Pages

Saturday, November 14, 2009

Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain? dan Aku Cinta Dia

 Hari ini, aku keluar ke mid valley..teman zulfa jumpa kakak dia..fuh..Ramai giler orang..usha-usha la jugak GSC..panjangnya gila barisan..cancel lagi rancangan nak tengok 2012..
 
so hari ni aku  beli ini..
 


Sebenarnya dah lama kau cari buku ni. Baru hari jumpa.So, terus beli.
Sinopsis
 
Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu yang hebat dalam sejarah. Beliaulah yang kita namakan Alexander the Great. Namun, kita tidak pernah tahu sama sekali bahawasanya Iskandar dan Zulqarnain adalah dua individu yang berbeza. Benarkah kenyataan itu? Buku ini ada jawapannya. Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu Raja Namrud, Nabi Sulaiman, Raja Bukhtanasar dan Zulqarnain. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander). Siapakah mereka? Bilakah mereka memerintah? Siapakah yang dahulu dan siapa pula yang datang kemudian? Diskusi di dalam buku ini membantu anda bagi lebih memahami sejarah silam. Namun, di sebalik segala persoalan itu, yang lebih penting adalah persoalan, adakah sesuai jika disandarkan gelaran Zulqarnain kepada Raja Iskandar?

Quran menceritakan mengenai ciri-ciri Zulqarnain yang mana jika dikaitkan dengan sejarah hidup Raja Iskandar, ia adalah bercanggah. Buku ini memuatkan perbincangan serta hujah-hujah yang sesuai bagi mengaitkan tokoh yang paling hampir dan sesuai dengan gelaran Zulqarnain. Bukti hidup daripada peninggalan Zulqarnain adalah tembok yang dibinanya bagi menghalang Yakjuj Makjuj. Siapakah mereka ini dan siapakah yang mereka kacau sehingga Zulqarnain membina tembok serta di manakah tembok itu? Perbincangan ini dan lain-lain lagi ada di dalam buku ini. Jangan lepaskannya.

Isi Kandungan :Prakata  
  
Bab 1: Raja Namrud  
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud  
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud  
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim   
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)  
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah  
Pembinaan Kaabah  
Nabi Lut  
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail   
Nabi Ishak  
Nabi Ishak dan Keturunannya  
Nabi Yaakub   
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)  
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)  
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa  
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)  

Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)  
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)  
Al-Baqarah  
Nabi Musa dan Nabi Khidhir   
Nabi Yushwa’ bin Nun   
Nabi Syam’un   
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)  
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika  
Kewafatan Nabi Sulaiman   

Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)  
Harut Marut  
Mimpi Bukhtanasar  
Takwil Kepala Emas  
Takwil Dada dan Tangan Perak  
Takwil Perut dan Peha Gangsa  
Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi  
Nabi U’zair   

Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain  
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)  
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain  
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)  
Ciri-ciri Zulqarnain:  
Perjalanan ke Arah Barat  
Menerima Wahyu  
Perjalanan ke Arah Timur  
Pembinaan Tembok  
Hujah Pertama  
Hujah Kedua  
Hujah Ketiga  
Yakjuj Makjuj  
Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj?  


Akhir kata  
Raja Leonidas I  
credit: e-kedai 
 
Menarikkan??? x sabar nak membacanya.. :)



bila baca sinopsis di belakang kulit novel ni macam menarik.. :)

Sinopsis

DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. 
 
Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
 
p/s: so, masa hujung minggu ini terisi dengan membaca  2 buah buku ini

1 comment: