Pages

Tuesday, June 28, 2011

Wang Kelian.

Assalamualaikum..

Sebenarnya Wang Kelian ni adik beradik Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan lain-lain lagi la.Sempadan antara Malaysia dengan Negara lain. Yang bahagian utara ni, yang aku tau Wang Kelian, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam adalah sempadan Perlis/Kedah dengan Thailand. Apa best kat Wang Kelian ni hah?? Apa yang beza dia dengan Padang Besar?? 
Imigresen Malaysia


 Paling dekat adalah ke Sutu, Thailand ya..

 Kedai Bebas Cukai

 Imigresen Malaysia

Sempadan Malaysia-Perlis
 Imigresen Thailand

 Welcome to Thailand

ni akibat suka amik gambar dalam kereta yang bergerak!!
Pasar sebelah Malaysia
Kalo korang nak cari barang thailand, segala toto, periuk bagai dan lain-lain lagi la, kat utara ni Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Wang Kelian memang tempat dialah!! X rugi mai sini tapi jangan mai time cuti sekolah sebab sesak.Wang Kelian ni lain sikit. Kalo korang pergi hari biasa memang tak da apa-apa la. Yang bestnya Wang Kelian ni, hari Ahad ada pasar pagi. Orang utara kata ada 'NAT'. Time ni yang best. Pasar pagi kat sini ada dua bahagian, bahagian Malaysia a.k.a Perlis dan Sebelah Thailand. Korang boleh pergi ke pasar sebelah Thailand tanpa guna pasport. Tapi jalan kaki la. Parking kerata kat imigresan Malaysia, then jalan kaki ke sana. Yang bestnya orang Malaysia mesti beli belah kat pasar sebelah sana, orang Thailand akan datang sebelah kita. Tapi apa yang sure barang-barang kat sini jauh lebih murah dari Padang Besar. Diulangi barang-barang ya. Contohnya Toto,periuk, beras, ikan bilis dan lain-lain la..




Aku ada survey baju perempuan la. Bagi aku agak mahal la. Tapi kalo skirt-skirt labuh harga dia okay la.aku dan mak aku ingat nak rempatlah sehelai dua baju tapi sebab mahal sangat, terus cancel. So, aku shopping apa kat sini? Aku beli seluar ja. Mak beli besen besi. Sumpah murah. Sebelum di Wang Kelian, aku dan mak  gi tengok harga besin camtu kat borong din.Satu yang kecil harganya berbelas ringgit kot. Dekat Wang Kelian, yang paling besar pun baru RM15!! Mak aku borong ikan bilis untuk aku bawa balik ke KL. Sekilo ikan bilis  RM8!!!  Sekilo ya.Itu yang paling cikai la. Yang elok sekilo RM12. Dekat KL yang cikai pun 100g RM 3. Memang ramai giler pakat borong ikan bilis. Suma amik berkilo-kilo. Ohhh tak lupa beras. Beras siam memang elok. Kalo korang tengok memang macam nak beli la. Sekilo RM2 ja beb!!! 10kg baru RM20. Muarah kan?? Kat Padang Besar pun x dapat RM 20 tau. Kat Padang Besar Paling murah pun 10kg RM24. Aku tau sebab ayah aku memang selalu beli..:) Tapi ada limitnya nak beli beras ni. Sorang hanya boleh beli 10kg ja. Toto kat sini memang murah. Tapi mak malas beli sebab nnati kenai cukai. So, kalo nak beli, beli ja kat pasar sebelah Malaysia.

Segala jenis beras dan beras pulut ada.


Dari rumah aku nak pergi Wang Kelian ada la dalam 50 min. Tapi jalan nak ke Wang Kelian ni berbukit dan banyak belok pusing. Pening juga kepala aku.Masa aku pergi ada la sekumpulan orang berbasikal. Sungguh tabah gile kau tengok depa mendaki bukit dengan basikal. Ada juga orang pergi berjoging.Tabik spring aku kat dorang semua!!!

