Pages

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter yang Terakhir.."It all ends"

Assalamualaikum...


"It all ends"

Sob..sob.. Sedih!!! Tapi itulah hakikatnya. Movie Harry Potter yang terakhir dah kuar dah. Demam Harry Potter tengah melanda ni..Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2!!! Agaknya memang dah jadi trend ka bila yang final mesti ada 2 part. Aku baru ja tau yang Twilight Saga series movie yang terakhir, Breaking Dawn pun ada 2 part. Terus aku downnnn dah....Bukan apa, macam kes Harry Potter (HP) ni la, sebab part 1 kuar bila tah, aku pun dah lupa jlan citer dia. Kena refresh sikit la. Mungkin ada 2 part sebab plotnya memang panjang. Yalah, buku HP tebal giler. Memang tak cukup nak wat movie 2 jam!! 

Aku memang peminat HP. Tapi aku tak baca buku dia la. Just tengok movie ja. Cukup la tu. Aku pernah cuba baca buku dia, tapi baca sikit ja terus zzzzz...aku tido!!!! (-_-''') Aku terus give up!! Buku Twilght Saga Series pun macam tu jugak. Baca  tidur. 3-4 hari jugak nak habiskan.

Ceritanya bermula dengan Voldemort akhirnya mendapat tongkat sakti sulung. HP dan rakan-rakan terus mencari dan memusnahkan horcrux. Horcrux seterusnya ada di dalam Hogwart. Mereka kembali semula ke Hogwart. Disitulah perang besar antara Voldemort dan Harry Potter dan kawan-kawannya (termasuk cikgu-cikgunya). Harry Potter dan rakan-rakannya berjaya memusnahkan horcrux tersebut dan horcrux yang terakhir adalah ular Voldemort.

Walaupun Voldemort ada tongkat sakti, tapi tongkat tu tak mengikut arahannya kerana tuannya adalah orang lain.Voldemort mensyaki Severus snape adalah tuan tongkat tersebut dan membunuhnya.Sebelum mati, Severus meminta HP mengambil air matanya dan meletakkan  kedalam besen ajaib. Maka HP tahu cerita sebenarnya. Rupa-rupa ular itu bukan la horcrux  yang terakhir kerana sebahagian diri juga Harry Potter adalah horcrux. Ini terjadi secara tidak disengaja (pantulan) oleh Voldemort. Voldemort sendiri tidak mengetahui perkara tersebut. Hanya Dumbledore dan Severus mengetahuinya. Voldemort sendiri yang perlu membunuh Harry Potter.Kesudahannya???...Kena tengok sendirilah (Pergghh...bahasa melayu baku tu. inilah Bahasa Melayu SPM B3 (-_-'''). Aku suka scene perlawanan Voldemort vs Hogwart dan last scene Voldemort vs HP.

Trailer Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2




 Poster  "It all ends"

Dulu
 Sekarang

 Antara scene dalam movie
 Ni scene yang terakhir HP vs Voldemort

 Voldemort dan pengikutnya siap sedia nak serang Hogwart



************

Trailer Twilght Saga, Breaking Dawn part 1 (sesat kat sini)



No comments:

Post a Comment