Pages

Sunday, August 7, 2011

Memancing di Satu Petang


Assalamualaikum..


Rasanya belum terlambat kot nak wish Selamat berpuasa!!! Baca tajuk entry, macam aku ja yang pergi memancing tapi pegang joran pun tak pernah (-.-'')!!! Hahaha..

Sebenarnya haru Jumaat 1 minggu yang lepas la (29/7), aku ikot kakak dan abang aku balik kampong aku kat Pahang. Ala..nak sambut Ramadan katanya. So aku cuti la dari hari Jumaat sampai la hari isnin. Malam Khamis tu, Abah call Mon, cakap sebelum balik nak pergi memancing dulu. Memancing ni memang hobi abah. Kami pun ikut ja la rancangan abah tu. Duduk rumah pun bukan buat apa pun. Lagipun first time kut aku ikut orang pi memancing.Sedikit jakun disitu ye!!

Bertolak dari KL tengahari camtu, pukul 4 petang dah sampai rumah abah kat Beserah. Turun kereta jap, angkut barang abah semua, then terus ke Kolam memancing kat Balok. Tak la jauh sangat dari rumah abah. Sebelum tu singgah jap pasaraya beli umpan udang. Aku dan Mon beli makanan ringan. Kut-kut boring leh makan. Hahaha..

Kolam memancing kt situ ok la. Surau, Tandas dan kedai makan semua disediakan la. Aku tak masuk tandas, so aku tak tau la condition dia bersih ke tak. Tapi aku rasa ok kot. Bayaran 1 joran RM 30. Time aku sampai tak ramai orang lagi. Dalam 7 orang ada la.

 Tukang pancing satu..Abah


Tukang pancing dua... Ajoi


Tukang Sibuk ..Mon

Berjaya juga tangkap 2 ekor ikan siakap. Tapi dua-dua Ajoi yang tangkap. Kesian kat abah pulang dengan tangan yang kosong. Oh ya.. time abah pergi solat jap, pakcik sebelah tu pun nak solat gak. So dua-dua suh  tengok pancing dorang la. Aku dan mon ni  bagitau la yang kami ni tak tau langsung pasal memancing ni. Pak cik tu cakap tak pe, nanti jerit je ‘tolong tolong’. Aku harap jangan la ada ikan kena time tu coz kai memang tak tau. Jahat sungguh!! Tapi pancing pak cik kena, nasib baik abah aku suadah habis solat cepat-cepat bagitau pakcik tu. Pakcik tu pun sib baik baru habis solat juga. Tapi hari tu memang rezeki pak cik tu la, 3 ekor ikan siakap dia sorang saja. Besar pelak tu. Setiap kali dia tangkap ikan, dia akan ucap terima kasih kat kami. Haha. Ada seorang lagi pak cik ni memancing sebelah kami, dia ternampak udang galah kat tepi kolam, terus dia tangkap guna tangan, then dia bagi kat kami. Terima kasiah ya!!!


 Ikan Siakap pertama!!


Tengok jangan tengok




Ikan kedua

Lepas dua jam lebih tunggu, abah pun still tak dapat tangkap. Ajoi lak dah keliling kolam, kami decide untuk balik sebelum emak marah!! haha.

  Hasil tangkapan!!







   

2 comments:

  1. Sekarang ni dah management baru.. ikan besar-besar tuh...
    Pemancing-pemancing kembali memeriahkan kolam pancing ni...
    Seronok mancing kat kolam balok ni sbb dpt ikan besar-besar...
    Rezeki.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Salam Mieza, nak dijadikan cerita, saya terbacalah blog memancing kat Balok ni. Cerita pakcik dengan budak duk kat bangku tolong jaga pancing ni macam pernah pakcik alami. Hehe.. Rupa2nya pakcik la org yg Mieza cerita tu. dah setahun lebih dah. Cakap kat Abah, ada satu lagi kolam kat Peramu, RM52 pancing sampai puas satu hari. Checkout pakcik at FB splitshot..... Tak sangka terbaca blog ni...terimakasih...terimakasih kerana jaga pancing pakcik.

    ReplyDelete