Pages

Monday, October 10, 2011

Review: Fall in Love with Skin Food

Assalamualaikum..

Apa tu Skin Food?? Skin Food (SF) adalah salah satu brand produk kecantikan yang menghasilkan pelbagai product termasuk la skincare for women & men, cosmetics, facial products, hair, hands & body products.Di buat dengan mengunakan bahan semulajadi. Skin Food adalah brand dari Korea.

Ehh..aku pakai ni bukan sebab dari Korea. Mentang-mentang la aku ni minat korea. Sebenarnya saja ja nak ubah angin. Nasib baik muka aku ni boleh guna kebanyakan facial products. Aku tak boleh pakai Safi. Pakai ja Safi, confirm naik cerawat. Maybe tak sesuai dengan kulit muka aku kot. Then, aku pakai Olay. Sesuai la dengan kulit muka cuma bila pakai cream dia kulit jadi berminyak. Muka aku memang jenis berminyak. Then, try Bio-essence. Biasa ja. Cuba Garnier yang untuk oily skin. Sama ja. Tak berubah sangat.

Then, satu hari tu rasa macam nak cuba produk lain pulak. Tak kisah la mahal ke murah. Janji cukup bajet sudah la. Aku pun google la dan tengok review dari internet. Then terjumpa la pasal Skin Food ni. Terus terpikat..Chewahhhh.. Bila buka website nak check outlet SF, aku baru tau yang kat JUSCO AU2 ada SF outlet. Hahaha.. Tiap-tiap minggu pergi jusco pun tak perasan. Aku berminat nak beli Aloe BB cream dan Rice Mask Wash Off sebab aku baca review orang cambest ja.. Tara...

.
Aku beli 3 jenis produk. Aloe BB cream dan Rice Mask Wash Off yang aku nak tu dan Greentea Milk Cleansing. Yang lain tu free sample. Aku suka packaging SF. Sangat menarik.Masa aku pergi Outlet SF, tak da orang pun, bila aku keluar ja, ramai pulak yang datang.

 
Ini free sample yang aku dapat. Gold Kiwi Range. Latest produk dari Skin Food. Aku dah cuba. Best sangat. Bau dia pun sedap. Next target la...

Ini pun free sample. Rose essence lip balm. Memang rasa rose pun. Suka sangat2. Comel lagi. Siap ada cermin. Sekarang lip balm ni wajib ada dalam beg.
Ini la dia Rice Mask Wash Off. Ni salah satu produk popular kat SF la.Harga Rm44. Memang best dan puas hati bila aku guna. Rasa kulit muka aku cerah & lembap lepas pakai. Suka sangatttt...
Greentea Milk Cleansing.. Harga RM 32,90. Ni untuk kulit muka yang berminyak seperti aku. Serius cakap, sesuai sangat dengan kulit muka aku. Dah kurang berminyak dah. =)

Aloe BB cream. Harga RM54.90.Aku beli no 1 punya. Ada 2 pilahan ja.Actually SF ada 3 jenis BB cream kalau aku x silap la. First thing masa aku cuba tester BB cream ni, BB cream rasa berminyak. Ada sesetengah BB cream akan rasa berminyak bila kita cuba. Then, bila aku try guna memang best la. Kalau korang duk dalam bilik pejabat yang air-con, memang muka tahan lama.

Kalau korang nak tanya apa-apa pasal Skin Food, pasal produk ka, Harga produk ka, pasal produk yang sesuai dgn kulit korang, leh tanya kat FB Skin Food. Memang akan ada orang yang bantu korang. Kalau nak sample  korang boleh tanya jugak kat outlet dorang!!







   

4 comments:

  1. best eh skin food? aku ada buat research jugak pasal skin food ni, tapi now aku try pakai hada labo dulu. hehe :P

    ReplyDelete
  2. Tayn: sesuai la dengan muka aku. Ha..Hada labo!! dulu nak try juga dulu tapi dah terjumpa skin food dulu..hehe.. best x hada labo???

    ReplyDelete
  3. Amazing things here. I am very happy to peer your article.
    Thanks so much and I am having a look forward to touch you.
    Will you kindly drop me a mail?

    Here is my page; Cooking Simple Vegetables

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete