Pages

Monday, August 22, 2011

Resepi Kuih raya: Biskut Mama Carie

Assalamualaikum..

Hari ni aku dan Mon cuba buat Biskut Mama Carie. Ini kuih raya favorite aku jugak ni. Selama ni tau makan je. Kali ni cuba buat pulak. Masa penyedian dan membakar dalam masa lebih kurang 30- 40 min. Resepi ni menghasilkan 50 keping biskut!!!


Bahan-bahan:

300 g Mentega
100 g gula ising
375 g tepung gandum (diayak)
130 g tepung jagung (diayak)
½ sudu teh esen vanilla

Bahan Hiasan (ising):

1 biji putih telur
100 g gula ising
1/4 sudu the esen vanilla
Sedikut serbuk coklat atau pewarna coklat.

Cara memasak:

1.       Pukul mentega dan gula ising hingga kembang.

2.       Masukkan esen vanilla dan oukul lagi.

3.       Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

4.       Canaikan don dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Ketepikan.

5.       Untuk hiasannya,campurkan kesemua bahan hiasan dan pukul hingga kembang.

6.       Sapukan pada permukaan adunan yang diterap dan dititikkam dengan coklat diatasnya. Lorekkan membentuk corak.

7.       Bakar pada suhu 150⁰C selama 20-30 minit.

Resipi:diambil dari majalah RASA (Ogos)

Sebenarnya,masa cuba buat bisut ni, icing dia x berapa nak jadi. Selepas bakar dia x jadi putih. Mungkin x cukup gula. So, kami x guna pun icing. Just ganti dengan ceri ja. Kalo nak guna icing elok guna resepi royal icing ni.

Royal icing
1 biji putih telur
150 g gula ising
1/4 sudu teh esen vanilla
Sedikut serbuk coklat atau pewarna coklat.
 Rupa Mama Carie yang sebenar,

Dah jadi biskut lain dah..haha



No comments:

Post a Comment