Ni ok lagi..
Ni dah start dah...



Actually sebenar memang dulu dah rancang dengan encik ayah nak g holiday or jalan kat Hadyai or Phuket!!  Tak pun Sutun atau sempadan thailand la. Sebab kami kan duduk kt sempadan ni x yah guna pasport pun tak pa. Tapi kena la wat border pass la. Dalam Rm10 ja.Best ka.Korang ada??? hihi..Tapi balik kali x sempat nak g. Wang Kelian ja lepas..Haha


 Bon voyage

 Pintu sempadan
Kenderaan dan orang yang hendak memasuki Malaysia
~Sawah padi~

Saturday, June 25, 2011

Langit biru, ladang tebu & Padang Besar

Assalamualaikum..

Still nak citer pasal masa balik kampung hari tu. Setiap kali aku balik ada satu tempat yang wajib aku pergi. Aku pun tak tau kenapa asal aku balik mesti pergi punya (-__-'''). Tempat apakah itu?? Best ka??? haha.... Jawapannya ialah... PADANG BESAR!!! Kadang-kadang aku pergi sana bukan beli pa pun.. Saja ja jalan dengan family. Kalo time cuti sekolah tak yah cakap la kan, penuh giler Padang Besar. Harga barang jangan cakap la.Mahal la sikit. Mungkin bagi orang luar harga barang-barang seperti toto murah tapi sebab aku selalu sangat pergi, aku rasa mahal la. So, sapa-sapa yang pergi kat sana silalah tawar-menawar habis habisan!! Oh lagi satu kalo pergi Padang Besar time cuti sekolah, tempat parking konfem full ya. Tapi pandai-pandai la cari tempat parking. Jangan ingat hari Ahad, Encik Polis tak kerja ya!!.Hari tu aku pergi banyak giler kereta kena saman. Konfem kaya giler polis hari tu!!!

Dari rumah ke Padang Besar tak la jauh  mana.Lagipun ada banyak jalan ke sana. Ikut la jalan mana kami lalu, tapi dalam 20-30 minit cam tu dari umah aku. Dalam banyak-banyak jalan, aku suka lalu melalui ladang tebu. Ladabg tebu yang luas giler kat Perlis tu. Serius cantik. Aku suka pemandangan kat situ. Tambah-tambah langit dan awan yang membiru tu. Apa la amik gambar ja la kerjanya.Tapi aku amik semua gambar dalam kereta ja. Tak da masa encik ayah nak berhenti kereta tepi jalan semata-mata nak bagi anak pompuannya amik gambar. Buang tabiat katanya!! (-_-'') Opps.. sebab aku dah biasa kat Padang Besar memang aku tak amik gambar pun.Kamera pon tinggal ja dalam keta..HAHA..

Amaran: almost all pic adalah gambar langit/awan/ladang tebu!!! tapi aku suka..

Awan yang cantik!!


Luaskan ladang tebu ni?? Ini baru sebahagian saja


Aku suka giler pic ni.

Ini masa balik ya..

Luas!!
Kalo lalu ikut jalan ladang tebu mesti lalu Universiti Malaysia Perlis a.k.a UNIMAP. Tapi still dalam pembinaan lagi la..
 itu antara kawasan unimap yang dalam pembinaan


 Entrance UNIMAP


Hampir semua universiti ada tasik masing-masing kan?? aku rasa ni kot tasik unimap. Maybe??



Peti sejuk oh peti sejuk!


Masa balik kampong hari tu, peti sejuk kami dah tukar baru. Yeah!!! Tapi bukan nak cakap barang-barang dulu semuanya tahan lama. Contoh terbaik adalah peti sejuk rumah aku ni la. Peti sejuk ni mak aku beli before aku lahir lagi. Peti sejuk umah aku ni jenama Toshiba. Dah lebih kurang 25 tahun dah!! 25 tahun beb!!! Dalam 25 tahun ni hanya skali ja rosak. Sekali lagi ayah aku hantar cat bagi cantik balik. Ni yang beli baru sebab peti sejuk ni dah kurang sejuk. Ramai orang kata gas dia maybe nak habis kot. Memang kami saying la peti sejuk tu. Ayah aku cakap beli baru ja la. Aku lah orang yang paling excited. Sebab pa?? Salah satu perangai pelik aku ni, aku suka tengok barang or survey barang elektrik/ elektronik. Pergi pasaraya besar kadang-kadang x da kerja gi bahagian elektrik tengok peti sejuk, tv, mesin basuh dan lain lain lagi lah. Pelik sungguh..
Ni la peti sejuk yang berjasa kepada kami sekeluarga
Bye!!


Apa lagi aku guna la kemahiran survey aku ni.Tengok peti sejuk mana yang paling ok dan harga berpatutan. Mak aku kalo boleh nak jenama Panasonic atau Toshiba. Dua brand ni memang mak aku percaya habis la. Kebetulan time aku balik ada carnival elektrik kt C-mart Arau. Kami pun saja-saja g survey dulu. Ada la berkenan satu dua jenis. Tapi memang tak niat nak beli kat sini. Sebab mana tau kat Kangar lagi murah kan. Tetiba ada sorang mamat ni tegur. Maybe sebab dia tengok aku dan mak aku asyik sangat tengok semua peti sejuk ni. Encik yang baik hati just bagitau yang harga kat peti sejuk kat situ agak mahal dan tak boleh kurang. Sebab dia baru ja beli peti sejuk sehari sebelum tu. Dan yang lagi best dia dah survey harga peti sejuk kat kawasan Arau dan Kangar!!! Senang kerja kami ;). 


So, encik ni bagitau la nama kedai yang dia beli. Peti sejuk kat situ memang murah katanya. Siap tunjuk resit dan suh aku nama dan no phone kedai tu. Nama kedai tu Keat Radio. Encik tu jugak siap citer kat mana kedai tu dengan detailnya. Bagus betul!! Tapi peti sejuk la yang murah kat kedai situ. Barang-barang lain seperti mesin basuh dan TV harga standard la. So, encik tu beli mesin basuh dan TV kat carnival C-mart Arau tu ja. Thanks ya encik yang baik hati ;). Jasamu akan kami kenang.


Dua tiga kemudian baru la kami g kedai Keat Radio tu. Kecik ja kedai dia. Kalo nak beli peti sejuk yang besar , yang harga stamdard RM 3000 ke atas kedai ni memang x jual la. Memang peti sejuk kat situ murah sikit. Beza RM100-200 tu!! Tu belum lagi yang pandai tawar menawar harga lagi tu. Kerja tawar-menawar ni serahkan kepada kaum ibu. Memang pandai. Akhirnya mak aku pilih peti sejuk Panasonic sebab mak cakap kita dah pakai Toshiba, jom try Panasonic lak. Boleh plak macam tu. Haha.. Encik ayah setuju ja. Harga dia bawah RM1000 la. Dan depa hantar peti sejuk ni sampai rumah la kan. Free ja. Petang tu kami punya la tunggu peti sejuk baru tu. Dekat nak maghrib baru sampai. Rupa-rupa dia g hantar dulu dua peti sejuk customer lain. Mak aih…ayah aku kata laku sungguh peti sejuk kedai tu. Sehari sampai ada tiga orang beli.  So, sapa-sapa nak beli peti sejuk kat situ 

 NEW!!!!
 Baru dan lama

Yang ni pulak peti sejuk idaman aku. Haha.. peti sejuk pun ko boleh idam kan..aishhhh (-__-“)  Ni akibat slalu tengok citer korea ni. Motipppp??? Sebab kalo korang tengok drama korea dia punya barang umah memang tip top la. Peti sejuk konfem besarrrr punya.. yang da 3 pintu la.. Macam-macam lagi la..




Hambik ko.. Bapak besar.. harga lagi masyuk.. (-___-'')