Assalamualaikum..
Kalo bulan lepas entry pasal bola ja, aku rasa tuk bulan ni pulak pasal kuih raya oh biskut raya ja.HAHA. Untuk raya tahun ni, aku dan Mon decide nak buat 7 jenis Biskut Raya!! Over tak ???
- Sweet Lovely
- Putaran Nestum
- Sarang Semut
- Mama Carie
- Semprit
- Cornflake Madu
- Chocolate Chip
Hari Khamis lepas pergi la borong segala bahan-bahan nak buat kuih raya. Sebelum pergi, calculate berapa banyak nak beli tepung, planta dan bagai la. Nasib baik bahan-bahan lebih kurang sama ja. Tapi habis dekat seratus lebih juga la. Tapi ni tuk 2 family la, mon dan aku. Berat giler nak mengangkut barang-barang ke tingkat 3. Tepung dan planta ja dah dekat 6-7 kilo.. Casher pun pelik, gaya macam orang buat bisnes kuih raya tah. Penuh troli kot. Nah tengok apa kami beli…
.
..
…..
……
Mon, semangat susun!!
Resepi kuih raya memang amik dari majalah RASA bulan Julai dan Ogos. Banyak giler kuih raya dan kek-kek sekali. Kuih moden ke, kuih tradisional semua adalah. Bukan tu ja, segala juadah untuk berbuka semua ada tau. Macam nak buat ka semua tu. Over!!
Sumber resipi. Hahaha
Oh ya, ada kawan Mon cakap yang buat kuih raya ni membazir. Lebih baik beli ja. Betul ke? Bagi aku pulak, tak membazir pun. Lebih kurang ja beli dan buat. Cuma bila buat sendiri, kita dapat kepuasan. Lagipun buat kuih raya ni setahun sekali. Takkan nak buat kuih raya time bulan Syaaban pulak kan. Tetiba teringat drama ‘Syawal di bulan Syaaban’. Haha. Betul ke tajuk dia tu?? Lagipun, best bila buat dengan family or dengan mak kita. Kepuasan dia lain
No comments:
Post a Comment