Pages

Monday, July 18, 2011

Mushroom farm, Tanjung Sepat

Assalamulaikumm...

Hari ni aku pergi mushroom farm kat Tanjung Sepat, Banting!!! Ni kali kedua aku pergi. First time masa field work biotech, kali ni aku pergi sebab nak beli mushroom la. Bukan untuk makan ya. Tapi sebagai sample aku research. Kenapa kena beli cendawan jauh-jauh??. huhu.. Itu la pasal. Cendawan yang aku guna tak jual kat pasar or supermarket.Cendawan macam White Oyster dan Grey Oyster senang dapat. Kat supermarket pun ada. Yang aku nakguna adalah monkey mushroom, abalone mushroom dan juga cendawan seri pagi. Tapi kat Madam Cheng 's mushroom farm ni , Cendawan Seri Pagi tak da. Kena pergi ke Encik Nabil's farm kat Sepang lak. Hari pulak Cendawan Seri Pagi tak da pulak. So kami tak perlu la pergi Encik Nabil's farm. Cuma pergi Madam Cheng 's mushroom farm, Vita Agrotech Farm!!!

 Ni gambar masa field work hari tu.

Tapi sebelum pergi pun macam-macam masalah dah. Masalah kecik ja la. Yang pergi kali ini sepatutnya aku, Deva dan Kak Mas.Kami ajak skali Yu Keat.Kesian lak dia tinggal sorang-sorang. Prof suruh En Nizam, Staff Prof Viki ikot kami. Hari Jumaat tu aku call Pejabat Kenderaan ISB nak confirmkan trip ni dan pemandunya sekali. Pemandu kami adalah En Zaidee. Kena berkumpul kat depan Pejabat Kenderaan ISB kul 8.30.So, aku ni kena la kuar awal dari umah. Pukul 7 lebih kena kuar dah. Kak Mas mesej hari Sabtu cakap tak dapat join sebab nak pregnancy check up. Aku, Deva dan Yu Keat sampai UM dalaam kul 8.10 pagi. Tanya pejabat, En Zaidee tak sampai lagi, So, kami breakfast dulu sambil tunggu En Zaidee. Lepas breakfast pun, En Zaidee tak sampai-sampai lagi. Tungu punya tunggu kul dalam kul 9 lebih sikit baru dia sampai UM.Rupa-rupanya dia pun tak tau yang dia kena bawa kami ke Tanjung Sepat. Hah!!! Penat tau kami tunggu.En. izam pun kami tak kenal. Nasib baik En Zaidee tu kenal dan call dia.  Pukul 9.30 barulah kami bertolak.

 Ni Ling Zhi atau Ganoderma Lucidum
 Dari kiri, Ganoderma, Grey Oyster, White Oyster, Pink Oyster, Yellow Oyster dan Monkey head.
Ni black jelly mushroom

Masa kami jumpa Prof Viki hari Jumaat hari tu,Prof ada cakap nak bagi duit perbelajaan dekat En Nizam, tapi rasa Prof lupa kut. En Nizam kata Prof Viki tak bagi apa-apa pun. Alamak!! Macam mana ni?? Aku dan Deva memang kuar kan duit. Masing-masing ada Rm50 ja time tu. Risau tak cukup.Nasib baik En Nizam kata boleh guna duit dia dulu. Nanti dia claim la dengan Prof. Viki. Tanduk kami naik semula . Senyum sampai telinga.hihi



Masa perjalanan pulak, tetiba aircond van tak function.Aku buat bodoh ja.Sebenarnya tak sedar pun. Tahupun sebab Deva bagi tau. Bagi aku, bukan masalah besar pun kalo aircond rosak. Beberapa minit lepas tu, asap dan bau hangit keluar dari tempat aircond tu!!! En Zaidee cepat-cepat berhenti kereta tepi jalan dan check kereta. Yang lain semua ok cuma aircond ja la. Tak boleh pasang terus. Nasib baik tak da pa.


Sebab stok coffee aku banyak lagi kat umah, kali tak beli la. Tapi Coffee ni memang sedap, rasa menyesal tak beli tadi (-_-'''). Aku beli Tomyam Cendawan. Sedap tau. Barang-barang kat sini memang semua produk cendawan dari farm Madam Cheng sendiri. Baru nak beli abalone mushroom tuk makan, tapi habis pulak. Ada cukup-cukup tuk buat research ja.(T_____T)  Abalone mushroom pun sangat sedap tau.Dalamau kul 12 kami dah bertolak balik. Pergi IPS, simpan mushroom, then terus balik umah. Tidur.. Letih kot..hehe

 Ni yang aku beli masa fieldwork hari tu. Coffee tu sedaap tau.
Tomyam Mushroom




No comments:

Post a Comment