Pages

Sunday, July 3, 2011

Sekali lagi cinta

Assalamualaikum..

Sebenarnya kemarin aku dan kakak aku buat marathon movie ya. Kami tengok Transformers 3 dan Sekali lagi. Transformers 3 sebelah pagi dan Sekali lagi sebelah petang pulak. Kalo korang ni memang peminat bintang paling popular malaysia, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, boleh la tengok movie ni. Ohhh  adik Mia Sara yang comel pun ada jugak. Jom sokong filem tempatan kita. Bagi aku movie ni ok la. Not bad. Dalam movie ni Shaheizy Sam memegang watak sebagai Arman seorang pesakit autisme.Sebelum ni aku ada wat entry pasal autisme kan. Arman mengidap sakit ni selepas pembedahan membuang tumor di otaknya.  Korang leh tengok macam mana Sam melakonkan watak ni. Sebab perangai Arman memang macam budak-budak. Malas nak citer panjang, boleh la baca sinopsis citer ni. Aku bagi 3 bintang untuk cerita ni.;)

Sinopsis filem Sekali Lagi.. 
 
Filem ni mengisahkan Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Korang kena tengok la.;)



Mia Sara a.k.a Amy
 ******************

p/s: Masa aku tengok ni, tetiba macam tau ja tempat dorang berlakon. Rupanya kat Jusco Aeon AU2 ja.

No comments:

Post a Comment