Pages

Showing posts with label NTUST. Show all posts
Showing posts with label NTUST. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Trip To Taiwan Part 6 : NTUST II



Assalamualaikum..

Hari kedua atau hari terakhir seminar. Lepas habis seminar, peserta boleh pilih sama ada hendak stay kat Taipei or pergi ke Taichung. Siapa yang stay kat Taipei, pihak penganjur akan organize tuk bawa jalan sekitar Taipei. Kami pilih pergi Taichung. Walaupun tak pusing habis Taipei, tapi at least dah pergi la 2-3 tempat kan. Jadilah tu! So, sebab lepas habis ja seminar terus bertolak ke Taichung, pagi-pagi lagi kami kena angkut semua luggage ke NTUST. 

Sebab banyak sangat barang, kami decide naik teksi ja. Muka pun muka mengantuk lagi. Waktu ni, pukul 5 lebih dah mula cerah. Subuh pun dalam pukul 4 macam tu. Memang bangun awal la. 

Sampai  NTUST terus masukkan luggage dalam bus. Lepas tu terus pergi buka poster. Hari kedua tak banyak slot dah. Hanya ada 2 keynote dan beberapa presentation la. Seminar ni dihadiri lebih dari 35 negara. Dari Malaysia, kami tiga orang dan mamat yang aku tak nama tu. Sebelum balik, aku jumpa dia, dia stay kat Taipei sebab training. Sebab aku sorang perempuan melayu pakai tudung kat situ, dorang semua assume aku ni Indonesia dan deva pula dari india! Kami pun explain la pasal uniknya Malaysia. Pasal kaum dan ethnic sebagainya! Gambar atas tu, dengan student NTUST phd dari India.

Dalam pukul 2 lebih, kami bertolak ke Taichung. First destinasi adalah National Chung Hsing University. Ambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke sana. Kat atas Prof Doojon (bukan Doojoon dari Beast tu ya! ehhh?) tengah explain pasal Taichung. Okay cukup sampai sini. Next post pasal National Chung Hsing University lak. Bye!


Monday, May 27, 2013

Trip To Taiwan Part 5 : National Taiwan Universiti of Science and Technology (NTUST) I

Assalamualaikum..
Jom sambung citer yang tak sudah-sudah ni. Dah cukup puas jalan-jalan & tangkap gambar bagai, jangan lupa tujuan utama pergi Taipei. Main reason sebab nak pergi seminar- International Conference of Industrial Bioprocess(IFIB). Seminar ni diadakan setiap 2 tahun sekali. Tahun 2012, Taipei jadi tuan rumah. Tahun depan (2014),Perancis pulak jadi tuan rumah. Sepatutnya, malaysia yang jadi tuan rumah tetapi sebab ada sikit probs, kita terlepas peluang tu. Tak pa lain next next year ada lagi.

Seminar ini buat dua hari kat National Taiwan Universiti of Science and Technology (NTUST). Mostly yang datang adalah Proffesor2 dan orang yang expert dalam bidang Industrial Bioprocess. Terasa kecil ja diri ada kat sana. Sikit ja master dan phd student. Yang bagus dapat pengetahuan daripada mereka semua.


Nak pergi ke NTUST sangat senang. Naik MRT ke Gongguan Station keluar exit 3. Jalan 2 min ja sampai! Sangat bersih dan cantik!
Kat sini, ada ramai student Indonesia. Surau dan kedai makanan halal pun ada dalam ni. Tak payah risau! Kami dah daftar hari sebelumnya. So, sampai ja terus pasang poster. Then masuk untuk first keynote. Jadual Keynote dan presentation sangat penuh, so kena pilih waktu la.Tapi slot prof dan chia wen mesti la wajib pergi kan! Bagi support!!

Malam tu, ada makan-makan dan penyampai hadiah. Sorang proffesor dari Malaysia dapat Young Scientist Award. Bangga pun ada. Masa makan-makan ni akhirnya aku jumpa juga orang Malaysia. Aku tak tau la berapa orang semuanya, tapi aku jumpa sorang ja mamat ni. Dia datang untuk trainning. Sembang tapi lupa tanya nama la. Gembira jumpa orang melayu! Pasal makanan, aku dah buat homework, tapi apa2 aku akan refer kat peserta indonesia. Mereka ex-student NTUST. So, dorang dah expert pasala makanan halal kat sini. Memang vegetarian habis la.

Sambil makan, ada persembahan oleh student. Macam-macam la persembahan ada.

Kami pulang awal sebab nak naik MRT dan jalan kaki ke hotel. Malam-malam dah gelap lak tu. Tapi sebelum balik sempat tangkap gamabr dengan Chia wen dan kawan-kawan dia. First day seminar memang penat! So, nanti  sambung apa yang terjadi hari kedua lak! bye!