Pages

Wednesday, January 11, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga baucer ni. Aku rasa universiti lain kebanyakkan dah dapat. Um baru boleh amik minggu ni.Esok hari terakhir amik. Aku baru je pergi amik tadi dekat dataran sains fakulti. Dari dalam bas lagi aku tengok ramai kot students bratur nak amik. Aku tengok ja barisan yang panjang-panjang ni dah lemah. Tapi dah alang-alang sampai aku pergi ja. Kawan aku ada yang patah balik, tak nak amik lagi coz barisan yang panjang. Sampai ja kat situ, ada lebih kurang 3 barisan kot. Siap ada yang jerit2 lagi. Haha..
Aku tengok-tengok dulu, tiba-tiba ternampak kaunter bahagian Master&PHD, kosong kottt. Disebabkan undergrad student ramai,kaunter tu dah x nampak. Terpaksa la aku meredah student ni. Tak sampai 1 minit, aku dah dapat..=)



 TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Kuasa bagi percetakan baucar hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini
d) Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar;
e) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
f) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
g) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai; dan
h) Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.

Cuba tengok tataraca pengunaan baucer kat atas, aku siap bold lagi. Buku-buku ilmiah.=B.. Saja-ja nak bold sebab aku dengar ramai nak guna beli novel. Haha..err Boleh ke?? Macam aku ni, sekarang tengah buat projek so, memang tak masuk kelas dah. Tak guna sangat buku teori ni. Tapi aku bercadang nak beli buku pasal genetik or human genetic. Benda yang aku minat sekurang-kurangnya aku baca tapi nak survey dulu. Lagi satu mungkin buku or dictionary korea sebab aku minat korea. Haha. Boleh belajar. Rm 200 tu agak banyak tp kalau guna untuk beli buku teori x la banyak sangat. Paling kurang boleh dapat 2-3 buah buku teori. Tapi kalo student guna utk beli novel, byk kot. Yalah, harga standard novel rm19.90. Genapkan jadi rm20 la. boleh dapat 10 buah novel dah kot....

Petang ni ingat nak singgah kinokuniya KLCC, nak survey. err dorang terima ke tak ehh baucer ni? Setahu aku, popular dan mph bookstore terima baucer ni. Malas la pulak nak pergi popular wangsawalk  dan MPH mid valley..

So, fikir-fikir dan guna la baucer ni sebaik-baik mungkin.=)






   



4 comments:

  1. SALAM..kak sy student di matrikulasi..nak tahu jugak bahan bacaan seperti novel boleh ke dibeli dgn menggunakan baucar ni?

    ReplyDelete
  2. wslm...boleh ja. Tapi buku-buku akademik di beri keutamaan. Kita boleh beli semua jenis buku.=)

    ReplyDelete
  3. Boleh ke kalau nak mintak kawan yang tolong belikan buku kat Kino tu? Saya duduk utara mintak kawan dok KL tolong belikan. Buku yang saya nak ada kat Kino jer..

    ReplyDelete
  4. errrmm..kat Kino, masa kita nk bayar guna baucer,mereka akan minta kad matrix or kad pngenalan. Saya x psti boleh ke x pasal tu tp boleh ja cuba tnya kt kaunter kino tu. Mungkin awak perlu bg kad mtrix+baucer awak kt kwn awk.=)

    ReplyDelete