Pages

Monday, July 4, 2011

Gegaran di lab IPS, UM

Assalamualaikum....

Hari Jumaat lepas ada la sedikit gegaran sebelah pagi. Sebenarnya gegaran tu dah ada lagi Jumaat (24/6) tau. Tapi aku baru start lab work aku hari isnin. Menurut orang-orang dalam lab tu, gegaran tu selama 15 min. bukan 15 saat tau.Lama tu.. So sepanjang minggu tu memang ada la gegaran kecil tapi aku x pernah rasa pun. Hari isnin lepas, Jurutera dari JKR datang la check bangunan IPS. Alhamdulillah, bangunan tu masih lagi selamat. So, pagi jumaat lepas ada la sedikit taklimat mengenai gegaran tu pada pukul 9.00 pagi. Prof Viki suruh semua orang dalam lab pergi taklimat tu. Aku dan deva datang awal sikit la. Sebelum pergi tu kami ada rasa gegaran tu. Agak lama la jugak.Tapi aku dan deva agak excited sebab tak pernah rasa gegaran.LOL!! (-__-''). Sempat lagi ambik video. Hihi..


Dekat kul 9.00 kami turun pergi taklimat. Rupa-rupanya gegaran yang kami rasa tu adalah test yang dijalan kan oleh JKR tuk siasat punca gegaran sebenar. Lol... Semasa taklimat tu jugak ada gegaran juga la tapi aku dan deva tak rasa. Elok habis taklimat tu ja kami dah  pening, effect gegaran tu. JKR buat test dari pagi sehingga tengahari.Memang sepanjang masa tu, slalu rasa gegaran. Pening-pening lalat aku!! Mungkin gegaran sebelum ini disebabkan sebelah banguna IPS ada pembinaan sedamg di lakukan. Tapi apa-apa pun, punca gegaran mesti dicari.;) Risau kami yang buat kerja kat dalam lab tu.

Pening-pening pun, bergambar tetap bergambar.. Hihi.


  Deva dan Kak Mas sibuk memotong Enoki
Our samples. Pink Oyster, Yellow oyster, Enoki, grey oyster, Abolone, monkey head dan cendawan seri pagi
Gambar penutup ;)


No comments:

Post a Comment