Assalamualaikum.
Hari ini aku semangat sikit sebab nak mula project aku dah ni. Dengan preparation yang tak seberapa aku pergi dengan yakinnya ke UM. Hari ni belum masuk lab lagi, next week baru start secara rasminya. So, hari ni just list bahan-bahan dan chemical yang nak digunakan. Yang mana ada dah boleh start next week!!!!Tapi aku bukan la nak cita pasal project aku. Ni nak citer pasal pesakit autisme. Ce citer ce citer~~ Sabor je la.. hahaha..
*****************************
Sebab bus dah terlepas, aku naik ja teksi ke LRT. Pak Cik teksi yang aku naik ni baik orangnya, tinggal kat kawasan rumah aku ja. Masa aku naik aku dah perasan ada budak duduk kat sebelah pak cik tu. Dan aku juga perasaan budak itu adalah budak/ remaja istimewa sebab dia tak mampu bertutur dengan baik. Then, pak cik ni cerita la kat aku pasal anaknya yang istimewa. Anak lelaki dia tu mengidap penyakit autism.
Lupa lak nak tanya nama adik tu tadi. Pak cik tu citer anaknya tak boleh bercakap sebab terkejut dengan kematian ibunya masa dia kecil. Dia hanya boleh sebut beberapa perkataan saja seperti bye dan sedap. So, hamper 13 tahun juga la pak cik menjaga anaknya sorang-sorang. Ya, melayan kerenah dan juga makan minum semuanya lah. Adik ni sampai sekarang still pakai pampers. Besar kan pengorbanan seorang ayah!!!! Pak cik ni pernah tinggalkan anaknya dirumah sebab dia kan bawa teksi kwasan sekitar tapi adik ni main api dah hampir terbakar rumah. Nasib baik ada jiran yang perasan dan sedar time tu. Sejak kejadian tu, pak cik ni akan membawa bersama anaknya ketika kerja. Adik ni juga ada bawa bersama-sama mainan dia. Dia baik ja. Asyik main dengan mainan dia dan x kacau penumpang. Pakcik tu cakap sekurang-kurang dia ada peneman time kerja. Boleh main-main dengan anaknya. Pemandu teksi kat Lrt tu memang dah kenal adik ni. So, slalu la mengusik dan main-maindengan dia.
Penyakit Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
No comments:
Post a Comment