak bagi anak pompuannya amik gambar. Buang tabiat katanya!! (-_-'') Opps.. sebab aku dah biasa kat Padang Besar memang aku tak amik gambar pun.Kamera pon tinggal ja dalam keta..HAHA..

Amaran: almost all pic adalah gambar langit/awan/ladang tebu!!! tapi aku suka..

Awan yang cantik!!


Luaskan ladang tebu ni?? Ini baru sebahagian saja


Aku suka giler pic ni.

Ini masa balik ya..

Luas!!
Kalo lalu ikut jalan ladang tebu mesti lalu Universiti Malaysia Perlis a.k.a UNIMAP. Tapi still dalam pembinaan lagi la..
 itu antara kawasan unimap yang dalam pembinaan


 Entrance UNIMAP


Hampir semua universiti ada tasik masing-masing kan?? aku rasa ni kot tasik unimap. Maybe??



No comments:

Post a Comment