Assalamualaikum...
Ok, ini last entry pasal trip ke Terengganu.Bukan senang nak pergi terengganu satu keluarga kan. Sebab utama pergi terengganu adalah nak pergi kenduri khawin, tapi sebab aku ni tak pernah la pergi jalan-jalan kat sana, pagi kenduri tu ramai-ramai pergi ke Pasar Payang!! Shopping. Tapi kami pergi naik bot ja sebab kak aku kata susah nak parking. Lama tak naik bot ni. Last naik masa fieldwork kat Tasik Chini berapa tahun yang dahhh...
Ini jeti. Mon semangat menuju kedepan nak beli tiket. Rm1 tiket pergi sahaja.
Terlepas bot. haha. Padahal sengaja tak nak naik.
Tema hari tu merah hitam. Kebetulan tema pengantin pun merah!! Tapi my mum and mon x ikot pon tema.Huhu. Mak borek anak rintik!! Suka-suka hati ubah peribahasa.Yang ikot tema semua anak abah.;P Ok tipu...
Tengok gambar ni betul-betul. Ada tiga ekspresi muka yang berbeza. Sorang excited naik bot, yang tengah tu cuak, first time naik bot dan Didi buat muka slamber dia. Sebab tengah cuak, nak tak nak ja senyum dia.Haha..
Mak pun cuak juga sebenarnya. Ce cuba tengak senyuman tu. Kan sama dengan senyuman orang tengah gambar atas tu!!!
Termenung jauh giler. Tapi muka still cuak!!! haha
Dah sampai!!!
Tak sempat masuk pun kat sini. Tak cukup masa ehhh, tak cukup duit jugak!!! Haha
Masa shopping mesti la kena concentrate!! Terus lupa kamera. Masa dah habis duit shopping baru la nampak kamera balik. Aishhh...
Merah
Inilah akibat masa kecik dulu berangan nak jadi model. Sila muntah!!;P
Inilah akibat masa kecik dulu berangan nak jadi model. Sila muntah!!;P
Kawasan sekitar jeti ni sangat cantik.Suka pemandangan kat situ. Tangkap gambar pun cantik!!
Dah puas shopping. Perut pun dah lapar.
Penat tapi happy.
Mon memang anak mak.Gaya muka pun sama ja.
Dua orang yang busy dan sorang yang buat-buat busy!! haha
Sebelum bertolak balik Pahang, singgah ke Masjid Kristal dulu. Tak kan singgah ja kan. Solat jamak sekali la. Biasa la kalau orang perempuan mesti amik masa lama sikit. Nak pakai tudung semua la etc. So, aku pas ja my camera kat Didi. So, gambar-gambar kebanyakannya dia yang amik!
Tenang ja duduk kat sini. Harap-harap dapat datang sini lagi!.Maybe bercuti with my BFF.
No comments:
Post a Comment